Cara Pulihkan Kulit Dari Pigmentasi Dengan Dear Klairs
Ohhh,semakin hari.Semakin tak berkeyakinan pula Ina ni haa..Aduhhh! Stress sedikit.Ohhh,ho.. Usia semakin menginjak ni.Kulit wajah pula semakin mempunyai masalah.Jerawat tu tidaklah,mungkin ini salah satu kebaikan bagi mereka yang mempunyai kulit sawo matang seperti ina.Jerawat susah nak hinggap.Tetapi masalah kulit yang semakin hari pigmentasi kulit semakin menjadi-jadi.Dengan liang pori wajah yang semakin terbuka luas ni.Adeiiii..
Liang Pori Wajah Terbuka
Liang pori terbuka adalah disebabkan faktor usia.Ini apa yang Ina perhatikan pada diri ina sendiri.Jika dahulu,sekitar umur belasan tahun dan sekitar 20-an,langsung ina tiada masalah ni tau.Sejak akhir-akhir ini,semenjak memasuki 3 series.Semakin menjadi masalah liang pori terbuka ni.Di sekitar tepi kawasan hidung dan semakin merebak ke pipi.Nak meraung tau,bila perasan akan masalah ini.
Bagi masalah tersebut ina dengan beraninya mencuba satu produk yang didatangkan khas dari Korea iaitu Dear,Klairs.Alhamdulillah.Nampak sedikit perubahan pada wajah ina.Yang paling penting,kulit ina jadi lembut dan lembab serta bangun keesokan paginya tidak berminyak.Hahhh,kulit ina ni cerewet sedikit dengan mana-mana skincare.Kadang tu,dah sesuai tetapi keesokan harinya dah berminyak jadinya kulit.Tetapi dengan Dear,Klairs ni.Kulit ina takde masalah untuk menggunakan terus.
Dear,Klairs
SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER
Yang paling best Dear,Klairs ni ialah Supple Preparation Facial Toner yang mana ia bertindak secara lembut dengan mengimbangi PH kulit kita.Maksudnya tak mengeringkan kulit..lagi menyihatkan kulit wajah.Jadi yang mana kulit kusam memang sesuai sangat guna Supple Preparation Facial Toner ni. Dan satu lagi kehebatan Toner in ialah ia dapat membantu menyerap keberkesanan produk.
1st time apply kat muka ina itu hari,rasa sejuk je.Tak pedih kulit.Sebab sesetengah produk toner yang bau tengik dan memedihkan kulit wajah.Hahhh! Tetapi dari Dear,Klairs TIDAK!
Cara Menggunakan Supple Preparation Facial Toner
1. Basuh Wajah sebersihnya
2. Gunakan Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad dari Dear,Klairs.Serta titiskan 3-5 titis sahaja.
3. Dap-dapkan Cotton pad tadi yang berisi titisan Toner tersebut ke wajah.
4. Sapu rata ke wajah sehingga terasa wajah bersih.Rasai kesegaran toner tersebut. Ina sapu Toner tersebut di mata,dahi,hidung dan part yang bermasalah tu..,memang ina sapu lama-lama.. syokkk.
(Errr,bila sapu toner ni.Seolah berada di spa pula.Hhihihi..Rasa ketenangan tu..)
HARGA : RM 20.00SAIZ : 30 ml
Okay,selepas Ina gunakan Toner.Sambung Step seterusnya pula iaitu Midnight Blue Youth Activating Drop
Midnight Blue Youth Activating Drop
Yeahh! Yang ini lah Ina Love sangat-sangat.Hahahha.. Sangat-sangat berpuashati.Sesuai dengan masalah liang pori yang terbuka tu.Nak tau? Liang Pori yang terbuka tu dah semakin mengecil.HIhihihi..Alhamdulillah.. Syukur sangat. Memang tak sangka betul Midnight Blue Youth Activating Drop ni sangat membantu.
Kebaikan Midnight Blue Youth Activating Drop
1. Mempercepatkan penghasilan sel kulit baru.
2. Membantu penghasilan Kolagen baru.
3. Meningkatkan keanjalan kulit.
4. Mengurangkan pigmentasi kulit wajah seperti garis penuaan dan kedutan.
5. Menambah serta menyuburkan kembali kulit yang kusam.
Cara Penggunaan Midnight Blue Youth Activating Drop
Midnight Blue Youth Activating Drop berbentuk cecair dan cepat meresap ke dalam kulit.
Digunakan pada setiap pagi dan malam sebelum tidur.
1. Ambil beberapa titisan (5-7 titisan) dan titiskan ke atas kulit wajah serta dap-dapkan terus ke kulit wajah dengan menggunakan Dear,Klairs Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad.
2. Lakukan sedikit urutan wajah agar ia meresap ke dalam kulit dan berkesan.
Midnight Blue Youth Activating Drop Ini menggunakan EGF Peptide Treatment.Apa yang ina faham.EGF ini membantu dalam penghasilan sel tisu baru.
HARGA : RM 122.00 SAIZ : 20ml
Dear,Klairs Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad
Dear,Klairs Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad ini mempunyai 2 jenis di dalam satu kotak.
Compress Cotton (60 sheet)Sponge Cotton (60 sheet)
1. Selepas wajah dibersihkan,basahkan dengan toner untuk singkirkan sel kulit mati
2. Sesuai untuk kulit yang sensitif.Berbeza dengan kapas biasa yang digunakan itu.. jenis Dear Klairs Toner Mate 2 In 1 Cotton Pad sememangnya tidak melekat di wajah semasa menggunakan Toner.
3. Gunakan sponge cotton pula,dengan tujuan serum atau toner diserap dengan lebih berkesan ke atas kulit wajah.. Jadi,dah tak payah lagi menggunakan jari jemari bagi meratakan serum dan toner yea..
HARGA : RM 28.00SAIZ : 1 Kotak (mempunyai 60 Sheets Compress Cotton dan Sponge Cotton 60 sheet)
Secara keseluruhannya,Dear,Klairs ini sangatlah berkesan bagi masalah penuaan.Ehehehe..,lepas ni nak kena beli lagi ni.Toink toink kulit jadinya..
Maklumat lanjut korang boleh dapatkan terus di website : Althea Korea
Follow Social Media mereka bagi mengetahui produk-produk terkini dari Korea dan Promosi terkini..
Instagram : ALTHEA KOREA
Facebook Page : ALTHEA MALAYSIA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2018/10/cara-pulihkan-kulit-dari-pigmentasi.html