Bagaimana Cara Gamers Menghasilkan Duit Pendapatan


"Pendapatan Seorang Gamer"

Dahulu kalau bermain game (permainan), khususnya game digital merupakan aktiviti masa lapang untuk menghilangkan kebosanan.


Cara Gamers Jana PendapatanApalagi retorik pemikiran orang tua lebih jelas ibu bapa bahawa bermain game elektronik ini cukup tidak memberikan faedah.


'Gamers' Zaman Dahulu

Itu dahulu, dimana kanak-kanak masih bermain 'beyblade' yang dinamakan gasing. Balik mengaji atau fardhu ain singgah kedai runcit beli tikam cap dayak, itu dahulu.

Mahu dapatkan kereta dash yankuro pun agak sukar. Apalagi Playstation atau konsol permainan yang untuk mereka yang 'bangsawan' sahaja.

Zaman berubah, cara dan gaya hidup juga berubah. Jangan bandingkan, kerana itu lumrah.

'Gamers' Zaman Sekarang

Zaman kini meskipun tiada kelihatan kereta terbang yang digambarkan oleh ilustrator zaman dahulu bahawa 2020 adalah kemajuan dunia. apa yang maju hanyalah perut ke depan.


Bermain PUBG MobileSukan SEA di Manila, Filipina ( Disember 2019) bermulanya titik tolak bermain game menjadi satu acara sukan.

Lebih dikenali sebagai Sukan Elektronik (Esports).

Di Malaysia memang tidak menyeluruh, namun di dunia luar Esports bukan suatu yang baharu.

Tiada faedah di zaman dahulu, kini Esports mampu menjadi satu cabang bisnes apalagi sebagai kerjaya.

Cara 'Gamers' Menghasilkan Wang Pendapatan

Jom lihat bagaimana cara Esports seperti Pro Evolution Soccer (PES),Counter Strike, Mobile Legends, PUBG atau Call of Duty (COD PC atau Mobile) mampu memberikan pendapatan lumayan

1. Hiburan

Dari zaman perang Melaka dengan Portugis, malahan zaman kuno lagi, hiburan adalah sesuatu yang digemari, itu lumrah manusia.


Chocotaco Gameplay PUBGMelihat benda hebat, dengan kemahiran tertentu.

Namun, ada juga yang melanggan tidak kira facebook atau twitch untuk streaming permainan bukan semata-mata untuk belajar dan mengagumi kemahiran, tetapi lebih berminat kepada  pemainnya apalagi yang kacak dan cantik serta seksi seperti Kime Hime contohnya, eh.

2. Promosikan Barangan Lembut (Software)

Sekarang sudah banyak sebenarnya pengeluar software untuk permainan video, tidak kira di konsol atau di personal computer (PC) apalagi untuk telefon bimbit.


Football Manager 2019 GameplayBagi pemain permainan video yang menggunakan produk software game tertentu mestilah akan secara langsung mempromosikan software tersebut.

Contoh software yang sering menaja 'gamer' adalah

Maka sebagai upah terdapat bayaran dari pengeluar software permainan tersebut. Menarik bukan.

3. Promosikan Barangan Keras (Hardware)

Tidak sangat lari untuk pandangan nombor dua. Disini pemain (gamer) akan mempromosikan pula gajet dan alat untuk bermain game.


Watch Pewdiepie Minecraft GameplaySebagai contoh pemasangan (set up) untuk PC bermain permainan video. 

Sekarang banyak sahaja pengeluar 'rig' permainan yang memiliki jenama tertentu.
Bukan sahaja 'set up' untuk PC malahan kerusi pun turut disesuaikan untuk permainan video.

Contoh barangan dan rig serta aksesori permainan video dari razer, republic of gamers dan banyak lagi.

4. Iklan Penaja

Kebanyakan pemain atas talian (online gamers) sentiasa berhubung dengan peminat mereka. 


PUBG Mobile Miramar Gameplay ScreenshotSentiasa berkomunikasi meskipun bukan secara bersemuka. Banyak sahaja cara untuk 'interact' dengan peminat dan pengikut.

Sudah banyak sebenarnya platform untuk 'online gamers' berkomunikasi dengan pengikut melalui aplikasi streaming.

Dari poin ini, jika terdapat penaja, tidak kira yang terkait dengan permainan tersebut atau tidak, akan memberikan 'tugasan' untuk memprosmosikan barangan dan produk mereka ketika berhubung dengan pengikut atau yang melihat.

Upah tetap jalan.

5. Online Publisher (Adsense, Innity, Amazon dan Affiliate)

Apa yang penulis senaraikan di atas adalah sumber pendapatan pemain permainan yang mendapat 'upah' secara terus.

Ini adalah untuk yang mendapat 'upah' secara pasif.

Pasif dalam erti kata tidak begitu cuba keras (try hard). Anda terkenal dan sudah popular. Semestinya sudah boleh berdiri sendiri.

Sebagai contoh, anda masukkan (upload) video permainan anda di Youtube dan Blog anda. Dari sini anda boleh jana pendapatan melalui Google Adsense, sebagai contoh.


CARA JANA DUIT MELALUI YOUTUBE
Teruskan sahaja 'kerja' anda dan pendapatan akan terus masuk mengikut tontonan.

Jom subscribe channel youtube blog ini untuk info menarik lain :




6. Penjualan Cenderahati (Merchandise)

Anda sudah terkenal sebagai seorang 'online/offline gamers'. Pengikut sudah ramai dan peminat berduyun-duyun.

Anda kini perhatian orang ramai dan menjadi idola. Usah kira pembenci (haters) mesti ada.

Inilah masanya para 'online gamers' mendapatkan hasil. Dengan jualan barangan merchandise sendiri.

T-shirt, mug, topi ataupun mafla dengan jenama gamers itu sendiri menjadi produk. Betul bukan ?

Bukan Mudah Untuk Menjadi Gamers Berjaya Dengan Cepat

Itulah antara cara pemain permainan video (gamers) untuk jana pendapatan.
Jadi jangan diingat bahawa bermain permainan video atau menjadi 'gamers' tiada masa depan.


Berjaya Sebagai GamersCuma usaha pertama yang perlu ada, tidak semua semudah memakan kacang yang sudah dikoyak kulitnya.

Perlulah kita membuka kulitnya tersebut, untuk menjadi pemula (beginner) memanglah sukar, namun apabila sudah konsisten dan ada kemahiran, Insha Allah berjaya.

Sebelum naik perlu ada usaha dan kemahiran. Pewdiepie (100mil award subscribers) bermula dengan minecraft di channel youtubenya dengan hanya 3-4 views. Itu contoh.

......bukan mudah untuk berjaya menjadi gamers dengan cepat kecuali anda adalah awek yang seksi dan comel, lelaki yang kacak, anak orang jaya..ini mudah.

Keperluan Asas Menjadi Gamer Pemula

Apa persediaan biasa sebelum menjadi Gamers, boleh klik link di bawah untuk mendapatkan keperluan asas seorang gamers

1. Internet berkelajuan tinggi
2. Computer Rig
3. Software Permainan 

Anda fikir anda tahu Bagaimana Cara Pemain Permainan (Gamers) Dapatkan Pendapatan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/01/bagaimana-cara-gamers-menghasilkan-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Duit Dalam Semua Bank

Cara Semak Duit Dalam Semua Bank

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 431 hits
ini official letter bila kita tekan print nanti dia keluar macam ni simpan untuk kegunaan nak claim duit kita nanti tau Cara Semak Wang Tidak Dituntut Online Klik link Klik pendaftaran Isi butiran peribadiDah sattle pegi ke bahagian semakan...
Cara Simpan Duit Paling Mudah

Cara Simpan Duit Paling Mudah

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 1923 hits
Cara Simpan Duit Paling MudahMelangkah ke tahun baru 2020 semestinya bersemangat dengan azam dan kesungguhan untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya Antara salah satu azam setiap tahun adalah untuk simpan duit secara menabung Jadi seron...
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 307 hits
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel Cikza percaya ramai yang tengah seronok travel hasil dari tabungan setahun yang korang buat Namun buat mereka yang suka travel tu ada yang seronok mendengar tapi punya kekangan kewangan lain ...
Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 1417 hits
Assalamualaikum dan Hai Semalam sempat masukkan duit dalam Akaun Tabung Haji Saya masukkan duit RM1 dan RM5 yang saya simpan lebih kurang sebulan Macam mana dapat idea simpan duit RM1 dan RM5 ni Haaa ceritanya macam ni suatu hari saya berbo...
Cara Isi Efilling Cukai Pendapatan

Cara Isi Efilling Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 322 hits
Cara Isi eFilling Cukai Pendapatan Masa untuk membayar cukai sudah kembali Kerjakosong co akan kongsikan kepada anda panduan untuk mengisi eFilling LHDN bagi pengiraan cukai pendapatan tahunan semasa 2018 2019 2020 Mengenai eFilling LHDN eF...
Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 438 hits
Cara Dapat Duit Percuma eTunai Rakyat 2020 betul ke Ke ni Clickbait je nak kumpul traffic je Siapa je nak bagi duit percuma Hehe tak percaya sudah p Lebih Info akan
Sedang Banyak Digemari Inilah Cara Menghasilkan Uang Dari Bermain Tiktok

Sedang Banyak Digemari Inilah Cara Menghasilkan Uang Dari Bermain Tiktok

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 187 hits
Belakangan ini aplikasi TikTok sedang banyak digemari hingga menjadi perbincangan Aplikasi buatan Tingkok ini booming di kalangan anak anak remaja bahkan orang dewasa Lantas bisakah kita menghasilkan uang dari TikTok Berikut informasi selen...
Bagaimana Telefon Bimbit Mengubah Cara Hidup Kita

Bagaimana Telefon Bimbit Mengubah Cara Hidup Kita

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 373 hits
SINDIRAN BUAT DIRI SENDIRI Tidak tuaTidak mudaTidak laki lakiTidak perempuanKalau sudah letak HP ditinggal sekejap dilihat lagi ditutup sekejap dibuka lagi Semua sangat sayang dan cinta pada yang bernama HP Pergi kemana mana HP dalam poket ...
Cara Bercocok Tanam Hidroponik Mudah Untuk Pemula

Cara Bercocok Tanam Hidroponik Mudah Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1161 hits
Cara bercocok tanam hidroponik adalah metode penanaman tanaman tanpa menggunakan media tumbuh dari tanah Secara harfiah hidroponik berarti penanaman dalam air yang mengandung campuran hara Budidaya Tanaman Sayuran dengan Sistem Hidroponik B...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara