Cara Mohon Rumah Mampu Milik Serendah Rm30 000 Tahun 2021




Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2021, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini. 
Pendaftaran Atas Talian SPRN1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Klik “Daftar Akaun”
3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan

4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan



Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:Skim MyHomeSkim Rumah PPRSkim Rumah TransitSkim SPP
Cara MemohonUntuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima

Proses permohonan adalah seperti berikut:
A. Daftar Akaun
1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar



B. Buat Pengesahan
1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan
2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan

C. Log Masuk
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut

D. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’

E. Maklumat Pemohon
1. Klik pautan maklumat pemohon
2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau

F. Pilih Projek
Klik pautan Projek untuk memohon projek

G. Dokumen Sokongan
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan

H. Pengesahan
Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan




Syarat KelayakanSyarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon

Skim MyHome
Contohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasPembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAKPendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiriSalinan surat pengesahan majikanSalinan penyata gaji terbaruSalinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatanSalinan surat pencen (Jika berkenaan)Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiranSalinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa)Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:Warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan NegeriKerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirTerdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan

Skim Rumah Transit (SPRN)Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaPemohon telah berkahwinPemohon berumur antara 18 hingga 30 tahunPemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohonPemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohonPendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawahTiada rekod jenayah
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah

Skim SPPAkhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 70 tahunBekerja dan mempunyai pendapatanBukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumahJumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulanMemiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri

Soalan LazimApakah fungsi TEDUH?Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia


Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP


Berapakah kadar sewaan rumah PPR?RM124 sebulan


Berapakah kadar sewaan rumah transit?RM250 sebulan

Berapakah had pinjaman skim SPP?RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun

Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal https://teduh.kpkt.gov.myTel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: [email protected]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2021/06/cara-mohon-rumah-mampu-milik-serendah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjanakerjaya Perkeso 2021 Cara Mohon Bantuan Rm1 000 Buat Golongan Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun

Penjanakerjaya Perkeso 2021 Cara Mohon Bantuan Rm1 000 Buat Golongan Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 307 hits
PenjanaKerjaya PERKESO 2021 Mungkin ada yang terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran dalam kalangan masyarakat J...
Cara Mohon Bantuan I Suri Rm480 Suri Rumah 2021

Cara Mohon Bantuan I Suri Rm480 Suri Rumah 2021

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 287 hits
Permohonan untuk Suri Rumah terima insentif RM480 Setahun Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri i Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktira...
Program Perantisan Rm1 000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun Semak Syarat Kelayakan Amp Cara Daftar

Program Perantisan Rm1 000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun Semak Syarat Kelayakan Amp Cara Daftar

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 310 hits
Walaupun insentif kepada belia yang tidak bekerja sebanyak RM1 000 telah lama diumumkan namun setiap belia boleh mendapatkan bantuan tersebut dengan membuat pendaftaran melalui portal PenjanaKerjaya Malahan bagi membantu dan menggalakkan pe...
5725 Justifikasi Suntikan Vaksin Kepada Kanak Kanak 12 Tahun Ppim Samudera My 18 06 2021

5725 Justifikasi Suntikan Vaksin Kepada Kanak Kanak 12 Tahun Ppim Samudera My 18 06 2021

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 353 hits
Walaupun ada pelbagai persoalan asas mengenai vaksin COVID 19 tidak berjawab oleh pihak pihak tertentu kini suntikan vaksin pula telah dicadangkan untuk dikenakan terhadap kanak kanak berumur 12 tahun ke atas Bagi kanak kanak pula kita juga...
Ibu Haiau Anak 2 Tahun Dari Rumah Kerana Suami Baru Tak Suka

Ibu Haiau Anak 2 Tahun Dari Rumah Kerana Suami Baru Tak Suka

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 236 hits
nbsp Kisah ibu buang anak kandung yang masih kecilSiapa sangka disebabkan suami baharu ada ibu yang tergamak mend era dan buang anak tanpa belas kasihan nbsp Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara seberang ...
Cara Buat Rayuan Bpr 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Bpr Tambahan

Cara Buat Rayuan Bpr 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Bpr Tambahan

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 587 hits
Cara buat Rayuan BPR 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Cara Mohon BPR Tambahan Fasa 2 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pada bulan Mei 2021 yang lepas duit pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 2021 telahpun masuk ke dalam...
Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Risau Diiarikan Lelaki Lain

Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Risau Diiarikan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 393 hits
nbsp Mana mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang awangan dan akan meluahkan rasa sayang mereka itu melalui pelbagai cara Namun cara si suami bernama Selamat ini menunjukkan cinta pada isterinya mungkin kelihatan agak lain ...
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Salam 2 Zulkaedah semua Tanda telah berakhir 30 Syawal 1442H Pada Khamis 10 Jun 2021 Baru teringat nak kongsikan gambar raya kami sekeluarga This is a content summary only Visit my website for full link...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad