Cara Menjadi Penulis Ghostwriter Dengan 10 Langkah Mudah


Adakah anda ingin menjana pendapatan melalui kemahiran dan skil penulisan yang anda miliki?
Adakah anda minat menulis tapi anda tak suka buat kerja-kerja promosi semata-mata untuk dapatkan bayaran dari hasil kerja anda?
Adakah anda seronok mencipta konten yang dapat memberi manfaat dan menepati selera pembaca?
 
Jika jawapan anda adalah ya, bagi mana-mana satu daripada soalan yang saya ketengahkan, maka kerjaya sebagai seorang ghostwriter mungkin sesuai untuk anda.

Apa benda sebenarnya kerja sebagai ghostwriter ini?
Dalam bahasa yang mudah, ghostwriter ini sebenarnya adalah penulis yang menghasilkan karya penulisan bagi pihak orang lain, sama ada dibawah nama klien atau syarikat milik klien tersebut.
 
Anda tidak akan menerima sebarang kredit atas karya penulisan yang anda hasilkan dan sebagai ganti, anda menerima bayaran dari hasil penulisan tersebut.
 
Namun persoalannya, bagaimana cara untuk anda mula menjadi seorang ghostwriter?
Apakah dia langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina karier dalam bidang penulisan ini?
 
Adakah diluar sana wujud agensi pekerjaan, atau laman web, yang menawarkan peluang kerja sebagai ghostwriter?
Bolehkah kita memohon pekerjaan sebagai seorang ghostwriter?

 
Saya mungkin tak dapat menjawab semua persoalan yang bermain difikiran anda hanya dengan melalui satu artikel ini sahaja.
 
Tapi In Shaa Allah saya akan cuba yang terbaik untuk bincangkan secara ringkas, langkah yang boleh anda ambil untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang ghostwriter.
 
Tak kiralah sama ada anda ingin jadikan kerjaya ini sebagai kerjaya sepenuh masa, ataupun separuh masa.
 
Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita bincangkan, 10 langkah untuk menjadi seorang ghostwriter di Malaysia.
 
(1) Menilai kemahiran dan minat dalam bidang penulisan Pertama sekali, kita perlu tahu adakah anda mempunyai minat yang mendalam dan memiliki kemahiran yang baik dalam bidang penulisan.
 
Menulis ini adalah satu skil yang kita boleh pelajari dan boleh dikuasai dengan cara
i. Melalui latihan menulis yang dilakukan secara berterusan
ii. Konsisten menghasilkan bahan penulisan
iii. Banyak membaca karya penulisan penulis lain
 
Artikel pertama yang kita tulis, besar kemungkinan hasilnya kurang baik.

Tetapi, artikel ke-1,000 yang kita hasilkan kualitinya pasti sangat berbeza berbanding artikel yang pertama.
 
Bab kemahiran dan skil ini, kita tak perlu risau sangat.
Apa yang kita perlu berikan perhatian ialah persoalan mengenai minat.
 
Adakah anda benar-benar minat menulis?
Atau anda sekadar minat nak buat duit? 
 
Masalah bila orang yang tak minat menulis, tapi cuba nak buat duit melalui bidang penulisan ini, kita bimbang dia tak ada motivasi dan stamina yang cukup kuat dan akan berhenti di pertengahan jalan.
 
Belum nampak sebarang hasil atau pulangan dari kegiatan menulis, dia sudah fikir nak berhenti menulis dan melompat ke bidang lain pula.
 
Mungkin bidang videografi… dengar kata kalau buat video di tiktok boleh jadi terkenal dan kaya.
 
(2) Belajar perkara asas mengenai bidang ghostwriting Langkah kedua adalah belajar perkara asas hinggalah kepada perkara advance mengenai bidang kerja sebagai ghostwriter.
 
Tujuannya adalah supaya anda benar-benar faham, apakah tanggungjawab dan skop kerja sebagai ghostwriter.

Seorang yang berminat untuk jadi ghostwriter, lazimnya akan bergerak secara solo atau secara bebas (freelance) pada peringkat permulaan. Ini bermakna, ada banyak perkara yang dia perlu belajar sendiri mengenai selok-belok dalam bidang ini.
 
Anda perlu tahu apakah bentuk konten dan juga jenis projek yang anda boleh jalankan apabila ingin menjadi ghostwriter. Selain itu, anda juga perlu tahu apakah skills dan juga tools yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ini.
 
Tapi jangan risau, sebabnya itu adalah antara perkara yang kita akan bincangkan dalam artikel ini.
Banyakkan bersabar, dan teruskan pembacaan ya.
 
2.1 Definisi dan skop kerja ghostwriter Ghostwriter adalah seorang penulis yang menulis dan mencipta kandungan tertentu bagi pihak klien, dan kredit diberikan sepenuhnya atas nama klien tersebut. Sebagai timbal balik, penulis akan dibayar sejumlah bayaran yang dipersetujui apabila berjaya menyelesaikan tugasan tersebut.
 
Matlamat ghostwriter adalah untuk menghasilkan bahan atau karya penulisan yang menyamai suara dan gaya asal klien.
 
Klien mendapatkan khidmat ghostwriter kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan lain dan tak ada masa untuk menghasilkan karya penulisan mereka sendiri.
 
Dalam situasi ini, adalah lebih baik untuk dia mengupah ghostwriter untuk menulis bagi pihaknya.
 
2.2 Kelebihan dan kekurangan menjadi ghostwriter Kalau nak jadi ghostwriter, kita perlu tahu, apakah kelebihan dan kekurangan profesion tersebut terlebih dahulu. Bila kita sedar perkara ini, tidaklah nanti kita merasa menyesal sebab terjun masuk dalam bidang ini.
 
Kelebihan menjadi penulis ghostwriter Kita mulakan dengan melihat apakah kelebihan bekerja sebagai seorang ghostwriter.
 
 
(1) Jana pendapatan melalui skil penulisan anda
Kelebihan yang paling ketara adalah penulis ghostwriter berupaya untuk buat duit menerusi kerja-kerja penulisan yang dilakukan.

Kita hanya perlu fokus dengan kerja-kerja menulis sahaja. Aspek seperti penerbitan karya, pemasaran untuk dapatkan pembaca, itu semua bukan dibawah tanggungjawab kita.
 
(2) Anda boleh dapatkan pengalaman bekerja untuk beberapa projek yang berbeza
Sebagai penulis, agak jarang untuk kita dapat projek menulis topik yang sama berulang-ulang kali.
 
Setiap projek yang bakal kita perolehi, selalunya ada perbezaan dengan projek sebelum ini. Jadi, kita boleh lihat ini sebagai satu kelebihan apabila kita tak perlu buat perkara yang rutin.
 
Setiap projek baru yang kita perolehi adalah peluang untuk kita dapatkan pengalaman baru juga.
 
(3) Peluang untuk belajar dari pelbagai klien dan industri berbeza
Anda juga bakal bekerja untuk klien yang berbeza, lalu memberikan anda peluang untuk mengenali klien anda dengan lebih rapat, dan belajar banyak perkara dengan mereka.
 
Biasanya kita juga akan lebih memahami tentang industri dan bidang dimana klien kita berada.
 
Ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk kita bina networking dengan kenalan dari pelbagai latar belakang.
 
(4) Masa kerja dan lokasi bekerja yang fleksibel
Anda bebas untuk memilih masa kerja yang sesuai dengan anda. Sama ada anda ingin bekerja dari rumah, atau bekerja dari mana-mana tempat yang anda selesa, semuanya terpulang pada anda.
 
Apa yang penting, anda boleh siapkan kerja mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pelanggan.
 
(5) Anda boleh meluahkan kreativiti tanpa mendedahkan identiti anda

Bagi sesetengah penulis, menjadi satu kepuasan bagi dirinya apabila dapat menghasilkan karya penulisan yang terbaik dan disukai oleh pembaca.
 
Tak kiralah walaupun dia tak menerima kredit dari karya tersebut, dan tiada siapa yang tahu dia merupakan penulis asal yang menghasilkan karya tersebut. Bagi dia, dapat meluahkan kreativiti yang ada dalam diri itu lebih utama.
 
(6) Tak perlu fikir tentang kerja-kerja pemasaran untuk dapatkan pembaca
Fokus kerja kita adalah menulis sahaja. Tak perlu susah-payah nak menjual atau nak dapatkan pembaca untuk baca hasil karya kita.
 
Ini berbeza kalau kita menulis untuk diri sendiri.
Kitalah penulis.
Kita juga kena buat marketing untuk dapatkan pembaca.
Kita kena fikir cara terbaik untuk buat duit melalui karya penulisan yang telah kita siapkan.
 
Kekurangan menjadi penulis ghostwriter Seterusnya, mari kita akan bincangkan pula, apakah kekurangan menjadi seorang ghostwriter.
 
(1) Anda tak boleh mengambil kredit dan pengiktirafan atas hasil kerja anda
Karya yang anda hasilkan, 100% milik pelanggan anda, walaupun pada hakikatnya anda yang bertungkus-lumus untuk menyiapkannya.
 
(2) Anda perlu berhadapan dengan konflik dan etika
Ada masanya kita rasa sayang dengan hasil kerja kita. Bila kita tulis untuk orang lain, hasilnya terasa sangat bagus. Tapi bila menulis untuk kegunaan sendiri, kenapa rasa biasa-biasa sahaja?
 
Kita rasa seperti hasil kerja kita ini terlalu bagus dan tak wajar untuk diserahkan begitu sahaja. Kalau boleh kita mahu simpan ia menjadi karya kita sendiri, dan tukarkan dengan karya penulisan yang baru untuk klien.
 
Siapa yang biasa menulis, boleh faham kadang-kadang idea itu susah nak datang, dan bila ia datang, terasa sayang untuk berikan begitu sahaja untuk orang lain.
 
Konflik seperti ini akan selalu muncul dan bermain dalam diri.
Hinggalah sampai satu tahap, anda benar-benar telah menjadi ghostwriter profesional.
Konflik seperti ini akan jadi lebih mudah untuk ditangani.
 
(3) Anda perlu melepaskan gaya penulisan anda
Ghostwriter yang bagus, mampu untuk menulis mengikut gaya bahasa dan style penulisan klien yang mengupahnya.
 
Walaupun gaya penulisan anda mungkin lebih baik dari klien anda, anda perlu ikut gaya penulisan klien anda.
 
(4) Ada dateline yang perlu anda penuhi
Kalau kita jadi penulis bebas dan menulis untuk kegunaan sendiri, biasanya kita tak mempunyai dateline yang ketat untuk dipenuhi. Apa yang penting, kerja kita berjaya disiapkan.
 
Tapi berbeza halnya kalau kita menulis untuk orang lain. Kita perlu ikut masa yang ditetapkan oleh klien kerana mereka juga ada matlamat penerbitan mereka sendiri.

