Cara Pilih Ayam Segar Dan Halal Dimakan Perbezaan Dengan Ayam Suntik Bangkai
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti ramai yang bercuti hari Krismas harini kan. Saya duduk rumah je hehe. Memandangkan setelah beberapa hari cuti blog, I have to update today by hook or by crook! Gitchuww~ acah acah blogger tegar hahaha. Oraitt.. jom kita baca tips di bawah ini! Cara cara pilih ayam segar dan halal dimakan ketika hendak membeli ayam mentah di pasar, kedai mahupun gerai.
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!Yela kan, sekarang ni macam macam lah. Ada yang suntik, ada yang disembelih tanpa mengikut prosedur yang betul di sisi Islam, dan ada ayam yang rupa seperti bangkai! Darah terkumpul di dalam ayam, tidak dikeluarkan sepenuhnya.. membuatkan ayam tidak elok dimakan dan juga tidak halal dimakan. Tapi.. disebabkan kita tidak didedahkan dengan cara yang betul memilih ayam, kita tidak 'perasan'. Aduhaii.. so scaryyy!
[TIPS] Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan di Pasaraya, Kedai
Cara Pilih Ayam Segar dan Halal Dimakan | Perbezaan dengan Ayam Suntik, Bangkai!Maksud Ayam Berformalin: adalah karkas/ daging ayam yang mengandung formalin yang diberikan melalui suntikan ke dalam daging atau pencelupan daging dengan larutan formalin
Ciri ciri ayam berformalin: jika dicubit bahagian kulitnya, maka kulit tidak akan kembali semula dan kulit kelihatan kaku
(dicadangkan.. pada saat mencubit itu, sebaiknya menggunakan sarung tangan, pengepit atau plastik. pastikan kulit tangan tidak bersentuhan secara direct dengan ayam)
[TIPS] Cara Pilih Ayam Segar dan Halal DimakanMaksud Ayam Tiren (ayam mati kelmarin) [ayam bangkai]: ayam yang telah mati yang disembelih atau tidak disembelih sehingga darah tidak keluar dari badan ayam dan membeku di setiap pembuluh darah.
Banyak dijual dengan harga yang sangat murah!
Ciri ciri Ayam Tiren:- pembuluh darah berwarna merah biru akibat pembekuan darah- pembuluh darah pada pangkal sayap berwarna merah biru karena berisi darah beku- terdapat warna merah pada daging ayam seperti lebam
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal DimakanMaksud Ayam Suntik: ayam suntik adalah ayam yang diberikan air melalui suntikan ke dalam daging dengan tujuan menambah berat daging
Ciri ciri Ayam Suntik:- tidak ada lipatan antara paha dan dada kerana kulit dan daging terisi air- perhatikan pada dada dan paha.. ada bekas jarum suntikan
TIPS Cara Pilih Ayam Segar dan Halal DimakanSemoga bermanfaat!
Jangan lupa share dengan family and kawan-kawan!
Daaa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/cara-pilih-ayam-segar-dan-halal-dimakan.html