Cara Mohon Untuk Pulang Ke Sarawak Dari Semenanjung Dan Sabah Waktu Pkpb
Penerbangan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak dah dibuka. Ramai rakan terutama rakan guru yang tertanya macam mana prosesnya nak balik semula ke Sarawak dari semenanjung dan Sabah.
Ikuti tips dari rakan kita ini yang dah balik ke Sarawak..
Berdasarkan pengalaman saya balik ke Sarawak dari semenanjung Malaysia pada 2/6/2020 baru² ini. Bagi yg nak balik ke sarawak dari semenanjung dgn sabah. Saya sertakan ringkasan langkah² yg perlu dilakukan . Harap dapat membantu kawan² semua
1. Buat swab test (result boleh dapat dalam 1-3 hri mcm tu)
2. Print result tersebut (sediakn dlm 4 salinan)
3. Minta surat kebenaran rentas negeri dr balai polis (sediakn dlm 4 salinan)
4. Isi maklumat E-Health Declaration form Sarawak link dia ni : https://ms.microweb.my/
(Isi masa di airport selepas dapat boarding pass sebab valid 12 jam dan kena masukkn no flight dan seat no. Pastikan data internet ada)
5. Nanti akann ada lagi 1 form kuning kena isi masa nak masuk flight (di ruang menunggu. Sediakn pen biru @ hitam masing² ya)
6. Sampai di Sarawak akan kena check semula semua dokumen perjalanan dan diambil suhu badan
7. Akan diberikan kuarantin samaada di rumah atau dipusat kuarantin yg telah ditetapkan. Yg kena kuarantin di rumah akan diberikan Gelang digital tracking. Gelang ini berfungsi memantau pergerakan mana-mana individu yang disyaki dan diarahkan untuk menjalani “Self Quarantine” di rumah. Hati² jgn buat hal..sakit nanti kalau langgar arahan ni.
..................................................................................
Ok satu lagi cara untuk balik ke Sarawak yang di bawah ini boleh juga dijadikan rujukan...
Rentetan Perjalanan dari Kota Bharu ke Limbang.
Saya kongsikan serba sedikit sebagai panduan utk kwn2 yg akan memulakan perjalanan balik ke Sarawak. Harap membantu.
Balik kali ni bukan balik mcm biasa. Ada prosedur kena patuhi, ada dokumen perlu di sertakan. Yg mcm biasa dulu pon kalut urusan nak naik flight, yg ni tambah pulak prosedur lain. Lagi bertambah kalut.
Perkara perlu di siapkan. Ni yg saya buat la.
1. Booking/ survey tiket. Mmg harga yahudi 😅 Lepastu terfikir nak guna waran. Kebiasaannya nak guna waran ni kena ikut flow. Mesti naik yg dari Limbang ke KL dulu baru boleh naik dari KL ke Limbang. Takpelah try jelah tanya MAS kot2 boleh. Ni pon satu dugaan jugak. Sehari 5 ke 6 kali call MAS. Kadang2 pending, kadang kena dgr iklan sampai 15 minit. Slps beberapa percubaan, akhirnya panggilan di jwb. Pihak MAS bg tau boleh je tak ikot flow waran tu tp kena deal dgn agent balik utk tukar flow. Call plak agent. Office tutup sbb pkp so agent xleh uruskan lagi. Start PKPB baru office buka dan agent uruskan tiket. Alhamdulillah selesai bab tiket. Itu pon mmg xdapat la DIRECT FLIGHT. Ni details flight saya.
KBR - KUL 29hb Mei
KUL - MYY 31hb Mei
MYY - LMN 1hb Jun
Kena pikir kat KL nak stay mana, kt Miri nak stay mana. Paling penting, call dulu MAS utk confirmation flight. Musim2 pkp ni flight byk retime dan rescheduled. Benda ni jadi kt saya. Flight KBR - KUL sepatutnya 28hb. Mujur call MAS dulu sebelum gerak g KB.
2. Pergi balai polis utk mohon Permit Rentas Negeri. Antara syarat utk apply permit ni, mesti ada borang kebenaran rentas negeri, surat panggilan bertugas, salinan IC, tiket flight. Kat borang tu tulis siap2 flow perjalanan. Contoh: KB - KL (29hb), KL - MYY (31hb). Bila dah masuk srwk, surat kebenaran polis rentas negeri dari semenanjung tu dh tak terpakai. Kt airport miri tu ada balai polis dekat sebelah kaunter check in beg. Pergi pulak kt balai polis tu isi borang kebenaran rentas daerah (Miri nak pergi Limbang). Masa isi tu sertakan surat arahan bertugas. Dah dpt surat kebenaran rentas daerah, baru boleh check in bag utk naik maswing ke Limbang.
3. Booking appointment di klinik kesihatan yg terpilih. Saya booking di Klinik Kesihatan Kuala Krai. Utk mengetahui klinik kesihatan mana yg available utk saringan covid, call Pjbt Kesihatan Daerah masing2. Kalau boleh buat di klinik kesihatan sbb tak ramai org berbanding hospital. Pastikan saringan yg korg buat tu 3 hari sebelum masuk srwk baru di kira saringan tu valid. Saya buat PCR 28hb Mei. Kebiasaannya kptsn akan keluar dlm 1 ke 2 hari. Kalau nak cpt dpt result, call je Pjbt Kesihatan bg tau korg urgent nk balik Srwk.
