Cara Scan Qr Code Menggunakan Aplikasi Facebook
Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook | Assalamualaikum dan Hai. Masih belum terlambat rasanya untuk CR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cik Renex ini. Maaf zahir dan batin. Jadi, macam mana raya tahun ni dengan Norma yang baru? Yang beraya diperantauan tu, semoga anda tabah dan sentiasa berdoa agar musibah Covid-19 yang melanda negara kita ini akan pulih dengan segera. Doakan yang baik-baik sahaja
Berbalik kepada Norma baharu yang kita alami sekarang, rasanya semua sudah terbiasa kan. Pergi kemana-mana perlu memakai facemask, sentiasa mencuci tangan dan juga jarak dengan orang ramai. Mula-mula terasa janggal juga dan terlupa tapi lama kelamaan ianya menjadi kebiasaan kepada kita
Dan sekarang kita juga telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk pergi bekerja dan juga ke kedai atau pasaraya. Setiap kali kita hendak memasuki sesuatu premis kita dikehendaki menulis nama dan nombor telefon kita. Leceh juga sebenarnya sebab risiko juga bila kita memegang pen dan kertas diatas meja tu
Ada sesetengah premis pula menggunakan sistem QR code. Kita hanya perlu scan sahaja QR code itu menggunakan telefon pintar kita dan masukkan maklumat yang diminta. Tapi harus diingatkan, jangan sesekali memasukkan nombor kad pengenalan kita. Itu adalah hak privasi kita.
Kita perlu install apa pulak untuk scan QR code tu? Jangan risau, anda tidak perlu install aplikasi lain sekiranya anda ada facebook didalam telefon pintar. Jom CR tunjukkan cara-caranya
Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook
1. Buka aplikasi Facebook di telefon pintar anda
2. Tekan bahagian search diatas sekali.
3. Kemudian klik logo macam code tepi sekali tu.
4. Bila dah klik, akan keluar simbol petak seperti gambar di bawah. Halakan telefon anda pada QR Code yang telah disediakan oleh premis tersebut dan scan.
5. Nanti akan terus direct ke link yang mereka sediakan. Isikan maklumat yang di minta.
Dah siappp.Apa-apa pun, sebelum klik link, sila baca dahulu. Bimbang juga akan ditipu ke link lain. Di play store ade aplikasi yang boleh anda install, boleh pilih mana yang dipercayai
Selamat mencuba. Jangan lupa, jaga diri dan patuhi arahan kerajaan. Amalkan 3W: (Wash) kerap mencuci tangan dengan air & sabun, (Wear) pakai pelitup muka di tempat awam /jika bergejala & (Warn) amaran peringatan dari KKM.# kitajagakita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://renex89.blogspot.com/2020/05/cara-scan-qr-code-menggunakan-aplikasi.html