Jika anda seorang yang sukar untuk menepati masa, atas sebab-sebab tertentu, anda mungkin akan merasakan kerja sebagai ghostwriter ini terlalu mencabar. Bukannya susah sebab kena menulis, tetapi susah sebab kena ikut masa yang orang lain tetapkan.
 
(5) Anda hanya dibayar sekali sahaja
Anda akan menerima bayaran sekali sahaja sepanjang projek tersebut berjalan. Bab bayaran ini, agak subjektif.
 
Ada penulis yang meletakkan syarat untuk bayar deposit, dan bayaran penuh dibuat setelah projek siap dijalankan.
Ada penulis yang meletakkan syarat untuk dibayar secara berperingkat mengikut peratus projek siap.
 
Sebagai penulis, kita juga perlu duit untuk meneruskan kehidupan.
Kalau projek tersebut perlukan masa yang lama untuk siap, misalnya mengambil masa 3 – 4 bulan, tak kan dalam tempoh masa tersebut kita langsung tak menerima sebarang bayaran?
 
Mungkin ada yang akan kata, penulis yang cekap dan berpengalaman sepatutnya boleh buat beberapa projek penulisan dalam satu masa. Ya, itu kalau penulis yang dah cekap.
 
Tapi kalau penulis yang kurang berpengalaman, dia akan ambil satu projek, lalu dia akan berikan tumpuan sepenuhnya supaya dapat hasilkan karya yang berkualiti tinggi.
 
Apabila projek siap, baru dia akan menerima bayaran penuh.
Kemudian dia perlu dapatkan projek baru, dan begitulah seterusnya.
 
Ghostwriter tak ada peluang untuk dapatkan pendapatan berulang dari karya yang dihasilkan, kerana karya tersebut akan menjadi hak milik klien sepenuhnya.
 
Katakanlah, projek tersebut adalah projek penulisan buku dan apabila telah siap sempurna, ia berjaya menghasilkan jualan 100,000 unit naskhah. Anda tak boleh menerima sebarang royalti dari hasil jualan tersebut.
 
(6) Stres dan kesunyian
Kerja sebagai penulis, kita perlukan suasana yang tepat supaya idea dan ilham dapat mengalir dengan baik. Tapi kerja seperti ini, kadang-kadang kita akan merasa sunyi.
 
2.3 Aspek perundangan dan etika berkaitan ghostwriter Seorang penulis perlu mempunyai perjanjian dan kontrak dengan klien yang mana penulis bersetuju untuk melepaskan haknya sebagai penulis asal bagi karya yang dihasilkan dan sebagai ganti, dia akan menerima bayaran upah bagi hasil kerja tersebut.
 
Dalam kontrak yang sama, ada klausa yang menghalang penulis untuk mendedahkan dirinya terlibat dalam projek menghasilkan karya penulisan tersebut.
 
Hal ini mengundang persoalan, adakah beretika bagi seseorang itu mengaku bahawa karya tersebut adalah milik dan hasil kerjayanya, sedangkan orang lain yang menulis bagi pihaknya?
 
Ibarat seperti seorang pelajar yang menghantar assignment kepada pensyarahnya, sedangkan satu apa pun dia tak tulis. Sebaliknya orang lain (ghostwriter) yang menulis bagi pihak pelajar tersebut.
 
Bila kita faham, kerja ghostwriter ini sebenarnya lebih berkait rapat dengan aspek komersil, bukannya dalam aspek perundangan, atau untuk menipu atau memperdayakan mana-mana organisasi mahupun individu, mungkin kita boleh katakan disitu terdapat sedikit kelonggaran.
 
2.4 Jenis dan projek ghostwriting Konsep ghostwriting ini, adalah kita menulis bagi pihak pelanggan dan meniru gaya penulisan klien sepenuhnya, seolah-olah klien itu sendiri yang membuat kerja penulisan tersebut.
 
Bila kita faham konsep ini, maka bolehlah kita bayangkan antara jenis projek yang boleh kita ambil adalah seperti
1. Penulisan buku
2. Penulisan blog
3. Penulisan ebook
4. Penulisan artikel
5. Penulisan posting media sosial
6. Penulisan teks ucapan
7. Penulisan lirik lagu
8. Penulisan skrip drama atau filem
 
Daripada senarai contoh projek penulisan ghostwriting yang saya senaraikan diatas ini, mana satu yang anda berminat untuk lakukan?
Kalau saya secara peribadi, saya lebih cenderung untuk buat penulisan artikel dan blog, memandangkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu artikel adalah lebih pendek berbanding menyiapkan sebuah buku.

Jika anda merasakan projek penulisan buku itu terlalu berat, mungkin boleh bermula dengan projek menulis artikel atau menulis di blog. Biasanya jumlah perkataan yang perlu ditulis tidak terlalu besar, iaitu sekitar 1,000 – 3,000 patah perkataan sahaja.
 
Mulakan dengan projek-projek penulisan berskala kecil terlebih dahulu sebelum menerima projek yang besar.
 
2.5 Amalan baik dan SOP ghostwriter “Saya minat nak jadi seorang ghostwriter, tapi apa yang saya perlu buat?”
Ini antara perkara yang patut anda lakukan.

1. Mulakan kerjaya anda sebagai penulis bebas
Atau nama lainnya sebagai seorang freelancer. Pada waktu ini, anda perlu hasilkan seberapa banyak karya penulisan kerana ianya akan dijadikan sebagai portfolio yang menonjolkan bakat anda dalam bidang penulisan.
 
2. Lakukan temubual terhadap klien anda
Ini merupakan proses yang penting bagi mengetahui cara klien anda bercakap, cara dia menulis, dan juga matlamat yang beliau cuba capai.
 
3. Jadi fleksibel
Besar kemungkinan, anda perlu lakukan pembetulan, atau klien akan meminta anda menukar beberapa ayat, perenggan atau keseluruhan bab yang dirasakan tak sesuai.
 
4. Menjaga kerahsiaan
Anda perlu rahsiakan projek penulisan yang anda terima. Pastikan tiada siapa yang tahu, bahawa anda adalah penulis sebenar bagi karya tersebut.
 
2.6 Skill yang diperlukan untuk berjaya sebagai ghostwriter Menjadi penulis ghostwriter sebenarnya mampu memberikan pendapatan yang lumayan, kepada penulis yang mempunyai keupayaan untuk menulis mengikut suara dan gaya bahasa klien tersebut.
 
Ada beberapa skill yang perlu anda kuasai, antaranya adalah seperti
 
(1) Berkebolehan meniru suara dan gaya klien
Besar kemungkinan klien anda adalah seorang individu yang sudah banyak menghasilkan karya penulisan, sama ada buku atau artikel pendek. Mereka juga mempunyai pembaca setia.
 
Kalau anda ingin menawarkan diri untuk menjadi ghostwriter bagi pihak individu ini, anda perlu ada kemahiran untuk meniru suara dan gaya penulisan penulis tersebut.
 
(2) Kajian dan pembacaan
Anda juga perlu ada kemahiran dalam proses mencari maklumat, membuat kajian sendiri dan mencari sumber yang boleh dipercayai apabila mempersembahkan suatu idea dalam penulisan.
 
Pastikan juga karya penulisan anda adalah original dan bukannya hasil plagiat kerja keras penulis lain.
 
(3) Kepakaran dalam sesuatu bidang
Anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan.
Ada perlu ada kemahiran untuk meniru gaya dan cara penulisan orang lain.
 
Selain itu, anda juga perlu ada kepakaran dalam bidang yang bakal anda tulis.
Sebabnya kalau anda tak ada kepakaran atau tak berapa familiar dengan topik yang bakal ditulis, ini akan menjadikan kerja-kerja penulisan anda nanti kurang berkualiti.
 
Misalnya, anda tak ada kemahiran dan kepakaran dalam bab kewangan.
Tapi anda ingin tawarkan diri menulis dalam topik tersebut.
Agak-agaknya, hasil akhir nanti bagaimana bentuknya?
 
(4) Sistematik dan well organize
Bila anda mula bersedia untuk menerima job penulisan, anda perlu jadi seorang yang sistematik, pandai menguruskan masa, mampu untuk menyiapkan kerja sebelum tarikh akhir dan cekap dalam mendapatkan projek atau job baru.
 
Kerja sebagai ghostwriter ini, tanggungjawabnya bukan sekadar menulis.
 
Jika anda bergerak secara solo, atau freelance, anda juga bertanggungjawab untuk buat kerja-kerja marketing dan dapatkan job.
 
(5) Berkeyakinan tinggi
Anda perlu yakin dengan skil penulisan anda dan berani untuk mendekati bakal pelanggan dan meyakinkan mereka untuk mengambil servis penulisan dari anda.
 
Kebiasaannya, tawaran kerja atau projek penulisan ini tidak akan datang dengan sendirinya. Anda perlu cari, dan berunding dengan bakal pelanggan untuk mengambil khidmat penulisan dari anda.
 
Tapi kalau anda merupakan seorang penulis yang berpengalaman, sudah banyak hasilkan kerja yang bernilai tinggi, tak mustahil untuk klien yang datang mencari anda, bukan sebaliknya.
 
(3) Kenalpasti niche dan target market Langkah ketiga adalah mengenalpasti niche, bidang atau topik yang anda ingin fokuskan.
 
Fokus pada satu atau hanya beberapa niche dapat membantu anda untuk membuat kajian yang lebih mendalam mengenai peluang yang wujud dalam industri tersebut, keperluan, keutamaan bakal pelanggan dan cara yang terbaik untuk mempamerkan kepakaran anda.
 
Anda perlu mempunyai kepakaran yang sama atau hampir serupa dengan bakal pelanggan supaya lebih mudah untuk anda faham apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh bakal pelanggan anda.
 
Kalau anda ingin menjadi penulis buku berkaitan undang-undang, anda sendiri perlu ada pengetahuan tentang undang-undang.
Jika anda ingin menjadi penulis buku yang khusus dalam topik keagamaan, anda juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi.
 
Ia bukan sekadar perlu pandai menulis dan minat menulis.
Anda juga perlu ada kepakaran dalam bidang yang bakal anda tulis.
 
Dalam mengenalpasti niche ini, ada perkara lain yang anda perlu lakukan iaitu
 
1. Kenalpasti siapakah pelanggan ideal anda
Bukan semua orang memerlukan khidmat ghostwriter. Itu kita sedia maklum.
 
Justeru, adalah mustahil untuk kita berharap agar semua orang akan datang kepada kita dan tawarkan kita job. Sebaliknya, kita yang perlu kenalpasti, siapakah dia pelanggan yang menepati kriteria yang kita mahukan.
 
2. Buat kajian terhadap niche anda
Dalam kajian mengenai niche ini, kita cuba dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai jenis konten ataupun bahan penulisan yang telahpun diterbitkan.
 
Bahan penulisan disini boleh jadi dalam bentuk buku, artikel blog ataupun posting di media sosial.
 
Kalau nak buat kajian tentang buku, anda boleh gunakan sahaja laman web milik usahawan yang menjual buku, seperti di bookcafe, popular, mph bookstore, kinokuniya, lazada, shopee, PG Mall dan sebagainya.
 
Gunakan sahaja fungsi search bar untuk mengetahui sama ada wujud ataupun tidak buku yang berkaitan dengan niche pilihan anda.
 
Manakala artikel blog, anda boleh buat carian menggunakan laman enjin carian seperti Google, Bing ataupun Yahoo.
 
Sekiranya bahan penulisan masih agak kurang dalam niche tersebut, ini merupakan peluang anda untuk menjadi antara yang terawal untuk menulis secara konsisten dalam niche tersebut.
 
3. Perhatikan apa yang penulis lain lakukan
Jika anda kenal mana-mana penulis yang turut menawarkan servis yang sama seperti yang anda tawarkan, anda boleh perhatikan apa yang mereka lakukan, dalam usaha mereka untuk mendapatkan job penulisan.
 
Boleh jadi ada beberapa cara yang mereka buat, yang anda boleh tiru,
 
4. Tentukan unique selling proposition (USP) kita
Ini merujuk kepada tawaran unik yang hanya kita sahaja mampu berikan, dan tak akan dapat diperolehi ditempat lain. Penulis lain pun tak mampu nak berikan seperti yang kita mampu tawarkan.
 
Dengan melakukan langkah-langkah ini, In Shaa Allah anda dapat meletakkan diri anda di tempat yang lebih baik berbanding orang lain.
 
(4) Wujudkan portfolio dan bina reputasi Langkah keempat adalah membina jenama, reputasi dan portfolio untuk rujukan bakal klien anda.
 
Sebelum klien nak dapatkan khidmat penulisan dari anda, mereka ini biasanya nak tengok dulu hasil kerja yang pernah anda hasilkan sebelum ini. Atau dengan kata lainnya mereka ingin lihat portfolio anda.
 
Oleh kerana anda terikat dengan perjanjian untuk tidak mendedahkan penglibatan anda dalam projek bersama klien sebelum ini, maka anda tak bolehlah sesuka hati beritahu yang karya sekian-sekian adalah hasil kerja anda.
 
Sebaliknya apa yang anda boleh lakukan adalah
i. Bina blog dan hasilkan konten anda secara konsisten
Konten blog ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Ia sepatutnya dapat menonjolkan skil penulisan anda kepada pembaca dan juga kepada mereka yang berpotensi untuk menjadi klien anda.

ii. Minta klien yang berpuas hati dengan khidmat anda untuk memberikan testimoni
Dapatkan testimoni dari klien yang pernah mendapatkan khidmat penulisan dari anda. Berikan panduan kepada klien anda mengenai cara penulisan testimoni yang anda mahukan.
 
Testimoni tersebut perlulah mengetengahkan perkara-perkara seperti skil penulisan, kualiti kerja, disiplin dan hasil akhir yang telah disiapkan.
 
Jika anda tak berikan panduan tentang cara tulis testimoni yang anda harapkan, anda mungkin akan dapat testimoni yang terlalu ringkas seperti
“senang bekerjasama dengan penulis…”
“saya puas hati…”
“terbaik…”
 
Testimoni seperti itu, walaupun ianya positif namun tak cukup kuat untuk kita guna bagi tujuan meyakinkan bakal klien.
 
(5) Dapatkan job penulisan Besar kemungkinan, tawaran kerja sebagai ghostwriter ini tak akan datang dengan sendirinya.
 
Anda perlu buat sesuatu, untuk dapatkan kerja.
 
Boleh ataupun tidak, kita buat permohonan untuk dapatkan kerja sebagai ghostwriter?
Persoalannya, kita nak buat permohonan dekat mana dan dari siapa?
 
Setakat yang saya tahu, buat masa ini kita di Malaysia masih belum ada sebuah platform yang menghimpunkan peluang kerja sebagai seorang ghostwriter.
 
Mereka yang minat nak jadi ghostwriter, perlu mencari sendiri peluang untuk dapatkan job ini. Dia perlu hubungi sendiri mana-mana individu atau syarikat yang berpotensi untuk dijadikan klien.
 
Satu lagi, bukan semua ghostwriter bergerak secara solo. Ada antara ghostwriter di Malaysia yang bergerak secara kumpulan dan membentuk komuniti. Apabila mereka memperolehi job, peluang tersebut hanya dibuka kepada komuniti mereka ini sahaja.
 
Itulah sebabnya penting untuk anda menyertai komuniti penulis, bagi mengetahui peluang-peluang yang mungkin tersedia, yang hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja.
 
Kadang-kadang, anda tak dapat sebarang tawaran kerja, bukan sebab anda tak pandai atau skil penulisan yang kurang bagus, sebaliknya ia berpunca daripada orang tak tau mengenai kewujudan anda.
 
(6) Kolaborasi dengan klien dan bina networking Setelah anda berusaha untuk dapatkan job penulisan, akhirnya ada klien yang berminat untuk dapatkan khidmat penulisan dari anda. Tahniah saya ucapkan!
 
Maka bermulalah fasa untuk anda lakukan kerjasama dan berkomunikasi dengan cara yang baik bagi menyiapkan projek penulisan tersebut.

Hubungan yang terbentuk antara anda dengan klien adalah hubungan profesional. Jadi anda perlu faham apakah matlamat sebenar yang ingin dicapai oleh klien anda.
 
Boleh jadi anda adalah seorang penulis yang berpengalaman.
Anda mempunyai skil penulisan yang berkali ganda lebih hebat berbanding klien anda.
 
Tapi itu semua tak penting dan tak bermakna, jika anda gagal memenuhi expectation klien anda.
 
Maka anda perlu jelas dengan melakukan perkara seperti ini
 
1. Bina hubungan profesional yang jelas
Wujudkan peraturan yang jelas dan mudah untuk difahami, yang merangkumi aspek seperti kesediaan anda untuk berhubung, masa kerja, tanggungjawab anda sebagai penulis, kerjasama dari klien, input untuk bahan penulisan dan juga kredit atau penghargaan yang anda harapkan dari klien.
 
Ada ghostwriter yang akhirnya menjadi penulis bersama, dan namanya dipaparkan pada karya penulisan.
Ada ghostwriter yang kekal sebagai ghostwriter tanpa sebarang kredit.
 
Berkenaan dengan input dan bahan-bahan rujukan, kebiasaannya ia menjadi tanggungjawab klien untuk bekalkan semua perkara tersebut.
 
Jika projek buku tersebut adalah penulisan biografi, klien perlu berikan kerjasama sepenuhnya jika diminta untuk diadakan sesi temubual (interview).
 
2. Fahamkan apakah expectation klien anda
Tanya soalan mengenai matlamat yang ingin dicapai, siapakah audiens bagi karya tersebut, apa mesej yang ingin disampaikan, suara, gaya bahasa, tona dan sebagainya.
 
Jika klien anda juga merupakan seorang penulis yang biasa menghasilkan karya penulisan, anda perlu ada salinan karya penulis tersebut.
 
Paling penting, jangan memandai-mandai dan berlagak seolah-olah anda tahu apa sebenarnya yang mahu dicapai oleh klien tersebut.
 
Sebaik-baiknya dalam setiap sesi temubual, anda rakam untuk rujukan masa akan datang.
 
3. Sentiasa berikan update
Berikan perkembangan terkini mengenai perkembangan projek penulisan tersebut. Jika projek ini mengambil masa yang panjang, mungkin boleh berikan kemaskini perkembangan terkini setiap 3 hari untuk makluman klien anda.
 
Jadilah seorang penulis yang mudah untuk berurusan dengan klien anda. Tinggalkan impression bahawa anda adalah seorang yang mudah untuk berurusan dan klien puas hati serta selesa apabila mendapatkan khidmat penulisan dari anda.
 
Langkah ini penting bagi membina kepercayaan dan hubungan yang baik dengan klien anda.
 
Klien yang berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja anda, biasanya tak keberatan untuk dapatkan khidmat anda semula dimasa akan datang atau memberi referral kepada anda.
 
(7) Hasilkan karya penulisan yang berkualiti tinggi untuk klien Langkah yang ketujuh pula adalah merupakan fasa untuk menghasilkan karya penulisan yang berkualiti untuk klien anda.
 
Anda telahpun menemubual klien anda pada langkah yang sebelum ini.
Anda juga telah meminta bahan dan input yang diperlukan untuk kerja penulisan.
 
Maka kini masanya untuk anda mula menulis dan wujudkan karya tersebut dari sekadar idea kepada satu bentuk yang nyata.

(1) Ikut garis panduan yang telah diberikan
Pastikan anda ikut jenis, format, panjang, gaya penyampaian, dateline dan lain-lain hal yang berkaitan dengan projek penulisan tersebut.
 
Ikut seperti mana yang dimahukan oleh klien anda. Kalau ada mana-mana bahagian yang anda kurang setuju, anda boleh beri pendapat, tapi akhirnya, anda kena ikut seperti mana yang dimahukan oleh klien anda.
 
Anggap sahaja itu memang trademark unik klien anda.
Anda tak perlu nak ubah apa-apa walaupun anda tahu ada cara lain yang lebih baik.
 
(2) Buat kajian yang mendalam dan temubual yang secukupnya
Buat kajian yang secukupnya sebelum terus menulis. Jika ada mana-mana fakta atau informasi yang anda kurang yakin, semak kesahihannya terlebih dahulu.
 
Jika anda memetik cerita atau informasi dari sumber temubual, pastikan anda beritahu dari mana dan dengan siapa temubual tersebut dijalankan.
 
Nyatakan sumber dengan jelas dan elakkan melakukan plagiat.
 
(3) Hasilkan karya yang berkualiti dan original
Pastikan karya penulisan kita jelas, ringkas dan menyamai gaya penulisan klien kita.
 
Pada masa yang sama, kita juga perlu pastikan penulisan kita menarik, mempunyai nilai ilmiah, bermanfaat dan tak meleret-leret dengan penggunaan ayat yang tak perlu.
 
Apa yang anda bakal tulis, mungkin sudah ada orang lain yang tulis sebelum ini.
Mesej yang anda cuba sampaikan juga, mungkin sama atau lebih kurang sama seperti yang pernah dihasilkan oleh penulis sebelum anda.
 
Namun, apa yang menjadikan karya anda lebih baik dan lebih menarik berbanding karya penulisan sedia ada?
Jawapannya adalah dari segi gaya dan cara penyampaian.
 
(8) Edit dan semak hasil kerja Langkah yang kelapan adalah kita lakukan semakan untuk mencari kesalahan dari segi penggunaan ayat, ejaan, fakta dan sebagainya.
 
Sekiranya anda temui apa-apa kesalahan, inilah masanya untuk buat pembetulan.
 
Jangan buat pembetulan pada masa yang sama anda mula menulis. Ini hanya akan melambatkan kerja-kerja penulisan yang anda lakukan. Sebaliknya, tulis dulu hingga siap keseluruhan karya, kemudian baru semak semula untuk buat kerja-kerja editing.
 
Pada masa ini barulah kita keluarkan mana-mana ayat yang tak perlu atau meleret-leret.
Atau kita tambah mana-mana bahagian yang terlalu ringkas penerangannya.
 
(9) Hantar hasil kerja dan dapatkan bayaran Pada tahap ini, anda sepatutnya sudah berjaya siapkan karya penulisan seperti mana yang dimahukan oleh klien anda. Jadi ini adalah masanya untuk anda hantar hasil kerja tersebut dan terima bayaran penuh.
 
Pada asasnya, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu siap sedia.
 
1. Hantar hasil kerja anda
Pastikan anda hantar hasil kerja sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan. Jika anda boleh siapkan lebih awal, itu lebih baik. Kalau kerja boleh siap awal, anda boleh mula dapatkan projek lain pula.
 
Pastikan hasil kerja anda itu menepati kriteria dan spesifikasi yang dimahukan oleh klien anda. Jika ada permintaan untuk buat penambahbaikkan, ikut sahaja.
 
2. Siap sedia dengan dokumen invois anda.
Dokumen ini penting untuk tujuan percukaian kelak. Saya kurang arif dengan aspek serta undang-undang percukaian dinegara kita, jadi kalau anda mempunyai banyak soalan mengenai hal ehwal cukai, saya syorkan anda dapatkan nasihat dari pegawai cukai atau akauntan bertauliah.
 
3. Ucapkan terima kasih dan minta referral
Ucapkan terima kasih kepada klien tersebut atas kesudian mereka mendapatkan khidmat penulisan dari anda. Ambil peluang ini untuk meminta mereka menulis testimoni dan referral atau reccomendation untuk job penulisan akan datang.
 
Ikut pengalaman saya yang lalu, lebih mudah untuk dapatkan job dari klien yang pernah berikan job penulisan kepada kita, berbanding cari job baru dari bakal klien yang kita belum pernah kenal.
 
Cuba bina hubungan yang baik bersama dengan mereka yang pernah menjadi klien anda.
 
(10) Kembangkan networking dan upgrade skil penulisan Langkah ke sepuluh yang juga merupakan langkah terakhir dalam konteks perbincangan kita disini adalah mengembangkan rangkaian dan menaiktaraf skil penulisan.
 
Sebagai penulis, kita jangan cepat berpuas hati dengan hasil kerja dan pencapaian sedia ada. Kena ada rasa untuk terus upgrade diri.
 
(1) Kita cabar diri kita untuk terokai bidang yang baru
Sampai satu masa, bila kita asyik menulis topik yang sama sahaja, akan muncul rasa bosan juga. Itu tandanya kita perlu mula menerokai topik lain pula, bagi terus menaikkan semangat kita dalam bidang penulisan.
 
(2) Bina hubungan yang baik dengan penulis lain
Kita cuba berkenalan dan bina networking dengan ghostwriter lain yang ada diluar sana. Tak perlu nak anggap mereka ini sebagai pesaing yang perlu dijauhi atau dibenci.
 
Mereka ini boleh jadi satu komuniti yang saling memberi tunjuk ajar, tips, perkongsian projek, dan saling bertukar-tukar pengalaman atau klien.
 
Kerja sebagai penulis ini, kadang-kadang akan membuatkan kita rasa sunyi. Kita lebih banyak habiskan masa untuk bekerja seorang diri. Tapi sekali-sekala kalau dapat bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan penulis lain, ia sesuatu yang menyeronokkan.
 
(3) Belajar dari pengalaman yang telah anda lalui
Orang lain pun ada pengalaman yang mereka telah lalui. Sesetengah orang tak kisah pun untuk berkongsi pengalaman mereka.
 
Ada orang yang berkongsi pengalaman melalui penulisan.
Ada yang selesa berkongsi melalui seminar, kursus ataupun bengkel penulisan.
 
Cubalah cari kesempatan untuk sertai acara seumpama ini. Ia pasti akan memberi input positif buat anda.
 
Cari masa untuk baca buku, blog, artikel, mendengar podcast, ikuti rakaman seminar dan sebagainya.
Apa yang penting ialah teruskan mencari ilmu baru untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan diri sebagai ghostwriter.
 
Akhirnya, kita ingin menjadi seorang ghostwriter profesional!
 
Penutup Kebanyakkan langkah-langkah yang kita bincangkan dalam posting ini, walaupun ia mudah untuk dilakukan, namun sebenarnya ia perlukan masa untuk kita betul-betul nampak hasilnya.
 
Sebagai contoh, dalam langkah ketiga, kita ada bincangkan mengenai membina portfolio untuk dijadikan rujukan bakal pelanggan. Apa yang susahnya untuk bina portfolio hasil kerja kita selama ini?
 
Tak susah.
Tapi ia perlu masa untuk disediakan.
 
Kita kena bersabar.
Kita hasilkan karya penulisan yang benar-benar ada kualiti.
Kalau kita buat dengan ala kadar, siapa yang berani nak berikan kita job penulisan?
 
Dalam konteks buat duit dengan menjadi seorang penulis ini, setakat yang saya tahulah kan, tak ada lagi berlaku keadaan yang mana, hari ini kita decide nak jadi penulis, esok berebut-rebut klien berbaris untuk dapatkan khidmat penulisan dari kita.
 
Semuanya memerlukan masa.
 
Adakah anda telah bersedia untuk jadi seorang ghostwriter? Jika anda sudah bersedia untuk menjadi penulis, saya ada tawaran menarik untuk anda.
 
Sebuah panduan yang lengkap mengenai kerjaya sebagai ghostwriter ini adalah untuk anda. Dalam panduan ini, anda boleh pelajari
i. Strategi menulis proposal kepada syarikat penerbit untuk menerbitkan karya penulisan anda
ii. Langkah yang terbukti berkesan untuk mendapatkan klien bagi servis penulisan anda
iii. Cara kerja yang bersistematik sebagai penulis yang profesional

Semua ilmu premium ini anda boleh perolehi dengan memuat turun panduan ini.
 
Panduan tentang kerjaya sebagai penulis, ditulis khusus untuk mereka yang masih baru dalam bidang ini. Sama ada anda ingin belajar cara menjadi penulis blog, copywriter atau mungkin nak jadi ghostwriter, panduan ini untuk anda.
 
Kandungannya disusun dengan sistematik supaya memudahkan mereka yang masih baru untuk memahami konsep kerja sebagai penulis secara keseluruhan dan dapat memulakan karier mereka secepat yang mungkin.
 
Mulakan perjalanan anda sebagai penulis hari ini juga!
 
 
The post Cara menjadi penulis Ghostwriter dengan 10 langkah mudah appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-menjadi-ghostwriter/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Roti Sardin Gebu Dan Gerenti Menjadi

Resipi Mudah Roti Sardin Gebu Dan Gerenti Menjadi

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 230 hits
Kadang kadang rasa macam nak buat roti sendiri di rumah tapi takut tak menjadi pula dah memabazir bahan tu Tapi jangan risau dah Kalau ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M Salim ni pasti menjadi Resipi Roti Bun Sardin ni sangat mudah j...
Periuk Rentung Terlupa Tutup Api Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya Memang Berkilat

Periuk Rentung Terlupa Tutup Api Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya Memang Berkilat

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 239 hits
Musim perayaan ini periuk kuali harus dibersihkan sebersihnya sebelum disimpan kemas semula Namun periuk berkerak lagi lagi selepas hangus dan rentung dek kerana terlupa tutup api buat kita rasa down Memang payah hendak membersihkannya Tak ...
11 Cara Dan Tips Sejukkan Udara Dalam Rumah Secara Semulajadi Dengan Mudah Tanpa Keluar Modal

11 Cara Dan Tips Sejukkan Udara Dalam Rumah Secara Semulajadi Dengan Mudah Tanpa Keluar Modal

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 386 hits
Musim panas sekarang tak boleh nak dibawa berunding Pasanglah kipas banyak mana pun kalau dah bahang tu tetap bahang Betul betul duduk menghadap kipas pun terasa bahangnya Ibarat macam ditiup angin panas dan macam sauna pun ada Di platform ...
Anak Tak Nyenyak Tidur Sebab Panas Begini Cara Mudah Murah Sejukkan Rumah Memang Menggigil Sejuk

Anak Tak Nyenyak Tidur Sebab Panas Begini Cara Mudah Murah Sejukkan Rumah Memang Menggigil Sejuk

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 292 hits
Musim panas melampau dan jangkaan negara bakal dilanda El Nino pada bulan depan ini ada baiknya mak ayah mempersiapkan lebih awal untuk keselesaan anak anak Anak boleh jadi tidak tidur nyenyak di malam hari gara gara panas melampau Apa mak ...
Cara Membersihkan Kerak Pada Botol Susu Bayi Dengan Mudah

Cara Membersihkan Kerak Pada Botol Susu Bayi Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 187 hits
Memiliki bayi kecil bisa menjadi pengalaman yang sangat menyenangkan tetapi juga menantang Salah satu hal yang harus dilakukan setiap hari adalah membersihkan botol susu bayi Botol susu bayi harus dibersihkan dengan sangat hati hati untuk m...
Cara Mengatasi Blog Tidak Terindeks Google Dengan Mudah

Cara Mengatasi Blog Tidak Terindeks Google Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 286 hits
Blog Orang IT Cara ini bisa anda terapkan jika blog yang baru anda buat masih saja belum terindeks atau menampilkan pesan semacam error pengindeksan Normalnya ketika suatu blog sudah online dan dapat diakses dengan benar tidak perlu ada lan...
Cara Mudah Bisukan Grup Wa Agar Tak Mengganggu Aktivitas

Cara Mudah Bisukan Grup Wa Agar Tak Mengganggu Aktivitas

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 140 hits
Berikut adalah langkah mudah membisukan grup WA agar tak mengganggu aktivitas terutama saat mengerjakan pekerjaan
5 Cara Yang Mudah Dan Jelas Untuk Membezakan Antara Pepijat Berbanding Kutu

5 Cara Yang Mudah Dan Jelas Untuk Membezakan Antara Pepijat Berbanding Kutu

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 314 hits
Tahukah anda selain dari pepijat yang menyebabkan kegatalan pada badan bila anda bangun dari tidur ada satu lagi makhluk jahat yang mampu mendatangkan masalah sama Jika bukan pepijat anda berkemungkinan berhadapan dengan masalah kutu atau d...
Cara Mudah Raup Cuan Dari Sosial Media

Cara Mudah Raup Cuan Dari Sosial Media

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 307 hits
Perkembangan dan kemajuan teknologi khususnya dalam industri digital telah menjadikan sosial media sebagai aspek penting dalam kehidupan masyarakat Sosial media kini menjadi sarana multi fungsi baik dalam menjalin relasi mencari hiburan hin...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi