Cara Merancang Untuk Berusaha Mendapatkan Jualan Rm 1 Juta Setahun Dalam Perniagaan Anda




Bagi anda yang berniaga, secara purata, berapa jualan perniagaan anda setahun?
Jika anda masih belum berjaya mencapai RM1 Juta setahun, artikel itu mungkin dapat membantu anda untuk berusaha mendapatkannya. Insyaallah!
Soalan, bagaimana nak dapatkan jualan RM1 juta setahun itu sahaja, sebenarnya merupakan titik mula langkah anda untuk berusaha mendapatkannya. Kebanyakkan orang yang berniaga, sangat asyik dalam nikmat menjalankan perniagaan setiap hari siang dan malam sehingga pertanyaan sebegitu tak terlintas sama sekali.
Bagi yang mula bertanya pula, kemudian diikuti dengan keazaman untuk benar-benar mahu mendapatkannya, lalu mula mencari jawapan tanpa jemu, insyaallah, sampai masanya akan berjaya juga. 
Jangan hanya dibiarkan saja pertanyaan itu lalu dalam kepala tanpa dipedulikan. Kerana sikap sebegitu kebiasannya, tidak dapat membantu untuk anda berjaya.
Dari makan gaji ke berniagaBagi manusia biasa macam saya, jumlah RM1 juta adalah satu jumlah yang amat besar. Dari kecil sampai dewasa, hidup sekadar berusaha untuk melepaskan keperluan sahaja dengan apa yang dapat perlu dibelanjakan untuk teruskan kehidupan.
Masa mula kerja makan gaji dulu selepas belajar, dapat gaji RM600 sebulan sudah dirasakan satu nikmat yang sangat besar. Tak pernah sekalipun sebelum itu dapat pegang seketul gedebuk RM600 sekali gus.
Masa berlalu, jumlah yang difikirkan mampu dimiliki mula meningkat sedikit demi sedikit. Tapi setakat jumlah orang makan gaji level eksekutif dalam industri biasa sajalah. Bukan industri glamour yang janjikan gaji tinggi seperti syarikat minyak dan seumpamanya.
Sehinggalah saya berhenti kerja dan terjun berniaga.
Di awal permulaan, saya sekadar memikirkan untuk pastikan segala kos jualan dan kos tetap dapat diselesaikan setiap bulan. Jika tak ada baki untuk syarikat pun dah rasa ok. Asalkan gaji untuk Tokeh masih dapat dilunaskan.
Begitulah adat berniaga kecil-kecilan, tak sama seperti syarikat korporat yang kos bayar gaji saja mampu mencecah jutaan ringgit. Saya boleh berikan gambaran seperti berikut, keadaan peniaga kecil macam saya.
Bisnes kemas rumahKatakan anda mejalankan perniagaan khidmat mengemas rumah orang.
Dengan meletakkan diri anda sebagai seorang penyelia merangkap pengurus, dan juga merangkap pemilik, bersama 2 orang pekerja di bawah, sejumlah pendapatan RM5 ribu sebulan sudah cukup untuk membayar gaji pekerja. Selebihnya untuk keperluan perniagaan dan sara hidup.
Untuk pastikan syarikat anda menjana jualan RM5 ribu sebulan, perlu cari sekurang-kurangnya 17 buah rumah sebagai pelanggan. Dengan pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan untuk khidmat kemas rumah mereka.
Membuat kiraan sebegitu amat mudah, tapi bagi yang dah ada pengalaman jalankan perniagaan, tentu tahu betapa peritnya usaha nak dapatkan, walaupun seorang pelanggan. 10 kali cuba belum tentu dapat. Dan semua itu membuatkan anda terkial-kial macam lipas kudung buat sale sekadar untuk pastikan anda dan perniagaan kekal hidup.
Semua kesibukan menjadikan anda tak mampu untuk bersandar sebentar dan berangan-angan jauh bagi meletakkan sasaran setinggi yang mampu dicapai, seandainya tidak dibetulkan cara berfikir dan cara menguruskan perniagaan dengan betul.
Perkara penting untuk membolehkan anda duduk tersandar di kerusi pejabat untuk melakukan proses berangan-angan ke depan adalah seperti berikut.
Urus duit keluar masuk - Anda perlu pulun seligat mungkin untuk pastikan overhead lepas, dengan ada sedikit lebihan. Tetapkan gaji anda dan Jangan ambil lebihan tersebut untuk naikkan gaji sendiri. Biarkan lebihan meningkat dari masa ke masa. Lebih pantas lebih bagus.Serahkan tugas - Anda perlu melepaskan tugas yang andalah penyelia dan anda juga manager dan anda juga tukang cuci, kepada orang lain. Gunakan duit untuk beli masa. Untuk itu jangan takut, jangan kemut untuk gajikan orang bagi mengambil tanggung jawab penyelia atau manager itu.Apabila tugasan dah diambil orang, anda akan mula dilanda masalah risau gelabah tak tentu arah sebab tak biasa, lalu tak tahu nak buat apa. Maklumlah sekian lama asyik beraksi sampai tak sempat berfikir.
Biasanya anda yang dah terbiasa kerja macam lipas kudung sebelum itu, akhirnya akan terjun semula beraksi sebab tak pernah lagi biasakan diri buat kerja merancang dengan pakai otak saja.
Untuk atasi masalah itu, anda perlu melakukan beberapa perkara berikut di bawah. Semua perkara di bawah ini jika dilakukan, insyaallah akan langkah mula yang bakal membantu anda mendapat RM1 juta dalam bisnes anda sekarang.
Sabar - Bersabarlah dan pujuk diri anda bahawa ini hanya sementara dan anda dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi jutawan. Lagipun tak ada boss yang sedang memantau apa yang anda buat.Jangan duduk dalam bisnes - Pantau sekejap saja anak buah yang turun buat kerja dan segera tinggalkan mereka untuk mencari kawan-kawan yang berjaya. Mereka yang dah berjaya ni biasanya kerja utama adalah melepak cari kawan share masalah atau cari idea baru. Pergi joint mereka.Serius dan fokus -Segala aktiviti membina jaringan dan mendapatkan idea atau maklumat mesti berobjektif. Jangan asyik berborak lama sangat.Bersendirian secara rutin - Sebelum pulang ke rumah menamatkan hari tersebut, menyendiri sebentar sekurangnya satu jam di pejabat.Guna teknologi - Keluarkan sedikit modal, jangan kemut untuk gunakan teknologi yang mempercepatkan kerja kiraan. Sediakan komputer di depan dan sediakan alat kira besar yang boleh kira lebih dari 7 angka.Buat simulasi kiraan - Buat kiraan berapa anda akan capai bulan tersebut. Katakan jumlahnya adalah RM7 ribu. Untuk mendapatkan jumlah jualan sejuta setahun, anda perlu dapatkan pendapatan sejumlah RM83,333.35 sebulan !, maksudnya anda perlu gandakan semua yang sedang ada sebanyak 12 kali, itu bukanlah jumlah yang banyak. Bagaimana kalau ada pelanggan lebih besar dari sebuah rumah?Buat kiraan terperinci - RM83,333 dibahagikan dengan RM7,000 bersamaan lebih kurang 12. Jika jumlah pelanggan yang ada sekarang adalah 20 rumah, anda perlu lagi 220 rumah untuk mencapai sasaran jualan RM83,333 sebulan. Ada tak satu pelanggan yang mewakili 3 atau lebih rumah?Buat perancangan terperinci - Fikirkan bagaimana nak buat semua yang anda rasa perlu untuk mencapai sasaran, sampai cukup sejam untuk hari itu dan balik.Sebaik saja anda mula mengamalkannya, sejak balik pada hari itu selepas semua aktiviti mengira dan merancang, otak anda tak akan henti-henti berfikir macam mana nak capai semua angka tersebut, ketika sedang buang air sekalipun.
Itu menandakan anda berada dalam proses menghampiri sasaran.
Sabar, tunggu dan teruskan berfikir setiap hari sebelum balik satu jam di depan komputer, tambah satu lagi item, iaitu buku nota. Sentiasa kepilkan dalam poket. Ia perlu bila ada idea terpancul keluar yang biasanya datang tak kira masa dan tempat.
Paling lewat 2 tahun sasaran tersebut akan tercapai dan paling cepat mungkin sekitar 6 bulan. Itu bukanlah masa yang lama bagi seorang usahawan. Insyallah! 
Semoga ada manfaatnya dan selamat mencuba untuk mencapai RM1 juta dalam bisnes


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2012/09/teknik-capai-rm1-juta-dalam-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Cara Mendapatkan Penghasilan Bagi Mahasiswa Semester Akhir

8 Cara Mendapatkan Penghasilan Bagi Mahasiswa Semester Akhir

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 233 hits
Apakah Anda seorang mahasiswa semester akhir yang sedang mencari cara untuk mendapatkan penghasilan tambahan Apakah Anda ingin memanfaatkan waktu luang Anda untuk menghasilkan uang sambil menyelesaikan studi Anda Apakah Anda ingin memiliki ...
Panduan Lengkap Bermain Sbobet Parlay Cara Mendapatkan Keuntungan Maksimal

Panduan Lengkap Bermain Sbobet Parlay Cara Mendapatkan Keuntungan Maksimal

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 137 hits
Panduan Lengkap Bermain Sbobet Parlay Cara Mendapatkan Keuntungan Maksimal Jika Anda seorang penggemar taruhan olahraga maka Anda mungkin sudah familiar dengan Sbobet Parlay Sbobet Parlay adalah salah satu jenis taruhan olahraga yang sangat...
Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 366 hits
Apakah Anda sedang mencari laptop gratis Mungkin Anda membutuhkannya untuk sekolah pekerjaan atau hobi Anda Atau mungkin Anda hanya ingin menghemat uang dan mendapatkan sesuatu yang bagus tanpa mengeluarkan biaya Cara Mendapatkan Laptop Gra...
Prabowo Jawab Nyinyiran Cuma Jual Jokowi Di Kampanye Aku Timnya Masa Jualan Orang Lain

Prabowo Jawab Nyinyiran Cuma Jual Jokowi Di Kampanye Aku Timnya Masa Jualan Orang Lain

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 152 hits
Prabowo bisanya jualan Pak Jokowi saja Loh aku timnya Jokowi kenapa engga kata Prabowo
Guardian Capai Sasaran 100 20 Juta Mandian Untuk Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik Pada 2023

Guardian Capai Sasaran 100 20 Juta Mandian Untuk Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik Pada 2023

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 205 hits
Hi Korang Guardian hari ini mengumumkan kejayaannya mencapai sasaran untuk menyediakan 20 juta produk mandian kepada kanak kanak kurang bernasib baik pada tahun 2023 di bawah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat serantaunya iaitu Bersama Me...
Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat

Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 134 hits
Dasar Kerajaan yang enggan membenarkan syarikat pengedar bahan api untuk bersaing secara bebas dengan menetapkan harga minyak dan petrol di bawah harga runcit yang ditentukan kerajaan hanya akan merugikan rakyat kata Tony Pua pada suatu mas...
Tak Pa Dia Pakar Turunkan Rega Tanah Juta Juta Boleh Turunkan Inikan Pula Keta

Tak Pa Dia Pakar Turunkan Rega Tanah Juta Juta Boleh Turunkan Inikan Pula Keta

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 271 hits
Lebai dan kereta mewah tak dapat dipisahkan Dalam dia kata peruntukan disekat dalam pada cerita royalti dirampas tiba tiba muncul kereta baru untuk exco dan MB Terengganu Hebat Aku dah dapat cerita ni awal lagi Tapi sebab tak rasmi jadi aku...
Jisoo Blackpink Jadi Duta Global Hasil Jualan Dior Naik Cecah Rm3 59 Bilion

Jisoo Blackpink Jadi Duta Global Hasil Jualan Dior Naik Cecah Rm3 59 Bilion

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 229 hits
Ji soo sekali lagi telah membuktikan populariti dan pengaruhnya ARTIKEL BERKAITAN Ji soo BLACKPINK telah memainkan peranan penting selepas dilantik menjadi duta global Dior pada tahun 2021 Di mana pengaruh ahli BLACKPINK itu telah berjaya m...
Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023

Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 229 hits
Naib juara Liga Super 2023 Selangor FC memcatatkan satu pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah kentungan jualan tiket terbuka paling tinggi di Liga Super bagi musim 2023 The Red Giants berjaya mempamerkan kebangkitan musim ini se...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco