Cara Peram Buah Pelam Harum Manis


Bismillahirrahminarrahim


Alhamdulillah, baru-baru ni, dapat ilmu cara peram buah pelam Harum Manis dari Pakcik Latif, pesara pensyarah Politeknik di Jitra yang mengusahakan tanaman mempelam Harum Manis kecil-kecilan di kebun beliau di Kodiang. Bagi orang kebun, bab bab peram buah ni perkara biasalah, tapi bagi orang yang tak dak kebun macam saya ni, tak pernah tahu cara peram buah yang betul. Setakat biar jer kat ceruk dapur hingga buah masak biasalah.
Hari tu kebetulan Pakcik Latif dan Makcik Lah bawa sepupu kami untuk regular check up di hospital, mereka singgah ke rumah sekejap untuk mengambil penutup mesin jahit yang saya hantar mesin Makcik Lah ke kedai servis mesin jahit. Namun begitu lawatan tu tak lah lawatan kosong. Pakcik Latif, bawa bersama 6 biji buah pelam Harum Manis yang belum masak sebagai buah tangan. Alhamdulillah, syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira. 
Oleh kerana buah tu belum masak, Pakcik berikan saya sedikit kabaid untuk digunakan bila nak peram buah Harum Manis tadi. Bukan tu saja, siap bagi tunjuk ajar macamana nak buat. InshaAllah, saya coretkan di sini untuk rujukan di masa depan anak-anak saya atau sesiapa sahaja yang tak tahu macamana cara peram buah - atau bagi orang bukan orang kebun macam saya hahaha.

Perkara Yang Perlu AdaSo, berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu:

Kotak atau apa-apa bekas untuk simpan/peram buahSuratkhabar lamaUbat Kabaid. Kalau tak silap saya kabaid ni sama dengan belerang (lupa nak confirm dengan Pakcik hari tu)Kain burukdan of course buah yang hendak diperam
Langkah-langkah Penyediaan
Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:
Pertama - Sediakan bekas isi kabaidJadi, Pakcik Latif bagitahu saya, supaya letakkan kabaid tu dalam satu bekas. Beliau cadangkan guna bekas plastik isi makanan tu (lihat gambar). Bekas tu, kena lah buat lubang kecik-kecik di sekeliling dan penutupnya. Tujuan? Allahualam saya tak pasti. Sesiapa yang tahu, mungkin boleh tambah maklumat ni di ruang komen.
Bekas plastik isi makanan digunakan untuk isi kabaid


Saya tebuk lubang menggunakan dawai yang saya panaskan - cucuk jer di bekas plastik tu
Kedua - Lapik kotak dengan suratkhabar lama.Boleh letak seberapa banyak lapisan suratkhabar.

Ketiga - Masukkan buah pelam Harum Manis Susunlah buah pelam harum manis di atas suratkhabar yang kita sediakan tadi. Letakkan bekas berisi kabaid tadi bersama-sama.

Kenapa kena susun? Ya... supaya muat kesemua buah dalam kotak tu... hahaha.


Keempat - Tutup buah dengan beberapa lapisan suratkhabar lagi.Isikan beberapa lapisan suratkhabar lagi supaya tertutup rapat. Kira macam balut atau bungkus kesemua buah dengan bekas kabaid tadi tu lah.

Pakcik Latif kata, kalau ada kain tuala buruk atau kain buruk... letakkan sekali kat atas lapisan suratkhabar tu.
Akhir sekali - tutup kotak tu dan simpan di tempat yang selamat dari gangguan
Menurut Pakcik Latif, buah tadi masih muda tetapi sudah boleh dipetik dengan melihat kepada tangkainya yang dah agak kering. Beliau anggarkan buah pelam Harum Manis tu akan masak dalam 3 atau 4 hari. 
Oleh yang demikian, lama mana kita perlu peram adalah bergantung kepada berapa muda buah yang kita peram. Kalau macam dah nak masak tapi belum masak, mungkin perlukan sehari dua sahaja. Untuk selamat, lepas dua hari, boleh buka dan lihat samada dah masak atau tidak. Takut kalau lama sangat peram nanti buah tu jadi masak ranum berlebihan pulak.


Jadi, begitulah kaedahnya. Tak susah pun, tapi kalau tak reti, tak akan menjadi. So, alhamdulillah, dengan ilmu, inshaAllah, buah tu selamat dan boleh dimakan.
Jangan lupa, sebelum apa-apa pun, baca Bismillah dulu... sebab, apa-apa yang kita buat hendaklah didahulukan dengan menyebut nama Allah swt - pemilik semua harta atas dunia ni.
Allahualam bissawab.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wafacw.blogspot.com/2021/05/cara-peram-buah-pelam-harum-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Chocodate Homemade Sedap Guna Lebihan Buah Kurma

Cara Buat Chocodate Homemade Sedap Guna Lebihan Buah Kurma

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 421 hits
Jom buat kurma ala chocodate homemade ni Bulan puasa kalau takda buah kurma tak nikmat rasanya Jika anak anak kurang gemar untuk makan kurma biasa apa kata ibu sediakan chocodate homemade ni untuk hidangan berbuka puasa nanti Mesti cepat ha...
Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 397 hits
Buah buahan sangat baik untuk kesihatan anak Rasanya yang manis dan lembut membuatkan buah menjadi antara makanan kegemaran si kecil Namun buah yang lembut juga boleh membahayakan si kecil jika ibu ayah tidak memotongnya dalam saiz yang kec...
Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak Didik Anak Disiplin

Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak Didik Anak Disiplin

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 417 hits
Didik anak melakukan kerja rumah boleh dilakukan seawal usia 2 tahun Ketika umur anak memasuki usia 2 tahun ajar dia lakukan kerja rumah yang mudah seperti letak baju kotor di dalam bakul sampah perlu buang di dalam tong sampah Didik anak t...
Kapan Lailatul Qadar Tiba Begini Tanda Keutamaan Dan Tata Cara Salat Sunahnya

Kapan Lailatul Qadar Tiba Begini Tanda Keutamaan Dan Tata Cara Salat Sunahnya

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 377 hits
Malam yang lebih baik dari seribu bulan dan bisa mendapat pengampunan dosa jika bisa meraihnya
Cara Tukar Alamat Ic 2021 Di Jpn

Cara Tukar Alamat Ic 2021 Di Jpn

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 566 hits
Cara Tukar Alamat IC Untuk makluman cara proses penukaran alamat dalam IC telahpun dikemaskini sejak 2 Mei 2019 Apa sahaja urusan berkenaan penukaran alamat IC perlu disertakan dengan dokumen sokongan bagi mengelakkan penipuan informasi Bag...
Hiburan Bekas Isteri Harap Selesai Cara Baik Sam Bunkface Mohon Pindaan Pemberian Nafkah Anak

Hiburan Bekas Isteri Harap Selesai Cara Baik Sam Bunkface Mohon Pindaan Pemberian Nafkah Anak

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 1050 hits
Penyanyi kumpulan Bunkface Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom 34 dilaporkan telah memfailkan permohonan pindaan tuntutan nafkah terhadap anak lelakinya Maleeq yang merupakan hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri Aid...
Cara Mudah Masak Daging Dendeng Senang Comfirm Sedap

Cara Mudah Masak Daging Dendeng Senang Comfirm Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 378 hits
Sekarang ni semua orang nak masak ringkas cepat dan sedap Salah satunya menu Daging Dedeng Dengar macam susah tapi senang sebenarnya Tak percaya boleh follow je resipi yang dikongsikan ini Lagi ringkas kalau anda rebus daging dan titiknya s...
Cara Duduk Tasyahud Akhir Shalat Witir Tiga Rakaat Iftirasy Atau Tawarruk

Cara Duduk Tasyahud Akhir Shalat Witir Tiga Rakaat Iftirasy Atau Tawarruk

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 323 hits
Bagaimana cara duduk tasyahud akhir shalat witir tiga rakaat iftirasy ataukah tawarruk
Amnesty Internasional Kritik Cara Polisi Saat Tangkap Munarman

Amnesty Internasional Kritik Cara Polisi Saat Tangkap Munarman

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 354 hits
Tuduhan terorisme bukan alasan melanggar hak asasi seseorang saat ditangkap Meskipun sebagian ketentuan UU Anti Terorisme bermasalah namun Pasal 28 ayat dari UU tersebut jelas menyatakan pelaksanaan penangkapan orang yang diduga melakukan T...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun