Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan



Lupa Kata laluan Maybank2u  
Boleh pula aku terlupa kata laluan Maybank2u hari ini. Macam biasa awal bulan mesti akan guna Maybank2u untuk selesaikan hutang bulanan. Memang dah bertahun aku bayar bil secara online, kalau tidak silap kali terakhir aku menapak ke Pejabat Pos masa anak dara dulu teman mak bayar bil Air dan bil Api.

Dijadikan cerita, aku terlupa kata laluan internet banking Maybank. Bulan lepas aku macam ada kesedaran la konon nak tukar kata laluan Maybank2u sebab lepas dengar cerita akaun kena hacked, duit dalam akaun hilang tiba-tiba. Terus seram.

Masa awal dulu, Maybank tak banyak songeh nak cipta kata laluan untuk Maybank2u, setakat guna yang ringkas dah mencukupi. Tapi semenjak banyak kes kehilangan duit jadi semua bank menaik taraf sistem perbankan dan tingkatkan keselamatan, jadi kriteria kata laluan lebih panjang dan rumit. Jadi bagus lah kan.

Jadi tak bagus bila aku cipta kata laluan yang baru lepas tu aku lupa nak salin dalam buku. Huwaaa. Lepas tu bila log in terus panik tak tahu apa nak buat. Aku tak pernah tukar walau sekali pun rasanya. Jadi kata laluan lama tu memang dah sebati dalam otak aku, yang baru aku lupa teruk.



Cara Reset Kata Laluan Maybank2u  
Kalau korang terlupa kata laluan Maybank2u jangan risau dan panik. Perkara pertama korang kena buat ialah korang kena cuba ingat dan masukan kata laluan macam biasa. Korang ada tiga kali peluang untuk masukan kata laluan yang betul.

Selagi tak cukup cubaan sebanyak tiga kali korang tak boleh nak reset kata laluan okeh. Ingat tu! Aku la yang mereng, belum cuba tiga kali aku dah tekan forgot kata laluan. Memang Maybank tak boleh trace username kau nanti dan akan cipta lebih banyak masalah.

Seterusnya, setelah dah cukup tiga kali percubaan masukan kata laluan yang betul, korang kena tekan tab “FORGOT PASSWORD”. Sistem akan minta korang masukan No di belakang kad Maybank dan juga pin number ATM. Ha ni kalau tak ingat nombor pin ATM aku tak mampu nak tolong la ya


Bank akan keluarkan kotak mesej dia jumpa akaun korang dan korang ada dua pilihan samaada nak RESET PASSWORD atau Log In kalau korang kot tiba-tiba teringat kata laluan. Semestinya aku malas pisang berbuah dua kali jadi aku reset kata laluan terus

Sila lah cipta kata laluan baru yang semestinya mencabar akal tu. Aku paling lemah cipta kata laluan minta ada huruf besar, nombor, special character semua tu. Jadi lepas cipta sila lah tulis, ni marah diri sendiri ni sebab hari tu aku lupa nak tulis. Tangguh konon ingat nak tulis lepas tu hurmm malas nak maki diri sendiri


Langkah terakhir adalah korang kena tekan butang “Request OTP”. Isikan TAC number yang dihantar ke telefon bimbit yang berdaftar dengan Maybank. Selesai. Boleh la cuba log in dengan kata laluan baru. Jimat masa tak bercakap dengan customer service Maybank. Mereka pun tengah sibuk tu.

Tapi kalau ada masalah juga boleh cuba contact customer servive Maybank 1 300 88 6688 Ada rezeki dapat la bercakap dengan Customer Service Maybank. Aku sempat la call lima kali dan tidak dijawab, panik punya pasal. Akhirnya setel sendiri.

Kriteria Cipta Kata laluan Online BankingUntuk memastikan tiada kejadian kecurian, kehilangan wang oleh penjenayah cyber, pihak bank menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mendedahkan maklumat penting seperti kata laluan, TAC dan lain-lain. Kebanyakkan bank mencadangkan pelanggan untuk cipta password internet banking mengikut kriteria yang bank sarankan seperti dibawah. Kata laluan mestilah:Mesti sekurang-kurangnya 8 aksara panjang (maksimum 12)Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf huruf besarMesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecilMesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 nomborMesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 watak istimewaMesti TIDAK mengandungi 3 aksara berturut-turut misalnya 123, abcMesti TIDAK mengandungi ruangMesti TIDAK sama seperti ID pengguna dan frasa keselamatan Maybank2u andaMesti TIDAK sama dengan 7 kata laluan anda yang terdahulu












Kesimpulan

Mak aku selalu pesan, semakin cerdik manusia semakin banyak jenayah akan tercipta. Jadi sentiasalah berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap penjenayah. In Sha Allah dengan mengikut langkah-langkah keselamatan yang pihak bank cadangkan, kita akan terselamat dari menjadi mangsa jenayah seterusnya. Artikel ini termasuk apa perlu buat jika terlupa password Maybank2U, cara reset password Maybank2U dan ciri-ciri kata laluan perbankan online yang dicadangkan oleh bank.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/04/cara-reset-password-maybank2u-bila-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Reset Password Id Google Classroom

Cara Reset Password Id Google Classroom

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1653 hits
Cuti pkp ni cikgu bernama Norazimah terlalu sibuk untuk me reset password sama ada akaun cikgu atau murid Mujur team admin Google Classroom sekolah CN ada ramai cikgu boleh lah berbagi tugas Kenapa perlu reset password Sudah semestinya sete...
Cara Termudah Membuat Permohonan I Lestari Tanpa Id Dan Kata Laluan

Cara Termudah Membuat Permohonan I Lestari Tanpa Id Dan Kata Laluan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 695 hits
Anda pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Anda nak keluarkan wang dari akaun 2 untuk pengeluaran i Lestari tak Jika anda berniat dan tak tahu cara termudah untuk melakukannya maka baca panduan ini kerana anda boleh membuat permohonan bah...
Mykkp Lupa Id Dan Kata Laluan Sistem Mykkp

Mykkp Lupa Id Dan Kata Laluan Sistem Mykkp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 2560 hits
MyKKP Lupa ID dan Kata Laluan Sistem MyKKP Adakah anda pengguna Portal MyKKP untuk berurusan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Pasti anda akan mengalami masalah Lupa ID dan Kata Laluan untuk log masuk sistem mykkp ...
Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 304 hits
April 5 2020 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ad hoc sebaliknya perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa bagi menghadapi ancaman bukan tradisional PETALING JAYA Timbalan Presiden...
Cara Semak Dan Dapatkan Bil Elektrik Terkini Menerusi Maybank2u

Cara Semak Dan Dapatkan Bil Elektrik Terkini Menerusi Maybank2u

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1380 hits
Tahukah anda bahawa anda boleh membuat semakan dan melihat bil elektrik Tenaga Nasional Berhad semasa dan terkini menerusi laman web Maybank2u Sebenarnya anda boleh menyemak dan menguruskan bil bil anda secara mudah di Maybank2u setelah men...
Cara Bayar Insuran Aia Dengan Maybank2u

Cara Bayar Insuran Aia Dengan Maybank2u

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1633 hits
CARA BAYAR INSURAN AIA DENGAN MAYBANK Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua Huhu lama tak bersiaran di blog sendiri Oleh kerana sekarang ini zaman virus covid 19 berleluasa Pihak insurance pun dah buat non face to face activities Tak ...
Cara Reset Network Internet 4g Or 3g Di Smart Phone

Cara Reset Network Internet 4g Or 3g Di Smart Phone

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 380 hits
Sedar atau tidak sedar saban hari korang akan mengalami masalah network 4G or 3G hilang daripada smart phone korang Korang akan perasan benda terjadi bila kawan kawan korang dapat mesej whatapp tapi korang tidak Tengok kat smart phone rupan...
7 Cara Menjadi Pria Berkarisma Jangan Lupa Bersedekah

7 Cara Menjadi Pria Berkarisma Jangan Lupa Bersedekah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 256 hits
Banyak pria yang memiliki tampang biasa biasa saja akan tetapi tingkah laku serta cara bicaranya selalu menarik perhatian Hal ini membuat seseorang yang melihatnya selalu terpesona Seseorang yang memiliki kepribadian seperti ini sering dian...
Catat Ini Cara Lengkap Minta Keringanan Cicilan Kredit Ke Bank Dan Leasing

Catat Ini Cara Lengkap Minta Keringanan Cicilan Kredit Ke Bank Dan Leasing

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 186 hits
Pemberian keringanan kredit ini untuk menjalankan perintah Presiden Joko Widodo dalam keterangan pers Selasa 24 Maret lalu yang meminta kepada OJK untuk memberikan kelonggaran atau relaksasi kredit bagi debitur yang terdampak corona covid 1...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids