Cara Perah Simpan Susu Untuk Bayi Pramatang Kena Betul Doktor Kongsi Bayi Pramatang Perlu Nutrisi Baik


Memenuhi nutrisi bayi pramatang merupakan satu cabaran bagi doktor, jururawat serta ahli keluarga bayi. Nutrisi pada peringkat awal kehidupan bukan sahaja merupakan penentu bagi kehidupan bayi, perkembangan fizikal dan mental semasa waktu kanak-kanak, malah ia juga adalah penentu kesihatan pada masa hadapan.

Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
Bayi yang pramatang sering memerlukan kemasukan ke dalam wad rawatan rapi bayi selepas lahir. Ini menambahkan sedikit cabaran kepada penyusuan susu ibu. Namun, kebanyakan ibu dapat memerah susu badan bagi menyusukan si manja mereka.
Pemerahan susu ibu
Susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi pramatang. Selain dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan, susu ibu juga mengandungi pelbagai jenis faktor pertahanan yang dapat mencegah bayi pramatang daripada jangkitan kuman. Akan tetapi, kebanyakan bayi pramatang tidak dapat menyusu susu badan secara terusnya disebabkan oleh kesakitan atau reflek penghisapan-penelanan yang tidak matang. Justeru itu, adalah sangat penting bagi seseorang ibu untuk memerah susu supaya bayinya masih dapat penyusuan susu ibu melalui cara-cara alternatif seperti tiub penyusuan, cawan dan sebagainya.
Pemerahan dan penyimpanan susu perahan
Bersihkan tangan anda sebelum memerah susu. Susu perahan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih. Tuliskan tarikh dan masa di bekas susu perahan setiap kali selepas memerah. Anda dinasihati supaya tidak campurkan susu perahan pada waktu berlainan di dalam satu bekas yang sama. Sekiranya anda perlu bantuan, dapatkan pertolongan daripada anggota kesihatan (contohnya di wad serta klinik) berkenaan cara memerah susu, penyimpanan serta penghantaran susu perahan.

Simpankan susu perahan di dalam peti sejuk/peti beku sekiranya tidak dihantar ke hospital dalam masa yang singkat. Anda boleh simpan susu perahan dalam pelbagai cara seperti berikut:
Tempat
Suhu
Tempoh
Peti sejuk ? 4°C
24 jam
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(1 pintu) -15°C
2 minggu
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(2 pintu) -18°C
3 bulan
Peti beku ? -18°C
6 bulan
Penyimpanan susu perahan di dalam peti sejuk  
Apakah kaedah penghantaran susu perahan ke hospital
Semasa menghantar susu perahan ke hospital, simpan bekas yang mengandungi susu perahan di dalam kotak beku.
Contoh kotak beku Human Milk Fortification (HMF)
Semasa berada di hospital, bayi pramatang sering memerlukan HMF untuk ditambahkan dalam susu perahan. Tujuan penambahkan HMF adalah untuk meningkatkan kepekatan nutrien dan juga kalori untuk kepentingan pertumbuhan bayi.
Total parenteral nutrition (TPN)
Bayi pramatang mempunyai stor nutrient yang agak terhad di dalam badan. Selain itu, bayi pramatang juga memerlukan masa untuk mencapai penyusuan susu yang optima. Justeru itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan < 32 minggu atau < 1500g memerlukan TPN pada peringkat awal sebelum dapat mencapai penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. TPN adalah sejenis formula nutrisi yang diberikan kepada bayi melalui cara intravena. Ia mengandungi nutrien seperti glukos, protin, lemak, vitamin dan bahan mineral. TPN merupakan punca nutrisi dan tenaga yang agak penting sebelum bayi dapat mencapai penyusuan susu ibu secara sepenuhnya.
Pemantauan pertumbuhan
Pertumbuhan bayi pramatang biasanya dipantau melalui pengukuran lilitan kepala, panjang dan berat badan dari masa ke semasa. Bacaan-bacaan tersebut akan dicatitkan pada carta pertumbuhan bagi memantau pertumbuhan bayi. Pertumbuhan yang pesat semasa peringkat awal yang seiras dengan pertumbuhan bayi semasa di dalam kandungan dapat menjangkakan perkembangan otak yang lebih baik.
Carta Pertumbuhan
Penyusuan bayi selepas keluar hospital
Penyusuan bayi yang sangat pramatang merupakan satu cabaran yang besar bagi anggota  kesihatan serta keluarga bayi. World Health Organization, American Pediatric Society, European Society for Paediatric Gastroenterogy Hepatology and Nutrition (ESPGHAN) mensyorkan penyusuan susu ibu pada 6 bulan pertama dan seterusnya. Pemantauan penyusuan dan pertumbuhan adalah penting selepas keluar dari hospital.
Kredit: Dr. Leong jen Jen
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post Cara Perah & Simpan Susu Untuk Bayi Pramatang Kena Betul! Doktor Kongsi Bayi Pramatang Perlu Nutrisi Baik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-perah-simpan-susu-untuk-bayi-pramatang-kena-betul-doktor-kongsi-bayi-pramatang-perlu-nutrisi-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memilih Jenis Susu Lactogen Yang Tepat Untuk Bayi

Cara Memilih Jenis Susu Lactogen Yang Tepat Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 177 hits
Sebagai seorang ibu memilih jenis susu formula yang tepat untuk bayi Anda bisa menjadi tugas yang menantang Terutama ketika Anda menyadari bahwa setiap jenis susu formula memiliki keunggulan dan kekurangannya masing masing Namun ketika Anda...
Ada Bayi 0 3 Bulan Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak Penting Buat Seawal Mungkin

Ada Bayi 0 3 Bulan Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak Penting Buat Seawal Mungkin

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 199 hits
Alah bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita...
Bahaya Jika Anak Alah Dengan Susu Lembuh Doktor Kongsi Risiko Boleh Menyebabkan Sesak Nafas 1

Bahaya Jika Anak Alah Dengan Susu Lembuh Doktor Kongsi Risiko Boleh Menyebabkan Sesak Nafas 1

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 112 hits
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita seperti...
Anak Saya Kebal Jatuh Berdarah Tak Nangis Suka Main Sendiri Doktor Kongsi Tanda Awal Autisme

Anak Saya Kebal Jatuh Berdarah Tak Nangis Suka Main Sendiri Doktor Kongsi Tanda Awal Autisme

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 138 hits
Dari sudut perubatan autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi tingkah laku tidak wajar yang berulangan pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda ...
Kami Berpisah Dengan Cara Baik Shuk Sahar Amp Rossa Sera Sah Bercerai

Kami Berpisah Dengan Cara Baik Shuk Sahar Amp Rossa Sera Sah Bercerai

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 124 hits
Teka teki kemelut rumah tangga Shuk Sahar dan Rossa Sera akhirnya terjawab apabila Shuk sudah mengesahkan dia sudah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 22 Mac yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Menurut Shuk keputusan...
Puding Dadih Susu Buah Naga Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa Teething

Puding Dadih Susu Buah Naga Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa Teething

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 221 hits
Pudding Dadih Susu dan Buah Naga resepi mesra bayi Wajib cuba mommy sangat lembut gebu dan sedap Natural lemak manis dari susu dan buah Resepi yang sangat healthy untuk bayi dan kanak kanak Cuaca tengah panas ni buatkan untuk bayi lagi best...
Rugi Tak Pernah Beri Anak Makan Kacang Gajus Doktor Kongsi Bagus Untuk Otak Kuatkan Memori Anak

Rugi Tak Pernah Beri Anak Makan Kacang Gajus Doktor Kongsi Bagus Untuk Otak Kuatkan Memori Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 179 hits
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek Di sebalik keenakan rasa kacang gajus ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan teruta...
Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 145 hits
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita Asalkan sihat sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita Namun mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan Sumber foto www...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global