Cara Pemeriksaan Motosikal Yang Enjin Gagal Dihidupkan


Motosikal gagal hidupkan enjin sekaligus membuatkan kepala anda pening memikirkan berapa kos baiki jika terpaksa masuk bengkel sebelum itu sila baca sedikit sebanyak tips dibawah manalah tahu dapat membantu.

Posting ini bukanlah ditulis oleh pomen pakar tapi hanya berdasarkan pengalaman "try n error" . Kami juga bukan pengguna motorsikal yang extream kalau boleh jarum meter nak full demi kelajuan mahupun bukan dari golongan yang suka aksesori demi kecantikkan jentera.

Penulis mempunyai jentera yamaha empat lejang dimana baru-baru ini telah menguji kesabaran kerana cuba melakukan protes terhadap tuannya sendiri. Ringkasan cerita sedang penulis sedap tunggang dari masjid ke rumah secara tiba-tiba enjin dia mati bunyi dup dup tanpa belas kasihan maka dari situlah bermulanya kajian mencari punca kerosakkan.


Cara mengesan punca kerosakkan enjin mati secara tiba-tiba dan sukar untuk hidupkan adalah seperti berikut.

Periksa Semua Bahagian Yang Ada Kaitan Dengan Api

1. Bunyikan hon untuk memastikan bunyi masih kuat seperti biasa, jika bunyi dia macam tiada tenaga tu maknanya bateri sudah kong.

2. Ganti sparkplug NGK harga sekitar RM7 - RM10, jika boleh hidup selepas ganti sila bawa motosikal korang pusing dua tiga pusingan nak tengok masih hadapi masalah mati enjin tak. Katakan selepas bawa atau tukar masih enjin tidak boleh dihidupkan sila lanjutkan pemeriksaan.


3. Buka cover set bahagian kanan untuk pemeriksaan wayering dari hujung hingga hujung kut ada mengalami wayer putus disebabkan gigitan tikus. Jika ada kesan mana-mana wayer putus atau sebarang gigitan sila buat pembaikkan semula mengikut kemahiran korang, manakala jika tiada sebarang kerosakkan sila lanjutkan pemeriksaan.

4. Oleh kerana permasalahan enjin gagal dihidupkan berpunca dari api maka akhir sekali korang periksa komponen CDI, semasa pemeriksaan tu jika ada kawan yang menggunakan motosikal sejenis bolehlah pinjam kejap CDI dia untuk kepastian manakala jika anda berseorangan bersiap sedia untuk keluarkan duit beli CDI di mana-mana lokasi yang terpilih iaitu jika boleh terus dari suplier jangan pula korang pergi bengkel memang koyak poket.(CDI racing memang mudah hangus)


Selepas pemasangan CDI jika enjin motosikal anda dapat dihidupkan bermakna anda sudah jumpa jalan penyelesaian tapi jika masih gagal sila lanjutkan pemeriksaan.

5. Periksa fius berdekatan ruang bateri kalau yamaha empat lejang penulis fius dia berada dibawah tempat duduk, jika sudah jumpa sila tenung betul-betul sama ada dalaman sudah putus atau tidak. Katakan fius sudah putus atau terbakar sila bawa sample pergi ke suplier berdekatan, selepas pasang fius terbakar lagi atau masih gagal dihidupkan sila tukar coil cut off warna kelabu di bahagian tepi sebelah kanan nama dia katab(rectifier).


katab(rectifier) nak tahu dia rosak apabila lampu mentol korang kerap terbakar selepas beberapa kali tukar kerana terlebih api, seterusnya bateri cepat kong kerana tidak menerima sebarang api dari katab(rectifier).


Bagaimana nak tahu bateri sudah kong? seperti diatas iaitu hon akan bunyi perlahan dari biasa seterusnya starter juga gagal berfungsi tapi bagusnya masih boleh hidupkan enjin guna kaki dan akhir sekali meter korang gelap gelita kerana tiada cahaya lampu semasa pusingkan kunci kepada mode ON.

6. Bahagian carburator jika tak pernah usik dari semenjak beli maka eloklah abaikan pemeriksaan, manakala jika pernah atau rasa macam termasuk air ke maka dipersilakan buat pembersihan atau settings semula.

7. Sudah alang-alang sampai ke carburator jangan lupa jenguk penapis udara kut dah berhabuk silakan sedut guna vacum atau terus tukar yang baru lagi suci bersih.

Sebenarnya banyak lagi komponen berkaitan dengan api tapi penulis tak nak sebut bahagian selebihnya kerana ikutkan memang susah nak rosak kecuali ada permasalahan dari wayering tidak sempurna. Tapi jika semua diatas korang dah periksa dan sudah tukar maka tak salah jika nak lanjutkan pemeriksaan pada bahagian lain seperti magnet coil yang harga dia mungkin memerlukan belanja yang besar.

Selagi mana korang jaga minyak enjin insya allah tiada masalah pada dalaman enjin kecuali korang lenjan macam monyet hingga menyebabkan patah segala benda dalam enjin itu haaa yang tu sudah di kategorikan Jem dan perlu jatuh enjin.


Akhir kata jika korang kurang berminat mengetahui sedikit sebanyak hal Motosikal atau Kereta, maka bersiap sedialah untuk menanti bil dari mana-mana bengkel pilihan. Cuma nak beritahu setiap komponen gantian dari bengkel sudah pun ada harga untung manakala upah pemasangan juga turut di ambil kira belum cerita cukai kerajaan kos pekerja dan kedai bagai dekat situ je korang kena bayar lebih dari satu bil mana yang faham tu fahamlah.

Posting ini tidak menutup periuk nasi siapa-siapa dan hanya berkongsi pengetahuan dan pengalaman tersendiri, tiada kena mengena dengan mana-mana bengkel mahupun pomen apa yang ada cumalah perkongsian semata-mata.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2020/02/cara-pemeriksaan-enjin-motorsikal-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Resep Cara Membuat Telur Gulung Yang Enak Dan Anti Gagal

7 Resep Cara Membuat Telur Gulung Yang Enak Dan Anti Gagal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 592 hits
Telur gulung merupakan salah satu jajanan yang kini sedang booming Meski kerap dijual di sekolah sekolah tetapi telur gulung juga kerap dijumpai di berbagi tempat
4 Cara Membuat Kue Lumpur Kentang Enak Mudah Dan Menggoda Lidah

4 Cara Membuat Kue Lumpur Kentang Enak Mudah Dan Menggoda Lidah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 324 hits
Cara membuat kue lumpur kentang tergolong mudah dan bahan dasar utamanya yang murah seperti kentang tepung terigu santan telur dan dikombinasi bahan bahan lain Saat ini ada banyak variasi dari kue lumpur yang dijajakan di pasar
Cara Mudah Recover Semula Password Di Chrome

Cara Mudah Recover Semula Password Di Chrome

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 356 hits
Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome bagaimana Boleh ke nak recover atau dapatkan semula walaupun dah lupa Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome
Bagaimana Cara Gamers Menghasilkan Duit Pendapatan

Bagaimana Cara Gamers Menghasilkan Duit Pendapatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 754 hits
Pendapatan Seorang Gamer Dahulu kalau bermain game khususnya game digital merupakan aktiviti masa lapang untuk menghilangkan kebosanan Cara Gamers Jana PendapatanApalagi retorik pemikiran orang tua lebih jelas ibu bapa bahawa bermain game e...
5 Cara Tepat Untuk Membantu Anak Cepat Tidur Di Malam Hari

5 Cara Tepat Untuk Membantu Anak Cepat Tidur Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 432 hits
Kurangnya tidur di malam hari ini menimbulkan kondisi kelelahan pada anak anak yang berujung menurunnya sejumlah kondisi mereka Hal ini juga bisa membuat mereka menjadi kurang konsentrasi ketika beraktivitas pada siang hari
Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 342 hits
Solat dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan adalah keadaan yang benar benar ideal yang diingini oleh umat Islam Namun realitinya setelah berumah tangga dan mempunyai anak anak kecil ada sesetengah perkara dan rutin yang perlu di...
Elok Amalkan 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah Cara Dekatkan Diri Pada Allah

Elok Amalkan 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah Cara Dekatkan Diri Pada Allah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 329 hits
Elok Amalkan 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah Cara Dekatkan Diri Pada Allah Semua orang ada masalah tinggal bagaimana seseorang itu mampu menguruskan masalah dengan baik Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah 1 Pertama sekali terus paksa ...
Saya Tak Sedar Hamil 24 Tanda Ini Antara Cara Untuk Tahu Anda Positif Hamil

Saya Tak Sedar Hamil 24 Tanda Ini Antara Cara Untuk Tahu Anda Positif Hamil

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 411 hits
Lazimnya para ibu akan mendapat tahu status kehamilan masing masing seawal minggu ke 4 Pelbagai simptom boleh dialami ketika saat anda didiagnosis dengan kehamilan Artikel ini akan menerangkan 24 cara nak tahu hamil atau tidak berdasarkan s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa