Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan


Selamat datang ke entri Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan. Bila buat pembacaan tentang ikan tilapia atau talapia ni rupanya sebutan yang betul ialah ikan tilapia. Ikan tilapia ialah nama sejenis ikan yang berasal dari Afrika. Tapi kita selalu menyebut ikan talapia kan? Mungkin kekeliruan disebabkan sebutan dan ejaan yang hampir sama.

Dalam keluarga ikan air tawar, ikan tilapia sangat terkenal selain daripada ikan keli dan juga ikan-ikan lain. Ikan tilapia juga terkenal bukan sahaja di negara Malaysia malah negara-negara lain juga seperti Amerika Syarikat, Mesir, China dan Indonesia.


Dikatakan terdapat lebih 100 spesies ikan tilapia tapi yang terkenal di negara kita adalah tilapia hitam, tilapia merah dan tilapia biru. 3 spesies ikan tilapia ni adalah yang popular di malaysia. Ikan tilapia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Biasanya, penternak ikan yang baru nak mula ternak ikan air tawar akan memilih untuk menternak ikan tilapia kerana ikan tilapia memiliki tumbesaran yang cepat. Dalam erti kata lain, ikan tilapia ni cepat besar. Macam mana nak ternak ikan tilapia? Teruskan membaca ye.

Cara Ternak Ikan TilapiaIkan air tawar mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Ia dijadikan sumber makanan bagi rakyat malaysia atau dipelihara dalam kolam. Disebabkan faktor permintaan, ada yang mula menjalankan bisnes ikan tilapia di rumah. Ikan tilapia mempunyai peminat yang tersendiri. Sebab itulah ada yang ternak ikan tilapia di rumah. Ada yang ternak ikan tilapia merah dalam tangki.
Langkah-langkah Penternakan Ikan TilapiaFasa Persiapan Penternakan Ikan TilapiaLangkah pertama sekali anda kena ada minat. Buat sesuatu benda mesti dengan adanya minat. Tetapkan matlamat dan sasaran anda. Anda nak ternak secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Apakah tujuan anda ternak ikan tilapia. Hobi semata-mata atau untuk dikomersialkan?

Ada yang ternak kecil-kecilan je. Sekadar ternak dan makan untuk diri sendiri sahaja. Atau jual secara kecil-kecilan jika ada yang ingin membeli. Ada yang ternak di sungai atau kolam untuk tujuan dipasarkan ke pasaraya dan sebagainya.

Langkah kedua anda kena buat semakan dan membuat permohonan. Boleh buat semakan dengan pihak berkuasa tempatan jika anda ingin bina kolam ternak ikan tilapia dan dapatkan lesen. Ada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Jika anda ingin menjual ikan tilapia anda mesti daftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Langkah ketiga anda kena rancang perbelanjaan. Buatlah kira-kira kos yang perlu dikeluakan. Misalnya kos beli peralatan tangki,biofilter,jaring, makanan dan alatan lain serta kos pembiakan dan kos beli benih ikan tilapia. Semuanya anda kena kira dan berapakah modal ternak ikan tilapia.

Fasa Penternakan Ikan TilapiaLangkah keempat. Sekarang kita dah masuk fasa cara menternak ikan tilapia. Anda boleh ternak ikan tilapia dalam kolam,sangkar,tasik dan tangki. Ramai yang memilih ternak ikan tilapia dalam kolam kerana paling mudah. Ikan tilapia boleh mencari makanan semulajadi sendiri dalam kolam.

Nak ternak dalam tangki pun boleh tapi kena ada peralatan seperti alat penapis air. Selain itu anda kena monitor kualiti pH air. Jika anda masih baru, lebih baik cuba ternak secara kecil-kecilan dahulu. Ambil pengalaman sebelum ternak secara besar-besaran.

Langkah kelima. Untuk ternak ikan tilapia, cuba dapatkan benih ikan terlebih dahulu.Cari benih yang sihat bermutu tinggi serta cepat membesar. Cuba cari syarikat yang mempunyai reputasi yang baik untuk dapatkan benih contohnya di https://www.facebook.com/hightechaquaculture.

Langkah keenam. Untuk memastikan ikan mempunyai tumbesaran yang baik. Ikan tilapia perlu diberi makanan yang cukup. Selain makanan kulati air perlu dijaga dan perlu pastikan keadaan air yang bagus untuk ikan tilapia. Penting bagi mengelakkan ikan terkena penyakit. Biasanya ikan tilapia mengambil masa 4 hingga ke 6 bulan untuk membesar.

Langkah ketujuh. Bila ikan sudah besar anda dah boleh kutip. Ikan yang dikutip boleh di jual kepada jiran-jiran, kawan-kawan atau kedai dan pasaraya. Anda dah boleh mula bisnes ikan tilapia sekarang

Kredit : Ikan Air Tawar
Terima kasih kerana membaca Cara Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Berkesan. Jika anda serius ingin belajar ternak ikan tilapia, anda boleh dapatkan rujukan ini. Rujukan ini sangat sesuai untuk pemula yang ingin berjinak-jinak dengan penternakan ikan tilapia

Rujukan ini berdasarkan pengalaman penulis tau. Anda boleh baca berkenaan rujukan ini di pautan berikut : Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mohdazzahairi.blogspot.com/2020/12/cara-mulakan-bisnes-ternak-ikan-tilapia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Rupanya Cara Masak Sup Ikan Yang Sedap Tidak Hanyir

Ini Rupanya Cara Masak Sup Ikan Yang Sedap Tidak Hanyir

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 452 hits
Sup ikan merah memang sedap lebih lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan Memang layan Aroma sup ikan sahaja sudah mampu untuk membangkit selera Satu masalah yang dihadapi adalah bau hanyir ikan Itu yang selalu potong selera Tapi jangan ...
Ikan Tilapia Mudah Diternak

Ikan Tilapia Mudah Diternak

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 847 hits
Di Malaysia terdapat 2 spesies yang terkenal iaitu tilapia merah dan tilapia hitam Bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia Tilapia merupakan spesis ikan yang mudah hidup di samping mem...
Cara Berkesan Rendahkan Bounce Rate Blog

Cara Berkesan Rendahkan Bounce Rate Blog

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 384 hits
Bounce rate rendah kalau diikutkan boleh menaikkan kualiti sesuatu blog Antara cara berkesan yang boleh rendahkan bounce ialah dengan naikkan masa pengunjung membaca di blog kita nih Ini antara cara cara yang saya baca daripada blog Bounce ...
Cara Renew Domain Blog Di Netkl Siinurul Com

Cara Renew Domain Blog Di Netkl Siinurul Com

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 615 hits
AssalamualaikumBismillahAlhamdulillah tak sangka rupanya dah masuk setahun aku menggunakan domain Biasanya dalam tempoh sebelum domain korang expired korang akan terima email daripada pihak NetKL So tanpa buang masa jom kita lihat tutorial ...
Tips Mudah Cara Membersihkan Kaca Gedung

Tips Mudah Cara Membersihkan Kaca Gedung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 317 hits
Jendela merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah bangunan gedung Meski letaknya kadang tersembunyi oleh gorden namun kebersihannya mesti diperhatikan dengan seksama Sebab kaca jendela gedung itu sangat mudah sekali kotor Jika sudah k...
Cara Mendidik Anak Lelaki Anak Perempuan

Cara Mendidik Anak Lelaki Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 401 hits
Perbezaan anak lelaki dan anak perempuan Pernah baca buku motivasi Man Are from Mars Woman Are From Venus Dalam buku tersebut menceritakan perbezaan antara lelaki dan perempuan Yes memang lelaki dan perempuan berbeza Begitu juga apabila mem...
Tips Mula Kebun Cara Buat Duit Niaga Tanaman Pokok Minat Bidang Pertanian

Tips Mula Kebun Cara Buat Duit Niaga Tanaman Pokok Minat Bidang Pertanian

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 687 hits
tips untuk mula kebun cari duit niaga tanaman pokok minat bidang pertanian Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Wahhh adakah Sayidah Napisah dah mula bercucuk tanam pokok sayuran bunga membuat duit dengan berniaga membuka kebun atau ...
Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 387 hits
loading Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda namun pelakon Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya
Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 430 hits
Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang Daun gelenggang digunakan oleh orang tua dulu dulu dalam menyelesaikan masalah kulit Khasiat daun ini menghilangkan kegatalan akibat gigitan serangga atau jangkitan parasit Ianya bertindak ...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef