Cara Penjagaan Fiddle Leaf Fig Indoor Plant
Hai korang pencinta pepokok indoor dan outdoor!! Boleh gitu? Hahaha..Dah 3 minggu mood I terlebih happy. Sebab apa? Sebabnya kat rumah kita dah ada pokok fiddle leaf fig indoor plant!! Yeay!!! Dah lama sangat saya mengidamkannya.
Pokok ni saya beli pada 18/8/2019. Nampak segar bugar kan? Saya beli pasu baru dan minta orang di nursery tu tukarkan ke pasu hitam tu. Dia tambah tanah hitam dalam 1 beg lebih kurang. Hmm memang beratlah, tapi I datang dengan shuben, so dialah yang carry the plant
Plan awal nak beli pokok palsu
Dah berbulan-bulan saya survey pokok palsu atau artificial fiddle fig. Dari IG ke Shoppee ke SSF. Saya bandingkan harga dari saiz 120cm, 160cm dan 180cm. Konon kalau beli, nak tayang kat tetamu masa rayalah kan.
Ada yang murah, tapi kualiti pula berbeza-beza. Dan hampir dah nak beli yang artificial ni sebab mudah nak jaga. Tak perlu siram, tak payah nak baja dan tak risau ianya kiok atau mati
.
Fikir punya fikir dan bincang pula dengan husband. Makanya keputusan dah dibuat serta muktamad. Kita beli pokok hidup. Katanya bolehlah dapat oksigen lebih
. Tapi memang betul pun kan?
Dan harga pun tak mahal. Oklah saya ikutlah cakap suami. Ingat tagline kita, “ikut cakap suami atau isteri, rumahtangga Insha Allah harmoni!!!”. Gitteww!!! Wei bela pokok hidup pun salah satu cara release stress kan. Tengok kehijauan dalam rumah, terus rasa tenang jek.
Beli juga fiddle fig indoor plant
Selepas kata putus dibuat, kami pun pergilah nursery kat area Sungai Buloh. Dekat je dengan hospital, ala dekat dengan Pusat Kawalan Kusta tu. Kat situ banyak juga pilihan pokok fiddle fig indoor plant yang ada.
Harga pun berbeza-beza. Kena pandai cari, dan tawar menawar. Bukan ada pokok indoor je, pokok outdoor pun banyak sangat. Nak pokok tanam kat tepi laman? Dalam pasu? Pokok gantung? Semua pun ada.
Kat penjuru tu saya letakkan fiddle fig tu. Tepi dengan pintu ke taman. At least boleh buka pintu dan dedahkan si pokok dengan cahaya matahari. Setakat ni pokoknya memang sihat dan segar. Daun tu saya lap dengan kain basah. Masa di nurseri kemain kotor dan berhabuk daunnya. Bila dah lap, emm bersinar
Ini pandangan waktu siang. Memang cukup pencahayaan di waktu siang. Gambar ni saya ambil pada 9/9/2019. Bertahan ya si pokok hahaha
Belek punya belek, cari punya cari, terjumpalah si pokok idaman hati. Suami terberkenan indoor plant yang lain. Saya tak membantah, tapi muka dah sedikit mencuka. Akhirnya pokok fiddle fig juga yang tetap dibeli
. Harga pokok tu RM60 tapi dapat RM55. Pasu hitam tu pula harga RM25.
Saya pun tanya pada si penjual pokok macamana cara nak jaga pokok fiddle fig. Sebab indoor plant kan. Risau juga kalau kurang atau terlebih itu dan ini. Nanti mati
.
TIPS jaga pokok indoor plant.
Pencahayaan
Katanya pokok ni walau tanaman indoor tapi masih perlukan pencahayaan. Misalnya letak di tepi tingkap atau pintu rumah, tapi buka langsir untuk pencahayaan. Kalau korang perasan pokok ni macam pokok ketapang pun ya kan.
Cara siram indoor plant
Siram 2 kali seminggu sahaja tau. Tak perlu siram hari-hari dowh. Senang kerja kan, kalau nampak tanah tu macam lembap, tak perlulah disiram. Kalau kering tu, silalah siram. Simple kan?
Kekerapan membaja
Dan pokok ni juga perlukan baja tau. Baja daun tu letak 2 minggu sekali pun dah ok. Saya juga ada terbaca, kalau nak siram dengan air basuhan beras pun boleh.
Elok hijau daunnya kan. Memang tahan tak gugur sejak beli. Dah hampir sebulan dalam rumah ni, memang tahan hayatnya
Kene rajin lap daunnya. Nampak berkilat je lepas dilap dengan kain basah.
Ha senang kan nak jaga pokok fiddle fig ni. Alhamdulillah setakat hari ni, masih lagi segar dan bertahan nampaknya. Seronok jaga pokok hidup ni rupanya, tak susah. Kalau betul caranya memang panjanglah umur dia :).
(38)
The post Cara penjagaan fiddle leaf fig indoor plant appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/09/cara-penjagaan-fiddle-leaf-fig-indoor-plant.html