Cara Mudah Nak Hilangkan Kapur Dalam Mi Kuning Simple Tapi Memang Menjadi
Setiap kali terasa kapur dalam hidangan mi goreng buat selera terbantut. Terus rasa kurang berselera untuk menyuap suapan seterusnya apatah lagi menambah. Mi kuning dengan rasa kapur yang kuat buat mi jadi tak sempurna.
Macam mana nak hilangkan rasa kapur ni? Pengguna Tik Tok @aliabangs berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom ikuti perkongsiannya.
1. Leraikan mi kuning dalam bekas.
2. Masukkan air. Tak kisah air suam atau air biasa.
3. Masukkan sedikit gula putih atau gula perang. Kacau sekejap biar rata.
4. Biarkan direndam dalam 15-30 minit.
5. Basuh dan toskan airnya.
Dah hilang rasa kapurnya!
@aliabangs Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning. #kitchenhacks #fypシ #foryou #MaxisBiggestSale #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ Aca Aca Nehi Nehi – 𝐔𝐆𝐈𝐊🇸🇦
Menarik: Resipi Bebola Ayam Bercheese, Guna Daging Burger, Simple Tapi Sedap
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: @aliabangs
The post Cara Mudah Nak Hilangkan Kapur Dalam Mi Kuning, Simple Tapi Memang Menjadi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cara-mudah-nak-hilangkan-kapur-dalam-mi-kuning-simple-tapi-memang-menjadi/