Cara Mudah Renew Domain Menerusi Netkl Www Missazwarsyuhada Com
Salam to all readers!
| Cara Mudah Renew Domain Menerusi NetKL | www.missazwarsyuhada.com | Diam tak diam dah nak masuk setahun aku pakai domain www.missazwarsyuhada.com Tahun ini tak dan nak tukar template lagi, tak ada masa nak survey, maybe next year baru fikir nak touch up balik. Aku punya domain ini expired bulan 10 ini. Tup-tup, NetKL hantar email menyatakan kenaikan harga domain bermula 1 September 2021 ini. Justeru, kita mengambil langkah bijak renew awal 2 bulan. Aku renew terus 2 tahun, malas nak fikir panjang.
Kalau rasa domain korang tu nak expired dah better renew je sekarang, alang-alang tengah murah. Renew jerlah 2 3 tahun, dapat jimat sikit. Jom, aku tunjuk cara bagaimana nak renew domain menerusi NetKL.
Cara Mudah Renew Domain Menerusi NetKL
1) Log in akaun di sini > https://www.billing.netkl.com/
2) Klik pada pautan (invoice) seperti yang tertera di bawah. Tapi macam aku haritu disebabkan aku renew awal, so invoice aku still "0". Kalau korang dah expired dia akan pop up "1"
3) Kalau korang punya invoice ada tertera "1" means korang punya domain dah expired. Invoice ini adalah invoice yang belum dibayar (UNPAID). Continue dengan klik button PAY NOW.
4) Korang boleh buat pilihan "PAYMEND METHOD" yang korang nak guna. Aku prefer guna "FPX" payment. Kaedahnya sama seperti beli barang online di Shopee. Korang juga boleh membuat pembayaran melalui Cash deposit, ATM transfer, Paypal, credit card juga boleh guna.
5) Selepas settle buat pembayaran korang akan mendapat email dari pihak NetKL menyatakan pembayaran telah berjaya dibuat. NetKL akan sertakan sekali resit (PAID) pada kita. Now, bolehlah dah update blog dengan perasaan gembira
Ini langkah-langkah untuk renew domain untuk 1 tahun. Total caj domain untuk 1 tahun adalah RM46.59 (termasuk caj service). Jom continue kalau korang nak renew lebih dari 1 tahun
Cara Mudah Renew Domain Blog di NetKL untuk Tempoh Lebih dari 1 Tahun
Disebabkan aku terlebih advanced renew awal 2 bulan. So, aku guna kaedah seperti dibawah.
1) Log in akaun di sini: https://www.billing.netkl.com/login Scroll down, cari "Ticket"
2) Aku terus direct submit ticket di NetKL bertanya berhubung bagaimana nak renew domain untuk 2 tahun. Dan tak sampai sejam, pihak NetKL terus hantar invoice menerusi email untuk renew 2 tahun.
3) Dah terima invoice tersebut, korang just klik pautan link diberi untuk buat pembayaran. Settle buat pembayaran, korang akan menerima resit pembayaran. Now, domain korang dah renew untuk 2 tahun. Seronok kan? takyah pikir lagi nanti
Mudah rupanya nak renew domain menerusi NetKL ini kan? Aku suka dorang punya respond sangat cepat. Lagi memudahkan kita nak deals. If korang tak terima resit pembayaran/ atau tak dapat invoice korang boleh je submit tiket, pihak NetKL pasti akan respond punya balasan korang.
Semoga dengan renew domain www.missazwarsyuhada.com ini aku lebih gigih menulislah naknya. If korang tak faham, cara aku buat ini boleh je DM dekat IG takpun email aku, insyallah akan reply.
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/08/cara-mudah-renew-domain-menerusi-netkl.html