Cara Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Bayi Yang Penting Kuarantinkan Anak


Bila hadapi situasi anak batuk dan berkahak pasti ramai ibu bapa yang runsing lebih-lebih lagi jika anak dibawah umur 1 tahun. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menghilangkan batuk berlendir pada kanak-kanak. Di bawah antara salah satu soalan yang diajukan kepada doktor. Ikuti penjelasan Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad.
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”

Wa’alaikummussalam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.
Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.
Saya menasihatkan agar tidak membeli ubat-ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas atau kita tidak diberikan penerangan yang lengkap mengenai kesan dan manfaat ubat yang hendak diberikan kepada anak kita. Kebanyakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara ‘over-the-counter’ untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberikan kesan yang baik pada bayi kita.

Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa. Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?
Puan boleh melakukan perkara di bawah:
• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.
• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.
• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
• Jika anak puan mengalami batuk atau selesema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5kg.
• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas.
• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat.
Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH. Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.
Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik;
• Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.
• Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
• Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
• Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Cara Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Bayi, Yang Penting Kuarantinkan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-menghilangkan-batuk-berlendir-pada-bayi-yang-penting-kuarantinkan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Terpaksa Jawab Panggilan Penting Anak Mati Lemas Sembilan Jam Dibiarkan Dalam Kereta

Gara Gara Terpaksa Jawab Panggilan Penting Anak Mati Lemas Sembilan Jam Dibiarkan Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 369 hits
Seringkali kita dengar kes ibu bapa tertinggal anak didalam kereta sehingga ada yang meragut nyawa anak itu sendiri Kejadian sama yang berlaku di China apabila seorang kanak kanak berusia 4 tahun dipercayai mati lemas di tempat duduk belaka...
Cara Ampuh Mengatasi Sembelit Pada Bayi

Cara Ampuh Mengatasi Sembelit Pada Bayi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 372 hits
Sembelit merupakan salah satu masalah pencernaan yang dapat dialami oleh siapa saja tak terkecuali pada bayi Biasanya bayi yang mengalami sembelit akan menjadi lebih rewel dan sering menangis Hal ini dikarenakan bayi sulit buang air besar d...
Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 471 hits
Bila dah lama kahwin sebahagian besar rumahtangga jadi hambar Bebanan mencari duit karenah anak anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin Jemu menghadap muka Keluar makan pu...
Mak Dah Bagi Anak Kau Makan Tak Nangis Dah Akhirnya Bayi 25 Hari Meninggal

Mak Dah Bagi Anak Kau Makan Tak Nangis Dah Akhirnya Bayi 25 Hari Meninggal

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 439 hits
Pernah tak melalui pengalaman orang tua dengan selamba menyuruh anda memberikan bayi anda makan apabila dia tidak berhenti menangis Padahal usia si kecil tak sampai sebulan lagi Alasannya anak lapar sebab itu dia menangis Kalau zaman tok ne...
Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 496 hits
Happy wife happy life Bila isteri stres suami stres anak stres anak yang disusukan stres anak dalam kandungan juga stres Tapi bila suami stres keadaan rumah tangga kurang stres berbanding bila isteri stres Ia adalah kajian yang dilakukan ol...
Cara Menghilangkan Spyware Di Ponsel Android

Cara Menghilangkan Spyware Di Ponsel Android

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 352 hits
Jika ponsel andorid kamu sudah terkena virus spyware kamu wajib mencari cara menghilangkan virus spyware di ponsel android kamu Karena virus ini cukup berbahaya dan menyebalkan Kita sebagai pengguna sering kali tidak terlalu mempedulikan si...
8 Cara Menghilangkan Jerawat Punggung Secara Alami

8 Cara Menghilangkan Jerawat Punggung Secara Alami

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 269 hits
Cara menghilangkan jerawat punggung menjadi teka teki yang selama ini dicari oleh banyak orang
Rahim Diangkat Bagaimana Hukum Bayi Tabung Agar Punya Anak

Rahim Diangkat Bagaimana Hukum Bayi Tabung Agar Punya Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 607 hits
Senyumperawat com Mayoritas pasangan suami istri akan sangat menantikan hadirnya buah hati Semua itu merupakan salah The post appeared first on
Cara Jitu Mengatasi Kolik Pada Bayi

Cara Jitu Mengatasi Kolik Pada Bayi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 327 hits
Kolik merupakan gangguan kesehatan pada bayi yang membuat bayi terus menerus menangis tanpa henti dan tanpa sebab yang pasti Biasanya kolik ini terjadi pada malam hari saat si kecil tidur dengan lelap Meskipun hingga saat ini belum diketahu...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan