Cara Pimpin Hati Untuk Kuat Dan Sabar


Hati yang kuat dan sabar memang sukar dicapai oleh makhluk Allah bernama manusia walaupun sebenarnya hati itu hanyalah segumpal daging. Namun kerana seketul daging itulah membawa sang pemilik hati ke jalan hidup yang dipilih sendiri. Berkenaan dengan soal hati, coretan panjang yang dikongsikan ini saya kumpulkan daripada pembacaan di FB, di blog-blog Islam dan juga daripada pembacaan saya sendiri.

Kenapa artikel ini saya tulis panjang, sebab...selain untuk perkongsian dengan anda semua, ia juga sebagai panduan buat diri saya sendiri, keluarga dan juga orang-orang yang saya sayangi. Insyaa Allah.

Sebelum itu, mari kita kenali hati kita sendiri dan di manakah kedudukan hati kita terhadap hidup yang Allah tentukan. Adakah hati kita suci??



Daripada Hadis Riwayat Bukhari-Muslim,
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rusak maka rusak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.Hati manusia terbahagi menjadi tiga bahagian:1). Qalbun Shahih (hati yang suci),
2). Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan
3).Qalbun Maridl (hati yang sakit).

Pertama, Qalbun Shahih

Iaitu hati yang sihat dan bersih (hati yang sihat) dari setiap nafsu yang menentang perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan dari setiap penyimpangan yang menyalahi keutamaan-Nya. Sehingga ia selamat dari pengabdian kepada selain Allah, dan mencari penyelesaian hukum pada selain Rasul-Nya.

Kerananya, hati ini murni pengabdiannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, baik pengabdian secara iradat (kehendak), mahabbah (cinta), tawakkal (berserah diri), takut atas siksa-Nya dan mengharapkan kurnia-Nya.

Bahkan seluruh perbuatannya hanya untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata. Jika mencintai maka cintanya itu kerana Allah, dan jika membenci maka kebenciannya itupun kerana Allah, jika memberi atau bersedekah, hal itu kerana Allah dan jika tidak memberi, juga kerana Allah.

Dan tidak hanya itu saja, tapi diiringi dengan kepatuhan hati dan bertahkim kepada syari’at-Nya. ia mempunyai landasan yang kuat dan prinsip tersendiri dalam menjadikan Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sebagai suri tauladan dalam segala hal.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[QS. Al-Hujurat:1].

- Kedua Qalbun Mayyit 

Qalbun Mayyit iaitu (hati yang mati) adalah bertentangan dari hati yang sihat tadi, hati yang mati tidak pernah mengenal Tuhannya, tidak mencintai atau redha kepada-Nya. dan ia berdiri berdampingan dengan syahwatnya dan mengikut keinginan hawa nafsunya, walaupun hal ini menjadikan Allah SubhanahuWwa Ta’ala murka akan perbuatannya.

Ia tidak peduli lagi apakah Allah redha atau murka terhadap apa yang dikerjakannya, sebab ia memang telah mengabdi kepada selain Allah. Jika mencintai didasarkan atas hawa nafsu, begitu pula dengan membenci, memberi. Hawa nafsu lebih didewa-dewakan daripada rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Hati jenis ini adalah hati yang jika diseru kepada jalan Allah, maka seruan itu tidaklah berfaedah sedikitpun, kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menutup hati mereka.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

” Dan diantara mereka ada orang yang mendengar (bacaanmu), padahal kami telah meletakkan tutup di atas hati mereka sehingga mereka tidak memahaminya) dan kami letakkan sumbatan di telinganya dan jikalau pun mereka melihat segala tanda kebenaran mereka tetap tidak mahu beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu‘.” - [QS. Al-An'am:25].

Ayat ini menunjukkan, bahawa ada manusia yang tidak mempergunakan hatinya untuk memahami ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan tidak mempergunakan telinganya untuk mendengar perintah-perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Juga tidak mahu melihat kebenaran yang telah disampaikan. Seperti difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

“(Mereka berkata:) Hati kami tertutup dari ajakan yang kamu serukan kepada kami, dalam telinga kami ada sumbatan, dan diantara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu, sesungguhnya kami bekerja pula.”[QS. Fushilat:5].

Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membiarkan mereka dalam kegelapan dan mereka sedikitpun tidak akan mendapatkan cahaya iman.

“Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya. Allah menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka. Dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat, mereka tuli, bisu dan buta, maka mereka tidaklah kembali kepada jalan yang benar.” [QS. Al-Baqarah:17-18].

-Ketiga, Qalbun Maridl 

Qalbun Maridl iaitu (hati yang sakit) adalah hati yang sebenarnya memiliki kehidupan, namun di dalamnya tersimpan benih-benih penyakit berupa kejahilan. Hati yang sedang di cekam sakit akan mudah menjadi parah apabila tidak diubati dengan hikmah dan maud’izah. Seperti difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

“Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan syaitan, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang keras hatinya.” [QS. Al-Hajj:53].

Kerana sesungguhnya apa yang disisipkan oleh syaitan kedalam hati manusia itu, akan membuat sesuatu menjadi syubhat (sesuatu yang meragukan), seperti penyakit ragu dan sesat. Begitu hati menjadi lemah kerana penyakit yang dihidap, maka syaitanpun mudah merasuk ke dalam hati lalu menghidupkan fitnah dalam hati tersebut.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafiq, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan khabar bohong di madinah (dari menyakitimu) nescaya kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka. Kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar.” [QS. Al-Ahzab:60].

Namun demikian hati orang-orang yang seperti itu belumlah mati sebagaimana hati orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, akan tetapi bukan pula hati sihat, seperti sihatnya hati orang-orang yang beriman. Sebab di dalam hati mereka terdapat penyakit syubhat dan syahwat.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
“Sehingga berkeinginanlah orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya.“ [QS. Al-Ahzab:32].
Cara Pimpin Hati Untuk Kuat Dan Sabar
Bagaimana caranya memimpin hati menjadi sabar

Sabar adalah suatu sifat yang tidak boleh dimiliki begitu saja. Ia memerlukan proses yang panjang dan berperingkat. Sabar harus dipupuk. Tidak boleh hanya dengan berniat, "okay, esok saya akan menjadi orang yang sabar", maka esoknya saya adalah orang yang sabar.

Jadi yang boleh kita lakukan adalah memupuk sifat sabar ini. Kita hanya boleh mengusahakan bahawa dari hari ke hari kita boleh lebih bersabar dalam menghadapi segala sesuatu. Pada saat diri kita kesal dengan sesuatu dan kemudian kita mengungkapkan kekesalan itu dengan suatu cara.. mengomel, misalnya... atau menjadi geram dan kemudian marah-marah dengan orang lain... pada saat itu pulalah harusnya kita sedar bahawa kita 'masih kurang sabar'. Jadi seharusnya bagaimana kita harus menunjukkan sikap sabar itu?

Cara Buat Hati Kuat Dan Sabar
Perkara yang dapat dilakukan untuk memimpin hati dengan sikap sabar:

1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

2. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan org lain.

3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam.

4. Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

5. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam.

6. Berwudhuk

Cara Mendidik Hati Untuk Kuat
Setelah kita tahu untuk memimpin hati untuk brsikap sabar, seterusnya kita lihat pula cara mendidik hati untuk kuat menghadapi cabaran.

Pertama:

Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.

Kedua:

Perlu latihan-latihan praktikal melalui:

a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid

Semua penerangan di atas adalah sekadar perkongsian dari hati kecil saya yang sama seperti anda, sedang mencari kekuatan dan bersabar menghadapi sesuatu, samada ujian atau kebahagiaan. Kekadang dalam secebis kebahagiaan ada hati orang lain yang tidak gembira dengan kita dan adakala dalam ujian musibah ada hati orang lain yang ketawa suka.

Jadi, biarlah kita didik dan pimpin hati kita untuk kuat dan sabar dalam menghadapi apa jua kerenah duniawi.

Semoga bermanfaat.

#sebarkan bahagia dengan hati yang sabar dan kuat... Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/04/cara-pimpin-hati-untuk-kuat-dan-sabar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bosan Isteri Kuat Membebel Suami Panjat Menara Telekom Untuk Sejukkan Hati

Bosan Isteri Kuat Membebel Suami Panjat Menara Telekom Untuk Sejukkan Hati

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 326 hits
Bosan isteri kuat membebel suami panjat menara telekom untuk sejukkan hatiTidak tahan mendengar bebelan isteri seorang lelaki sanggup memanjat menara pencawang telekomunikasi di Uttar Pradesh India Lapor Tejpal Singh bertindak sedemikian ke...
Doa Biar Kuat Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga

Doa Biar Kuat Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 506 hits
Pelakon Saharul Ridzwan sememangnya dilihat sebagai suami yang cukup penyayang buat isteri dan dua anak anaknya Melewati instagramnya Saharul dilihat sering berkongsi kisah kehidupannya bersama anak anak tidak terkecuali berkongsi kisah hid...
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu

Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 647 hits
Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya ketahuilah bahawa ia adalah hati Riwayat al Bukhari dan Muslim
Hajiji Mampu Pimpin Sabah Musa Aman

Hajiji Mampu Pimpin Sabah Musa Aman

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 415 hits
MALAYSIAKINI Ketua Menteri Sabah baharu Datuk Hajiji Mohd Noor berkemampuan memimpin Sabah dan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan kepada rakyat dan pembangunan negeri pada masa hadapan kata bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri ...
Nuridah Umat Melayu Islam Mesti Di Pimpin Oleh Orang Orang Yang Beriman Kepada Allah

Nuridah Umat Melayu Islam Mesti Di Pimpin Oleh Orang Orang Yang Beriman Kepada Allah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 674 hits
KUANTAN Umat Melayu Islam seharusnya merasa malu kepada Allah S W T ketika tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara ini diambil alih dan didominasi oleh golongan bukan Islam Perkara tersebut menjadi ujian ke atas umat ini yang berlaku sela...
Jadilah Ibu Bapa Yang Sampai Hati Tegas Jangan Asyik Tak Sampai Dengan Anak

Jadilah Ibu Bapa Yang Sampai Hati Tegas Jangan Asyik Tak Sampai Dengan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 381 hits
Alahai kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni Dahla baru 7 tahun Ada 2 sesi persekolahan pulak tu Tak sampai hati rasanya nak kejutkan dahla semalam balik tuisyen lambat Jika diikutkan kehendak anak dia mungkin mahu terus tidur Nam...
Inilah 9 Tanda Kerosakan Pada Hati Jangan Abaikan Jika Anda Ada Tabiat Makan Yang Buruk

Inilah 9 Tanda Kerosakan Pada Hati Jangan Abaikan Jika Anda Ada Tabiat Makan Yang Buruk

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 342 hits
Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ organ lain dalam tubuh kita dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol glukosa dan zat besi Hati juga merupakan organ yang berfungsi ...
Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan

Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 362 hits
Tak semua orang ada hobi Tapi untungnya orang yang ada hobi Untuk ubat hati yang terasa bosan Hobi boleh mengubat hati Hobi boleh hapuskan kebosanan Setengah orang kata hobi menjadi terapi Jadi sekiranya orang yang suka akan hobinya bermaks...
Walau Pun Dia Dikatakan Kena Stroke Tapi Dia Masih Punya Busuk Hati Pada Anwar

Walau Pun Dia Dikatakan Kena Stroke Tapi Dia Masih Punya Busuk Hati Pada Anwar

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 297 hits
2tS gpotnhsrnoareesdgh ANWAR IBRAHIM BERHAK MENGADAP KDYMM AGUNG TAPI DIA TIADA SOKONGAN YANG MENCUKUPI Saya tetap mempertahankan anwar ibrahim kaki kelentong dan tidak mempunyai jumlah sokongan untuk menyokong dia jadi perdana menteri Hany...
Budget 2025 Sets The Course For A Digital Future

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Ubat Tambah Darah Maltofer

Lirik Lagu Kita Jumpa Lagi Asmidar Ahmadul Amin

Dosa Tak Terampun

Utamakan Akhirat Berbanding Dunia

Kesan Paracetamol Secara Berlebihan

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online