Cara Menyediakan Cili Kisar Yang Tahan Lama




Saya memang malas nak memasak bila buka peti sejuk dan tengok tak ada stock cili kisar. Kalau sekadar untuk mengopek bawang, halia dsb tak jadi masalah kerana cepat sahaja ianya disediakan. 
Jadi masa ada pembantu rumah, saya rajin lah ke dapur kerana Ros akan sentiasa menyediakan cili kisar setiap kali ianya kehabisan stock. 
Menyediakan stock cili kisar memang agak remeh dan memakan masa yang lama. Kadang kadang ianya dimasak atas api perlahan sehingga 5 jam untuk ianya benar benar kering airnya. Jadi cili kisar lebih tahan lama kerana aianya telah masak. Bila memasak, tinggal hanya perlu memasak atau menggaringkannya sahaja. 
Jom kita layan langkah demi langkah, proses menyediakan cili kisar cara kami. 
Mula mula basuh bersih cili kering. Jika ada pembantu rumah, bolehlah digunting cili kering dan disimpan sehingga ianya diperlukan. Kalau tidak, tak perlu digunting pun OK. 

Masuk cili kering tadi ke dalam periuk Noxxa dan set fungsi HP 4. Kalau tiada Noxxa, guna periuk biasa dan rebus cili kering sehingga lembut.


Bila dah lembut, potong cili kering menggunakan gunting. Jika suka, boleh gunting cili ketika sedang direbus di atas dapur supaya biji cili terpisah dengan cili ketika air mendidih. Sangat mudah menggunakan gunting kerana cili sudah lembut dan ringan. 


Basuh cili kering dalam besen berisi  air dan dikacau dengan menggunakan sudip. Kemudian tapis dalam penapis berlubang besar supaya biji cili dapat jatuh dan keluar.  Goyangkan dengan cepat dan pusing pusingkan tapis sambil buka air paip. 


Setelah selesai, toskan seketika. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar seperti biasa. Masukkan lebih air pun ok sebab hendak pastikan cili masak. 


Tuang cili kisar ke dalam kuali dan hidupkan api. Tak perlu kacau selagi air masih ada. Ianya adalah untuk mengelakkan cili meletup letup sehingga mengotorkan dinding dapur kita. 








Setelah air kering dan bup bup di permukaan, perlahankan api ke paling kecil sehingga ianya kering. Ketika ini, boleh dikacau sekali sekala supaya tidak melekat di kuali. Setelah kering, sejukkan. 





Simpan ke dalam beberapa bekas dan masuk dalam peti ais. Boleh simpan separuh dalam freezer. 





Nota:
Supaya cili tidak pedas, boleh letak sekeping asam keping masa merebus cili. Atau dicampur cili jenis kerinting dan cili jenis berkilat yang tidak pedas.


Untuk menghancurkan biji cili ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak. Kalau guna blender, heavy duty tak perlu. 


Jika cili tidak dimasak seperti saya, boleh kisar sekali bawang putih dan guna minyak supaya cili kisar tahan lama dan tidak mudah berkulat. 


Nota:
Boleh juga menggunakan periuk tekanan Noxxa dengan kaedah STIR FRY dan tutup dengan penutup jaring besi supaya tak merecik. Biarkan sehingga ianya kering. Atau masak dulu dengan fungsi MEAT selama 30 minit dan kemudian keringkan dengan fungsi STIR FRY.


Ada orang akan menumis dengan minyak tapi saya lebih suka masak begini sahaja jadi boleh digunakan untuk lauk pauk yang tidak menggunakan minyak seperti masak gulai dsb. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/06/cara-menyediakan-cili-kisar-yang-tahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tip Tanam Pokok Daun Sup Tahan Lama Subur Gebu Daripada Cikgu Kebun

10 Tip Tanam Pokok Daun Sup Tahan Lama Subur Gebu Daripada Cikgu Kebun

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 169 hits
Bagusnya cikgu ni dia ajar satu2 cara berkebun bercucuk tanam dan jaga pokok free je banyak tips2 berguna untuk jaga pokok tanam pokok dan gemokkan pokok terbaik Cikgu Kebun kepada yang suka menanam pokok dari pokok sayur pokok hiasan dan p...
Resep Churros Saus Cokelat Yang Renyah Tahan Lama

Resep Churros Saus Cokelat Yang Renyah Tahan Lama

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 141 hits
Paling enak churros hangat dan renyah dicocol saus cokelat tapi di resep ini udah dingin pun tetap renyah lo
Kesan Kuning Dan Bau Cili Pada Blender Ini 3 Cara Mudah Nak Hilangkannya

Kesan Kuning Dan Bau Cili Pada Blender Ini 3 Cara Mudah Nak Hilangkannya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 180 hits
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili Lagi lagi kalau kerja memasak je setiap hari Makin lama akan makin jelas kesan kuning bau blender pun jadi kurang enak Jadi eloklah kita tahu cara yan...
Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 426 hits
Tutorial cara nak check friends yang dah lama tak online atau tak aktif dalam game Roblox Jom tonton animasi ini
Cara Buat Sira Buah Cermai Resipi Orang Dulu Dulu Yang Sedap Wajib Cuba

Cara Buat Sira Buah Cermai Resipi Orang Dulu Dulu Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 376 hits
Sedapnya Sira Buah Cermai Rasanya yang masam masam manis sangat membuka selera Buah Cermai sukar dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang masam Oleh itu dengan cara menyira begini ia boleh menjadikan buah ini jadi lebih sedap dan mengelakk...
Cara Mudah Unbrick Realme 7 Realme 6 Narzo 20 Pro Menggunakan Sp Flash Tool

Cara Mudah Unbrick Realme 7 Realme 6 Narzo 20 Pro Menggunakan Sp Flash Tool

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 274 hits
Tutorial lengkap Unbrick Unbrick Realme 7 Realme 6 Narzo 20 Pro dan tutorial ini juga dapat digunakan untuk semua ponsel realme mediatek Diuji dan berfungsi di realme 7 asia Tutorial ini juga menyertakan bypass mediatek security bootloader ...
Permohonan Mykid Jpn 2022 Cara Mohon Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan Mykid Jpn 2022 Cara Mohon Dokumen Yang Diperlukan

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 224 hits
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak kanak yang berumur di bawah 12 tahun Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari My membawa maksud Mal...
Cara Pergi Pwtc Naik Ktm Wtckl

Cara Pergi Pwtc Naik Ktm Wtckl

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 308 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akhirnya kembali pada hujung minggu ini setelah bertahun tidak ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam Ya boleh jadikan aktiviti cuti sekolah dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba