Cara Mohon Mykad Anak 12 Tahun


Setelah beberapa kali terpaksa ditangguhkan atas urusan yang tidak dapat dielakkan, akhirnya semalam selesai juga buat kad pengenalan anak sulong. 
Besar dah Ikhwan Hafeez, dah masuk umur 12 tahun jadi kena tukar MyKid kepada Kad Pengenalan (MyKad). Cepat betul masa berlalu. 
Kebetulan MyKad Diah pun rosak jadi sekali jalan la buat yang baru. Ada masalah dengan cip MyKad. Sedar cip tu ada masalah bila nak reload Touch N Go dekat LRT tapi tak boleh. 
Alhamdulillah urusan permohonan MyKad berjalan lancar walaupun kami tersilap faham tentang waktu operasi UTC. 





Mohon MyKad Anak 12 Tahun Memang semalam agak terkejar-kejar sebab kami pergi pada waktu petang, selepas anak-anak balik sekolah. 
Kami sangka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tutup pada pukul 4.00 petang, kelam kabut siapkan anak-anak dan sampai sekitar jam 3.30 petang. 
Kami ke mini UTC Keramat sebab situ paling dekat dengan rumah. Orang memang ramai tapi servis dia pantas jadi tidaklah menunggu lama. 







Cara Mohon MyKad Anak 12 tahunDiah nak kongsikan cara nak mohon MyKad terutama untuk anak yang dah mencecah umur 12 tahun. 
Penting supaya korang tak buat perkara yang sia-sia dan dapat elak perkara yang tidak di ingini. Bagus kalau buat persiapan awal. 
Jadi antara perkara yang perlu korang tahu bila nak mohon MyKad ialah dokumen yang perlu dibawa dan pantang larang perlu di elakkan. 
Proses dia mudah je. Ambil nombor giliran dan tunggu dipanggil. Ada kaunter khas untuk proses permohonan. 
Waktu ini lah korang kena semak betul-betul segala info termasuklah alamat dan dia akan suruh korang tandatangan jika betul. 
Selesai di kaunter proses, seterusnya akan dipanggil untuk ambil gambar. 





Staff tu beritahu yang MyKad ambil masa untuk siap dan kena datang esok hari. Berlainan dengan situasi ganti MyKad disebabkan kad rosak, boleh siap dalam masa setengah jam sahaja. 
Diah wakilkan suami untuk ambil MyKad kami yang dah siap jadi kena beritahu staff tu untuk tujuan pengesahan dan suami kena tunjuk MyKad dia waktu ambil nanti. 
Diah juga dapat Kad Pengenalan sementara dan harus dipulangkan semasa ambil MyKad yang baru. Kalau korang jadi wakil dan nak mudah urusan, bawa je kesemua dokumen / resit yang dapat semasa buat MyKad tu. 







Dokumen Diperlukan Untuk Mohon MyKadNak mudah semak je segala informasi di website JPN. Diah baca dekat situ dan baca juga pengalaman dari blog orang lain. 
Penting untuk bawa Sijil Kelahiran Anak yang asal untuk tujuan pengesahan. Kalau menetap di luar negara sila bawa passport. 
Anak kena datang dengan ibu bapa, kena tunjuk MyKad ibu bapa. Kalau datang dengan penjaga (datuk, nenek, abang, kakak) harus berusia melebihi 21 tahun ke atas. 
Semalam ada kes seorang lelaki dia datang bersama anak perempuan. Kalau tengok sekali imbas, sebaya Ikhwan je. 
Agaknya nak buat MyKad juga. Muka dia jelas kelihatan marah ditambah suara agak keras tengah bercakap di telefon. 
Bercakap dengan isteri agaknya. Sempat dengar perbualan pendek, si ayah tak bawa sijil kelahiran anak. Terpaksa patah balik ambil sijil kelahiran atau datang hari lain. 
Bawa juga dokumen sokongan. Jika nak tukar dan guna alamat yang berbeza dengan MyKid, korang kena bawa bil elektrik atau bil telefon atau bil air yang ada alamat yang korang nak letak dalam MyKad. 
Macam Diah, nak tukar alamat MyKad Ikhwan kepada alamat rumah sekarang jadi kami datang bawa bil api. Jangan lupa bawa satu salinan untuk kegunaan JPN. 


Bayaran Lewat Mohon MyKad Kanak-Kanak 12 TahunUntuk mohon MyKad 12 tahun tiada sebarang bayaran dikenakan kecuali korang lambat mohon dari tarikh yang ditetapkan. 
Ingat tau jika tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses iaitu RM10. 


Perkara Lain Perlu Tahu Jika Mohon MyKad
Waktu nak ambil gambar ada etika pemakaian untuk semua tak kira agama mahupun bangsa. Kalau pakai pakaian tidak sesuai dari segi rekaan atau warna, nanti kakitangan tu suruh pakai blazer. 
Ada juga disediakan songkok untuk Muslim. Pilihan nak pakai atau tidak. Rambut pula kena warna hitam tak boleh warna selain hitam ya. 





Mini UTC Keramat tutup pada pukul 6.30 petang hari bekerja dan pukul 4.30 petang pada hujung minggu. 
Rancang elok-elok kalau nak pergi. Parking bertingkat ada jadi tiada isu tak tahu nak park dekat mana. Kalau tak mahu memandu kereta boleh naik LRT berhenti di stesen LRT Dato Keramat. 
Mini UTC Keramat berada berhadapan dengan stesen LRT Dato Keramat. Boleh jalan kaki dan perlu lintas jalan je. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/09/cara-mohon-mykad-anak-12-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 258 hits
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak anak untuk bebas memakai lampin Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak anak...
Ingin Healing Remaja Putri Putus Sekolah Culik Anak 11 Tahun

Ingin Healing Remaja Putri Putus Sekolah Culik Anak 11 Tahun

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 215 hits
Pelaku mengaku kesepian dan perlu teman hingga akhirnya mengajak korban keliling naik motor
Asal Anak Salah Terus Denda Ubah Cara Mak Ayah Denda Dengan Disiplin Bukan Hukuman

Asal Anak Salah Terus Denda Ubah Cara Mak Ayah Denda Dengan Disiplin Bukan Hukuman

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 317 hits
Dizaman yang serba mencabar ini membuatkan mak ayah semakin sukar untuk mengawal dan mendisiplinkan anak Menggunakan hukuman sebagai denda anak ingkar arahan adakalanya tidak perlu Sebaliknya didiknya anak dengan denda melalui disiplin buka...
Begini Cara Menghitung Anak Sekolah Di China Vs India Pentingkan Kecepatan Atau Hasil

Begini Cara Menghitung Anak Sekolah Di China Vs India Pentingkan Kecepatan Atau Hasil

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 391 hits
Kedua anak tersebut dihadapkan dengan soal perkalian yang sama Namun dengan cara penghitungan yang berbeda
9 Cara Berkesan Kejut Anak Bangun Pagi

9 Cara Berkesan Kejut Anak Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 326 hits
9 Cara Berkesan Kejut Anak Bangun Pagi Kejut anak bangun pagi Satu cabaran buat mak ayah Ada yang jadi tarzan pepagi kan MF memula cam tu juga Tapi lama lama biasa Tapi ada beberapa cara MF buat untuk mudahkan anak bangun pagi dan memang 9 ...
Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 403 hits
Ustaz dedah cara ikhtiar hamil boleh cuba resipi air kelapa bakar ini Dalam usaha mendapatkan cahaya mata pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri Yang paling penting pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti ...
Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 311 hits
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing y...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala