Cara Padam Akaun Google Whatsapp Facebook Instagram
CARA PADAM AKAUN GOOGLE/WHATSAPP/FACEBOOK/INSTAGRAM
Akaun google,whatsapp, facebook dan instagram kini menjadi salah satu media sosial yang paling popular dan digunakan secara meluas di kalangan kita. Tetapi adakala kita ingin memadam akaun tersebut atas sebab-sebab tertentu kan.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara nak padam akaun. Disini kami membantu anda tunjuk kan cara pada akaun anda menggunakan handphone. Baca lah artikel di bawah.
CARA PADAM AKAUN GOOGLE
Untuk pengatahuan anda, sekiranya anda memadamkan akaun Google, Anda tidak lagi boleh menggunakan nama pengguna yang sama apabila Anda membuat akaun baru. Berikut adalah cara untuk memadam akaun google anda:
Buka aplikasi Google atau Tetapan Google di handphone android anda.
Pilih akaun Google yang ingin anda padamkan(sekiranya anda mempunya lebih pada satu akaun).
Seterusnya pilih menu Data & Personalization.
Kemudian anda scroll ke bawah sehingga dapati perkhidmatan Delete atau pilihan akaun Anda.
Seterusnya anda tekan padam akaun anda (delete your account) pada menu Padam Akaun Google anda.
Selepas itu masukkan kata laluan akaun Google anda.
Kemudian terpapar dua pilihan pernyataan untuk anda persetujui memadamkan akaun Google.
Seterusnya pilih Padam Akaun.
CARA PADAM AKAUN WHATSAPP
Untuk makluman anda, sekiranya anda memadam akaun wasap anda tetapi anda mahu mendaftar kembali menggunakan nombor yang sama masih boleh dilakukan. Tetapi semua data yang disimpan pada nombor akan dihapuskan dan bermula seperti yang baru. Berikut adalah cara memadam akaun whatsapp:
Buka aplikasi WhatsApp dalam handphone anda.
Pilih menu Tetapan>Setting > Akaun.
Seterusnya pilih menu Padamkan Akaun Saya/Hapus Akaun Saya.
Kemudian masukkan nombor akaun WhatsApp yang Anda mahu padamkan. (anda boleh melihatnya di bahagian bawah profil)
Kemudian tertera beberapa soalan tentang tujuan untuk memadamkan akaun. (Pilihan ini boleh juga tidak diisi)
Seterusnya pilih Padam Akaun Saya.
Terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu apabila akaun dipadamkan
Selesai
CARA PADAM AKAUN FACEBOOK
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda memadam akaun facebook anda, sesiapa tidak akan menemukan maklumat yang berkaitan dengan akaun facebook yang telah dipadamkan. Tetapi Facebook akan mengambil masa dalam 14 hari 90 hari untuk memadam semua data dan maklumat akaun. Berikut adalah cara padam akaun facebook melalui handphone anda.
Buka aplikasi Facebook anda.
Pada menu, pilih pada Setting & Privacy Shortcuts
Kemudian scroll ke bawah pilih pda Delete Your Account and Information
Masukkan kata laluan Facebook anda
Pilih imej yang tertera bersesuain untuk mengesahkan.
Seterusnya pilih sahkan penghapusan.
Selesai
CARA PADAM AKAUN INSTAGRAM
Aplikasi Instagram kini menjadi salah satu media sosial yang paling popular dan digunakan secara meluas berbanding dengan aplikasi lain. Tetapi mesti ada sebab-sebab tertentu yang membuat anda ingin padamkan akaun Instgram anda kan. Berikut adalah cara pada akaun Instagram melalui handphone:
Buka aplikasi Instagram anda
Klik pada ikon tiga titik di bahagian atas kanan.
Kemudian pilih Help Center.
Seterusnya, anda akan dibawa ke pautan help.instagram.com.
Pilih Urus Akaun Anda> Padam Akaun Anda> Bagaimana saya memadamkan akaun saya?
Kemudian pilih pada nombor satu yang menunjukkan Padam Halaman Akaun Anda.
Anda harus pilih salah satu sebab mengapa ingin padamkan akaun Instagram anda.
Seterusnya masukkan kata laluan atau password akaun Instagram Anda.
Pilih pada Padam akaun saya selama-lamanya.
Selesai
Selesai perkongsian cara padam akaun(google/whatsapp/facebook/instagram). Semoga dapat membantu anda membuat rujukan cara padamkan akaun anda
Jika terlupa password,berikut adalah CARA RESET PASSWORD(Maybank2u/CIMB Clicks/MyBSN/i-Rakyat/PBE Bank/RHB Now/AgroNet/Bank Islam IB)
The post CARA PADAM AKAUN GOOGLE/WHATSAPP/FACEBOOK/INSTAGRAM appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-padam-akaun.html