Cara Nak Pilih Ayam Segar Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam


Cara Nak Pilih Ayam Segar Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam  | Rasanya masih ramai yang tidak tahu cara nak pilih ayam segar di pasar. Kita sebagai pembeli mesti kena berhati - hati. Risau, nanti bawa balik bangkai ayam. 
Kadang - kadang ada penjual jual ayam yang telah dibekukan. Jadi, kena ada ilmu sikit bila ke pasar nak beli ayam. 


Jangan terbeli bangkai sudah walaupun dah togel tak ada bulu. Walaupun dah kena sembelih. Risau betul kalau bab tu kan, jatuh haram dah makan

Sebab itu sis kalau pilih bahan mentah, memang lama betul tilik satu - satu. Kita yang bayar kan, mestilah nak yang segar. Harga ayam segar sekarang bukan main mahal kan. 
Ramai yang beli ayam tanpa periksa keadaan ayam di pasar atau pasaraya. Kena peka tengok tanda ayam rosak macam mana. 

Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.

Jadi hari ni, kita nak kongsi sedikit tips pilih ayam segar. 
Kenal Pasti Tanda Ayam Rosak
1. Perubahan warnaPeriksa warna ayam terlebih dahulu sebelum dimasak. Ayam yang segar mempunyai warna merah jambu dan apabila ianya rosak warna tersebut akan bertukar menjadi pudar

Selain itu, warna ayam yang rosak tidak akan menjadi putih walaupun dicuci dan dibersihkan

2. Bau yang kuatBau yang kuat itu merangkumi bau yang busuk, masam dan juga bau amonia.

3. Berlendir dan melekitPada asasnya, ayam sememangnya mempunyai lendir dan lendir ini akan hilang setelah dicuci dan dibersihkan. 
Namun, lendir pada ayam yang telah rosak tidak akan hilang lendirnya walaupun dicuci dan dibilaskan air kepada ayam tersebut. Daging ayam terasa sangat melekit

4. Ais yang berketul pada ayam yang dibekukanUntuk ayam yang telah disimpan dan dibekukan, apabila terdapat lapisan ais yang tebal pada ayam tersebut menandakan bahawa ayam itu dalam keadaan tidak bagus dan tidak sesuai untuk dimakan. 
Ini juga boleh dikatakan masalah daripada segi cara penyimpanan ayam tersebut

5. Bau ayam yang kuat ketika proses memasakBau ayam ketika proses memasak juga boleh menjadi tanda bahawa ayam tersebut dalam keadaan baik untuk dimakan atau sebaliknya. 
Ayam yang telah rosak akan mengeluarkan bau seperti telur busuk atau belerang ketika proses memasak dilakukan

Sumber : https://siakapkeli.my/2020/08/21/5-tanda-ini-perlu-diperhatikan-jika-ada-daging-ayam-disimpan-tak-lagi-sesuai-dimasak-dimakan/  Cara Pilih Ayam Segar Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam 
Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.

Melalui keadaan ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul - betul mengikut hukum syarak.

Kalau nak pilih ayam, pastikan ikut 6 tips di bawah :

1. Bontotnya Putih*Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul - betul mati

*Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

*Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

2. Tiada Tanda Lebam Atau Kebiruan Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.*

3. Warna AyamAyam yang kulitnya berwarna putih kemerah - merahan adalah ayam yang segar.

Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

4. Tekstur Ayam Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin.

Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

5. Darah Ayam Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. 
Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

6. Bau Ayam Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir

Cara Penyimpanan Ayam Segar Dengan Betul Bila dah tahu cara nak pilih ayam segar. Nak simpan dengan cara yang betul pun kena tahu jugak. Kalau beli saja yang segar tapi tak simpan dengan betul ayam tak jadi jugak. 
Kalau sebelum ni selalu beli ayam tak tahan atau selalu beli ayam, cepat dah bau walaupun letak dalam peti ais?  Di sini, ada tips cara penyimpanan ayam segar

Ini cara caranya :
1. Sebaik saja membeli daging ayam, cuci segera dengan bersih kerana ayam yang dijual adalah terbiar tanpa ais

2. Ada petua mencuci daging ayam menggunakan tepung atau asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir

3. Sebaiknya simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais

4. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius
 
5. Jika membeli ayam sejuk beku (frozen), pastikan ayam tersebut dibungkus rapi dan tidak mempunyai bahagian ayam yang telah lembut dan cair dari pembekuan

6. Elak menyimpan kembali di dalam peti sejuk untuk pembekuan semula kerana proses ini menggalakkan pembiakan bakteria yang bahaya seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi

7. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature) iaitu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. 
Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator)

8. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan

9. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja

10. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair. 
Sekiranya ingin membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan. 
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat mendidik diri kita dengan ilmu yang betul nak pilih ayam segar. Bukan mudah sebenarnya. Sis pun kadang - kadang ada juga lalai sikit. 
Yang penting beli ayam ikut keperluan. Beli buat simpan jadi stok ni risau, takut tak ingat dalam peti dah ada, lepas tu beli lagi. 
Baca Juga : 
1. Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul. Rupanya Mudah Jer

2. Cara Mudah Untuk Bersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri

3. 5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/12/cara-nak-pilih-ayam-segar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
B4yi Pilih Sekolah Bukan Hospital Guru Guru Lelaki Pun Cem4s Macam Isteri Mereka Yang Nak Bersaiin

B4yi Pilih Sekolah Bukan Hospital Guru Guru Lelaki Pun Cem4s Macam Isteri Mereka Yang Nak Bersaiin

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 400 hits
Puas pvjuk b4yi keluar dekat h0spital tetapi dia nak dekat surat beranak tulis tempat lahir di sekolah Itulah perkongsian seorang wanita yang terp4ksa menjadi bidan terjun apabila seorang pembantu pengurusan murid memaklumkan rasa s4kit unt...
Rindunya Nak Bercuti Tapi Takut Jom Cuba 5 Cara Mengubatinya

Rindunya Nak Bercuti Tapi Takut Jom Cuba 5 Cara Mengubatinya

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 271 hits
Tentu ramai yang rasa rindu nak pergi bercuti kan Bila dah dapat kelonggaran sedikit nie ada yang memanfaatkan sepenuhnya Ternyata musibah Covid 19 banyak merubah perjalanan hidup kita Tak pasti bilakah segalanya akan kembali pulih seperti ...
Resipi Mini Tortila Nuget Ayam Menu Simple Teruja Anak Nak Makan

Resipi Mini Tortila Nuget Ayam Menu Simple Teruja Anak Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 212 hits
Nuget mungkin sudah terlalu bosan pada anak anak kita Apa kata kita kreatifkan ikut cara yang dikongsikan oleh menjadi mini tortila Memang kreatif Nak tahu macam mana cara hendak membuatnya Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan ol...
Nak Anak Lagi Cepat Menulis Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni Lagi Cepat Mahir

Nak Anak Lagi Cepat Menulis Biasakan Latih Anak Dengan Cara Ni Lagi Cepat Mahir

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 271 hits
Kita paling risau bila anak masih lagi memegang pensil dengan cara yang salah apa lagi menulis dengan lancar seperti kanak kanak lain Kemahiran menulis sebenarnya perlu diransang Apa mak ayah perlu buat Selain menggunakan pensil biasa ini c...
Cara Mudah Ni Buat Sayur Kekal Segar Boleh Tahan Sampai Seminggu Tak Membazir

Cara Mudah Ni Buat Sayur Kekal Segar Boleh Tahan Sampai Seminggu Tak Membazir

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 219 hits
Sayur yang disimpan lama dan tidak sempat di masak sememangnya menyebabkan pembaziran berlaku Apa kata kali ini kita cuba aplikasikan cara yang dikongsikan oleh ini Sayur seperti sawi dan tomato lebih tahan lama malah mampu bertahan sampai ...
Pakar Kongsi Cara Mudah Nak Tahu Anak Perlu Jumpa Pakar Terapi Pertuturan Ataupun Tidak

Pakar Kongsi Cara Mudah Nak Tahu Anak Perlu Jumpa Pakar Terapi Pertuturan Ataupun Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 275 hits
Perkara yang paling membimbangkan mama papa tentu sekali anak tidak bercakap tidak mahu bercakap ataupun lambat bercakap dari usia sepatutnya Masalah kelewatan bahasa mungkin tidak nampak serius bagi bayi tetapi apabila kanak kanak meningka...
Ini Cara Nak Jimat Masa Buat Bubur Bayi 2 In 1 Sekali Masak Nasi

Ini Cara Nak Jimat Masa Buat Bubur Bayi 2 In 1 Sekali Masak Nasi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 289 hits
Masak bubur memang memerlukan masa yang lama untuk siap Tapi bagi mama yang nak cepat dan kesuntukan masa mama boleh cuba cara yang dikongsi ini Lebih mudah dan dalam masa yang masa mama dapat siapkan dua hidangan iaitu nasi dan juga bubur ...
Cara Goreng Ikan Ataupun Keropok Lekor Supaya Minyak Tak Meletup Wajib Cuba

Cara Goreng Ikan Ataupun Keropok Lekor Supaya Minyak Tak Meletup Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 937 hits
Tentu ramai di antara kita yang takut takut nak menggoreng ikan ataupun keropok lekor Bimbang masa menggoreng tu minyak akan meletup letup Kalau bernasib baik kena tangan jer Kalau kena muka alahai Tak dinafikan sis pun tak berapa suka bab ...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord