Cara Padam Data Telefon Yang Hilang Atau Dicuri
Kehilangan telefon bimbit atau dicuri adalah satu pengalaman yang buruk bagi setiap orang, lebih-lebih lagi jika telefon bimbit anda mempunyai maklumat-maklumat penting seperti data peribadi, invois-invois syarikat atau gambar-gambar video personal.
Sudah semestinya anda yang kehilangan telefon bimbit tidak mahu data-data yang ada pada telefon anda dicuri ataupun diguna pakai bukan? Pada artikel kali ini, kami akan memberikan sedikit info berguna untuk anda buat langkah pencegahan iaitu padam data telefon yang hilang atau dicuri. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.
Lakukan Perkara ini semasa telefon anda masih ada
Jika anda ingin memadam data telefon yang hilang, anda digalakkan untuk memasang sebuah aplikasi dari google iaitu aplikasi Find My Device.
Melalui aplikasi ini anda akan memperolehi banyak manfaat yang anda boleh dapati selain padam data telefon yang hilang, anda juga boleh bunyikan telefon yang hilang dengan nada yang kuat dan boleh memeriksa senarai telefon yang menggunakan alamat email yang sama.
Tatacara menggunakan aplikasi Find My Device Untuk Padam Data Telefon Hilang
1) Pertama sekali,Cari dan muat turun aplikasi ini di Google Playstore
2) Pergi ke Google Setting pada bahagian aturan telefon
( Google Setting > Security > Find My Device )
3) Pastikan aplikasi ini dalam keadaan on setelah anda periksa
4) Benarkan aplikasi ini untuk akses lokasi telefon.
Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini juga anda pasang pada tablet android yang anda miliki
Cara Mencari Telefon Yang Hilang
Jika telefon anda hilang dan anda kebingungan bagaimana cara untuk mencarinya, Jangan lupa yang anda sudah memasang aplikasi Find My Device anda boleh mencarinya dengan mudah
Lalu bagaimana cara untuk membuka aplikasi tersebut sedangkan "telefon saya hilang?"
Jangan risau anda boleh membuka melalui telefon android yang lain atau melalui official website sini
Apabila anda sudah masuk ataupun "Logged in" cuba lihat pada map yang di paparkan anda boleh ketahui telefon anda berada dimana. Jika berdekatan dengan anda munkin anda boleh "bunyikan" telefon anda dengan volume kuat.
1) Telefon anda berada dalam keadaan mode senyap? Jangan risau memalui ciri ini anda boleh bunyikan telefon anda dengan volume penuh
2) Tidak jumpa juga? Sudah dibawa ke lokasi lain? Anda boleh cuba ciri lain iaitu tingkat keselamatan peranti atau secure device. Ciri ini membolehkan anda kunci telefon anda dan keluar akaun google anda supaya pencuri atau orang yang jumpa telefon anda tidak dapat membuka telefon anda
3) Telefon masih tidak dapat dijumpai? dan anda yakin bahawa si pencuri atau orang yang jumpa telefon anda tidak ingin mengembalikan kepada anda, Baik padam data yang ada dalam telefon anda daripada diguna atau disalah gunakan. Anda boleh gunakan ciri padam peranti atau "Erase Device" untuk memadam apa sahaja yang ada dalam telefon anda. Peringatan: Jika anda sudah menggunakan ciri ini bermakna anda sudah tidak dapat menjejaki telefon anda sudah
Baca Juga: Cara Membuka Kunci Smartphone Yang Terlupa Kata Laluan
Kehilangan telefon anda perkara yang orang cuba elakkan, tapi bagaimana pun pasti ada masa yang kita cuai atau terleka. Cuma kena selalu waspada dan tahu dimana keberadaan telefon kita
Diastas adalah penerangan bagaimana cara untuk padam data telefon yang hilang atau dicuri semoga ianya bermanfaat kepada anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.expandroiders.com/2020/07/cara-padam-data-telefon-yang-hilang-atau-dicuri-orang.html