Cara Mudah Beli Barang Dari Taobao
Cara Mudah Beli Barang dari Taobao | Untuk mereka yang suka shopping online, nama Taobao sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Taobao juga menjadi lubuk usahawan dropship untuk mendapatkan stok barang dengan harga murah.
Bagi yang masih blur lagi tentang Taobao, mari saya terangkan dengan ringkas mengenai platform beli belah ini.
Apa itu Taobao?
Dalam bahasa mudah, Taobao adalah sebuah platform membeli-belah atas talian yang berpusat di China. Ia sama seperti Amazon, Lazada, dan laman edagang lain seumpamanya. Segala macam jenis barang dari pelbagai kategori dijual di Taobao. Dari pakaian, gadget, alat elektronik, perabot, kelengkapan rumah, barangan bayi, dan banyak lagi.
Kelebihan Taobao adalah kerana ia lebih fokus kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak. Sebab itulah Taobao sering menjadi pilihan peniaga dan usahawan sebagai 'lubuk' untuk mendapatkan stok barang perniagaan. Di sinilah mereka mendapatkan supplier barang dari China.
Borong barang dari China
Untuk peniaga kecil-kecilan, inilah cara borong barang mudah dari China. Taobao memang lubuk usahawan mendapatkan barang pada harga murah untuk dijual kepada pelanggan. Ada juga yang menjadikan Taobao lubuk dropship.
Kekurangan beli barang terus dari Taobao
Memang benar, barang yang dijual di Taobao memang murah. Walau bagaimanapun prosesnya agak leceh kerana:
Website Taobao berbahasa Cina dan tiada dalam versi international. Ini boleh menimbul kekeliruan dari segi pendaftaran, memilih variasi barang, serta ketika proses pembayaran.Walaupun barang murah, tetapi kos penghantaran agak mahal.Jika berlaku kerosakkan anda sendiri akan menanggung risiko untuk refund dan berhubung dengan penjual di sana.Cara pembayaran di Taobao yang rumit kerana tidak boleh dibayar dengan matawang Ringgit. Leceh untuk mereka yang tidak mempunyai credit card atau akaun Paypal
Cara Beli Barang dari Taobao dengan SGshop
Kalau leceh, macam mana nak beli barang dari China dengan mudah? Caranya adalah melalui agen Taobao Malaysia, iaitu SGshop.
Kiranya anda beli barang Taobao dari website SGshop. Semuanya hustle free. Semua barang yang dipaparkan di SGshop telah di-'linked' kepada produk di Taobao.
Kenapa perlu beli barang Taobao melalui SGshop?
Laman web berbahasa Inggeris, mesra pengguna, dan layout yang mudah difahamiCara pembayaran SGshop yang mudah, dalam matawang Ringgit.Setiap barang yang dibeli akan dikumpulkan dalam gudang SGshop terlebih dahulu untuk pemeriksaan kualiti, dan urusan kastam.SGshop menguruskan semua proses penghantaran.Kos penghantaran jauh lebih murah berbanding jika anda beli direct dari Taobao.
Kemudian, semua barang yang anda beli akan dikumpulkan dalam warehouse SGshop. Mereka akan uruskan semua hal termasuklah semak kualiti barang dan berurusan dengan kastam sebelum dihantar kepada anda.
Urutan pembeliah SGshop
Pilih barang di SGshop > BAYAR harga barang > Tunggu seller hantar barang ke warehouse SGshop > BAYAR untuk proses penghantaran > Terima barang
Macam mana saya tahu semua ni? Sebab saya sendiri dah pernah beli barang Taobao melalui SGshop. Sangat mudah, cara pembayaran pun senang je macam Lazada dan Shopee tu.
Saya akan terangkan dengan dengan ringkas macam mana untuk beli barang melalui SGshop ni. Sebab, di SGshop anda perlu membuat pembayaran sebanyak 2 kali iaitu:
Harga barang yang anda beliKos penghantaran dari China ke rumah anda.
Langkah 1: Daftar/register terlebih dahulu di - https://goo.gl/pa6iRx
Langkah 2: Pilih barang yang ingin dibeli. Pastikan desksripsi seperti jumlah, saiz, dan warna yang tepat. Kemudian masukkan semua barang dalam "Add to cart"'
Langkah 3: Pilih Sumbit order untuk buat pembayaran pertama. Cara pembayaran adalah seperti yang anda biasa shopping di Lazada tu. Pilih online banking dan bank anda.
Langkah 4: Selepas siap membuat pembayaran, anda perlu tunggu untuk seller hantar barang tersebut ke gudang SGshop. Untuk tahu status barang, semak di bahagian 'My Order'.
Langkah 5: Jika status tertera 'Arrived at China Warehouse', ini bermakna anda sudah boleh membuat pembayaran kedua. Untuk membuat pembayaran, klik 'Submit delivery.
Langkah 6: Pilih shipping method sama ada anda nak guna Air Shipping atau Sea Shipping mengikut bajet. Ini kerana air shipping memakan masa kurang 5 hari tetapi agak mahal.
Langkah 7: Semak semua barang yang dibeli, alamat dan kos penghantaran. Kemudian klik 'Pay' untuk pembayaran. Siap!
Kalau anda nak baca lebih detail, boleh baca di artikel - Cara Beli Barang dari China di SGshop Malaysia
Barang yang saya beli sampai dalam keadaan baik dan berpuas hati dengan servis SGshop. Saya yakin kos keseluruhan lebih tinggi kalau beli direct dari Taobao.
Ramai yang cakap cara import barang dari China ke Malaysia ni susah. Sebab mereka tak tahu lagi tentang SGshop ni. Ni dah tahu macam mana cara beli barang dari Taobao. Bolehlah borong banyak-banyak untuk berniaga di Shopee. Hehe. Mungkin lepas ni saya akan tunjukkan cara beli 1688 pula. Stay tuned.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2019/02/cara-beli-barang-dari-taobao.html