Cara Permohonan Dan Semakan Status Icitra
Cara Permohonan Dan Semakan Status i-Citra| Sahabat pembaca blog KakYa dah memohon i-Citra ke belum? Kalau belum dan masih lagi tercari cara untuk membuat permohonan i-Citra, KakYa kongsikan disini cara permohonan i-Citra dengan lebih detail bagi memudahkan sahabat untuk membuat permohonan. Untuk pengetahuan sahabat, Permohonan i-Citra telah mula di buka pada 12 Julai 2021 dan pembayaran pertama di jangka pada bulan Ogos 2021. Tarikh akhir untuk permohonan i-Citra adalah 30 September 2021. Bagi yang dah memohon sahabat boleh buat semakan kelulusan i-Citra melalui pautan link yang KakYa sertakan di bawah.

Cara Permohonan i-Citra
Sila layari laman icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN

Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk gambar A dan B kat bawah

Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.

Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk

Tekan TERUSKAN.

Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

Semak semua maklumat dan tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai

Nota Penting*
- Permohonan i-Citra hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja
- Isikan maklumat yang betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran
- Pilih amaun yang dimohon mengikut keperluan. Pindaan amaun TIDAK DIBENARKAN selepas permohonan dikemukakan
- Anggota perkhidmatan awam yang memohon i-Citra berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak
Soalan Dan Persoalan Mengenai i-CitraSoalan dan persoalan mengenai i-Citra yang perlu korang tahu.
Mengapa pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Untuk pengeluaran korang, i-Citra diperkenalkan bagi memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP dalam memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup
Siapakah yang layak memohon i-Citra?
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000
Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan
Bilakah tarikh bayaran i-Citra?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021
Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dilaksanakan?
Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli
Cara Semak Status Permohonan i-Citra
Ahli KWSP yang telah membuat permohonan i-Citra boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui i-Citra Online . Dengar dengar dah ada yang dapat keputusan. Jadi kalau dah buat permohonan silalah semak permohonan korang di pautan link di atasm
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengeluaran i-Citra sila rujuk saluran berikut;
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Semoga perkongsian Cara Permohonan Dan Semakan Status i-Citra ini dapat memberi maklumat dan manfaat buat semua. InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/07/cara-permohonan-dan-semakan-status-iCitra%20.html