4. Masuk laman web SDMC, apply permohonan kemasukan ke Srwk secara online. Masa isi tu kena attach byk jugak dokumen. (Permit polis, surat arahan bertugas, flight itinerary, salinan IC, salinan kptsn PCR, dll). Yg ni isi 12 jam sebelum perjalanan ke srwk. Tunggu dpt approval melalui email dan mesti di cetak. Yg ni perlu di serahkan di kaunter imegresen kt Airport Miri. Kelam kabut jugak masa ni nak cetak bagai lg.
5. Masuk laman web SDMC utk isi E-health. Pastikan isi pada tarikh nak bertolak masuk Srwk. Dah siap isi, screenshot. Masa saya nk check in bag di KLIA utk ke Miri, petugas di kaunter check in bag nak tgk screenshot E-health ni.
Arrived in Miri. Masa ni rasa janggal sgt sbb mostly semua org berjalan keluar flight dgn file masing2. Ada bawa file plastik ala2 briefcase tu, file kertas, mcm2 lg lah file 😅 Semua pegang kemas2 file masing2. Maklumlah dokumen penting ada dlm tu 🤣
Keluar je dari perut kapal, akan jumpa beberapa kaunter utk korang boleh keluar dari Airport Miri tu.
1. Kaunter Saringan Kesihatan. Kt situ ambik masa yg agak lama. Perlu sertakan Surat Arahan Bertugas, Kptsn PCR yg valid (3 hari sebelum masuk Srwk baru di kira valid). Kt kaunter ni yg akan menentukan korg kena home quarantine atau kuarantin di hotel (miri) selama 14 hari. Saya dpt home quarantine di Limbang.
2. Kaunter Imigresen. Yg ni biasa dh la sbb kalau tak PKP pon mmg kena hadap kaunter ni utk cop DPT. Cuma ada tambahan, kena bagi cetakan approval enter Srwk yg isi di SDMC tu kt kaunter imigresen jugak.
3. Kaunter APM. Kat sini korg akan di sarungkan gelang tangan yg akan menghantui korg selama 14 hari 🤣 Sebelum mereka sarungkan gelang tu, mereka akan minta screenshot E-health. Dah pakai gelang tu, maka slmt kuarantin lah ye. Hari2 korg akan dpt msg kt bwh ni. Jgn lupa lapor diri ye.
RM0.00 SMA: Anda dikehendaki untuk melaporkan lokasi anda di ms.microweb.my/user setiap 8pagi & 8malam. Patuhi arahan kuarantin di rumah. #PeringatanHarian
4. Kaunter Hotel. Yg ni kalau korg kena kuarantin di hotel kt Miri. Tak silap yg ni kalau yg xde surat arahan bertugas atau xbuat PCR lagi sebelum masuk Srwk. Masa tu sempat la jeling2 tgk, hotel yg di sediakan ialah Imperial Hotel. Rasa mcm wahh, bestnya kalau dpt kuarantin kt Imperial tp bila pikir balik sehari dua mungkin ok, kalau 14 hari terperap dlm hotel 😵🤯
5. Kaunter Kesihatan. Yg ni dia akan minta balik dokumen utk pengesahan. Nak tgk sama ada kita kuarantin di hotel atau rumah. Kalau hotel, terus dia bawa pergi masuk dlm bas yg dh ready kt luar airport. Mungkin dia takut ada yg cabut lari padahal kena kuarantin di hotel.
Memandangkan saya kuarantin di rumah sahaja di Limbang dan flight ke Limbang pon next day, so cari hotel area Miri dulu utk stay 1 mlm. Check in Hotel Nur. Biasa mmg stay situ kalau pergi Miri. Tp kali ni, ada borang kena isi sebelum check in, di pesan jugak beberapa kali xboleh keluar dari bilik. Kalau nak order makanan, guna food panda dan maklumkan dgn rider nombor bilik. Nnti receptionist akan hantar makanan ke bilik.
Perjalanan ke Limbang mcm biasa. Sampai je di Airport Limbang, petugas kesihatan dh ready utk sambut ketibaan korg. Kena isi borang, pastu tunjuk surat home quarantine yg dpt kt Miri tu. Sampai rumah tu lega sgt2 walaupon rumah dah jadi sarang cicak berpesta. Asalkan dh selesai segala procedure. Pening mmg pening tapi nak tak nak tetap kena uruskan. Slmt Kembali Bertugas dan Slmt Kembali ke Srwk 😁🙊
Nota Kaki: Pastikan korang bawa bekal makanan. Semua kedai dlm airport tutup. Kedai makan pon tutup. Mmg kebulur sbb kan kita sampai airport awal. Yg nak beli roti gardenia tu pastikan beli balik sampai airport. Kalau x, frust menonggeng la korang sbb kedai semua tutup. Airport hanya di benarkan penumpang sahaja masuk. Sunyi je.
Sumber group whatsapp. Harap membantu dan selamat memulakan tugas kepada yang bakal bertugas nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/06/cara-mohon-untuk-pulang-ke-sarawak-dari.html