Cara Saya Semak Nombor Plate
Sebagai runner plate Putrajaya dan Negeri-negeri lain di Malaysia (Termasuk Wilayah Sabah dan Sarawak), saya perlu efisien untuk memastikan nombor yang nak ditempah masih available (tersedia). Selain akan memudahkan kerja saya, ianya juga akan memudahkan pelanggan saya untuk membuat tempahan. Jadi inilah dia cara saya semak nombor plate.
Sejurus terima mesej dari pelanggan, kebiasaannya pelanggan akan memberikan atau memilih nombor yang mereka nak tempah. Untuk nombor-nombor special, golden dan popular memang kebanyakannya telah habis dibooking oleh runner lain. Namun sekiranya pelanggan bagi nombor yang selain special golden dan popular, pra-semakan adalah WAJIB dilakukan.
Fasa semak Nombor plate yang masih ada
Nombor yang diberi akan disemak menggunakan beberapa cara iaitu;
Semakan dari senarai nombor plate yang saya perolehi dari JPJ.Membuat semakan menggunakan sistem insuran kenderaan.Membuat carian dalam ‘database’ Whatsapp.Semakan di kaunter JPJ Putrajaya.Semakan menggunakan apps Nombor plate terkini.
Semua nombor yang dikemukakan oleh pelanggan wajib melalui kesemua fasa 1-5 diatas untuk memastikan nombor yang nak ditempah masih belum ditempah oleh orang lain.
Semakan Senarai Plate yang diterbitkan oleh JPJ
Setiap runner ada strategi masing-masing untuk memastikan kerja-kerja tempahan nombor plate lancar. Menyimpan senarai nombor plate yang masih available merupakan salah satu disiplin yang saya terapkan untuk kemudahan saya. Jadi sekiranya pelanggan nak tempah nombor plate, saya akan terus semak dalam senarai sama ada nombor tu wujud atau tidak. Kebiasaannya kalau nombor tu tak wujud dalam list bermakna ianya telah dibida semasa proses bidaan dijalankan.
Membuat Semakan Menggunakan Sistem Insuran
Selepas berjaya melepasi fasa 1 iaitu semakan dalam senarai yang dikeluarkan JPJ, semakan melalui sistem insuran akan mengesahkan lagi kewujudan nombor yang dipilih oleh pelanggan.
semakan nombor plate menggunakan sistem insuran
Sekiranya nombor yang dipilih telah mempunya insuran seperti paparan gambar di atas, bermakna nombor itu telah dibeli oleh orang lain dan telah didaftarkan ke dalam kenderaan sama ada kereta atau motorsikal.
Ada juga kes dimana dalam sistem insuran ditulis masih belum ada sebarang pendaftaran, tetapi sebenarnya nombor itu;
telah dibeli tapi masih belum didaftarkan ke kenderaan. Biasanya orang ini akan tunggu pembeli lain untuk beli nombor plate yang dia beli itu.Nombor telah didaftarkan di kenderaan, tetapi pemilik kenderaan tidak aktifkan insuran untuk kenderaan mereka. Kiranya insuran yang tak aktif akan memaparkan nombor plate itu seperti masih available.
Carian dalam Whatsapp
Sekiranya semakan dalam insuran mengatakan masih available dan boleh ditempah, saya akan semak pula di dalam chat Whatsapp. Manalah tau nombor itu telah dibeli atau telah disemak oleh runner di kaunter JPJ.
Semak Nombor plate di Kaunter JPJ
Ini adalah fasa terakhir dan fasa paling confirm yang akan menentukan nombor itu masih boleh ditempah atau sudah dibeli orang lain. Masalah semakan di kaunter JPJ hanya boleh dibuat pada hari bekerja dan waktu bekerja sahaja.
Menggunakan Apps Berkaitan Nombor Plate Terkini JPJ
Selain cara diatas, untuk nombor plate Negeri Lain selain Putrajaya saya akan membuat semakan menggunakan laman web JPJ untuk nombor plate terkini atau apps yang berkaitan. Semua tools ini adalah untuk memudahkan proses tempahan nombor plate.
Runner Tempah Nombor Plate
Sekiranya anda nak buat tempahan nombor plate, anda boleh gunakan step dan SOP yang saya terangkan di atas untuk memudahkan kerja anda. Atau untuk urusan tempahan plate yang pantas, anda boleh terus Whatsapp atau call saya O1O6OO9966.
The post Cara Saya Semak Nombor Plate (Availability) appeared first on 2021 Adzril.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adzril.com/semak-nombor-plate/