Basic Solat Berjemaah Yang Masih Ramai Tak Tahu


Basic Solat Berjemaah yang masih ramai tak tahu! | Siapa yang di sini selalu solat jemaah? Alhamdulillah baguih baguihh. Kalau keluarga saya, sejak kecil memang umi abi dah terapkan sembahyang berjemaah awal waktu dan didik kami sejak kecil lagi. Kalau abi pergi surau atau masjid, saya atau umi akan gilir gilir menjadi imam. Sebab tu dulu time matrik & universiti, saya selalu ajak kawan kawan (kadang kadang senior bilik satu aras pun saya ajak! hahaha) solat jemaah sekali. Sebab best tau! Pahala pun berlipat kali ganda. Cuma selalunya orang takut nak solat jemaah sebab takut kena 'tolak' jadi imam atau tak tahu sangat tentang cara cara dan basic solat berjemaah macam mana.
Betul tak?
asas solat berjemaah persoalan sembahyang jemaah
Saya faham. Dulu dulu, time saya baru berjinak jinak dengan selalu solat jemaah, bila ada situasi atau keadaan yang tiba tiba on the spot berlaku tapi tak tahu nak 'handle' macam mana. Contohnya imam buat kesilapan seperti lupa rakaat, imam baca kuat Al-Fatihah ketika sembahyang zohor/ asar.
Ataupun kalau kita terlambat 'masuk' dan imam sudah pun di rakaat kedua ataupun imam dah pun duduk tahiyat akhir, tapi kita tak sempat nak habiskan tahiyat tiba tiba imam dah beri salam.. so bagaimanakah? Nak teruskan atau errrr.... stop?
Haa benda benda ni semua kalau tidak tahu, sudah menjadi tanggungjawab untuk kita belajar. Tak tahu? Tanya orang yang lebih arif. Kalau malu, search je Google. Ada jawapan dari ustaz, ustazah atau mufti. Yang penting, jangan malu dan jangan rasa ego untuk belajar ilmu agama. Better late than never.
Okay lets!asas solat berjemaah persoalan sembahyang jemaah
JOM BELAJAR! (Asas) Basic Solat Berjemaah yang masih ramai tak tahu!
Ditulis oleh: Faisal Rahim - Amil Zakat | Web Developer | Stock Investor(twitter @acaiijawe)

Basic Solat Berjemaah dan persoalan berkaitan. Ramai masih keliru walaupun rajin ke masjid. 
Jangan ulangi kesilapan.
Basic solat berjemaah yang ramai masih tak tahu.
1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat.
2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai-pandai suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal (Mazhab Syafie)
Ada solat kat satu masjid, imam terlupa duduk tahiyat awal. Kemudian beliau berdiri. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah'.
Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk balik. Tiba-tiba Imam duduk balik. Terpaksa Mufarraqah.
Sebab tu ada sebut supaya yang kat belakang Imam tu kena orang yang berilmu. Bila Imam batal dan keluar solat, dia orang yang boleh gantikan Imam. Boleh juga tegur kesilapan Imam. Orang yang saf-saf belakang tu kalau boleh diam je.
Ada juga pengalaman berhenti kat satu surau, dah rakaat ketiga, tiba-tiba Imam batal ketika duduk antara dua sujud (kentut). Tiba-tiba semua jemaah bubar dan solat semula. 
Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Tak perlu ke depan tak mengapa.
Ada juga pengalaman kat masjid kampung sendiri ketika solat Asar, Imam berdiri selepas rakaat ke-4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah rakaat ke-5.
Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat.
Ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain sepatutnya tentang solat. Kalau membaca, tengok video mungkin tak sampai setengah jam. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.
Kalau dapat ikut kursus Solat Cara Nabi, ia lebih baik & bermanfaat. Bayar RM50 je sehari kursus.
Basmalah satu ayat dari Al-Fatihah satu khilafiyyah. Baca kuat Basmalah ketika Imam solat juga khilafiyyah.
Mazhab Syafie kena baca kuat. Jumhur ulama' baca perlahan basmalah. Jadi tak semestinya bila tak dengar imam baca basmalah, beliau tidak membacanya. WA.
asas solat berjemaah persoalan sembahyang jemaah
(Q&A) PERSOALAN BERKAITAN SEMBAHYANG BERJEMAAH
Soalan:salam. untuk no.2 kalau kita sebut subhanallah untuk ingatkan imam dia terlupa tahyat awal supaya dia boleh buat sujud sahwi boleh ke? or cara lain untuk buat imam ingat yang dia terlupa.
Jawapan:Kalau terlupa tahiyat awal, boleh lakukan sujud sahwi sebelum bagi salam ataupun selepas bagi salam. Ada hadis tentang tu.
Pernah tegur 'Subhanallah' kepada Imam dalam keadaan ini, Imam tu pergi duduk semula. Kalau Imam tu faham takde masalah.
Soalan :1. Imam terlebih rakaat, makmum tak perlu ikut. So makmum terus bagi salam ke? 
2. Mufarraqah tu apa?
Jawapan:
1. Makmum boleh tunggu imam kat tahiyat akhir dan bagi salam bersama imam (dapat berjemaah) atau terus bagi salam (dikira solat sendiri).
2. Mufarraqah : Tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama imam.
Soalan:Salam, nak tanya kalau solat berjemaah then imam baca surah yang kita tak hafal kita amin kan sahaja or ikutkan apa imam ikut bacakan?
Jawapan:Salam, dalam hadis ada sebut kalau Imam tengah baca surah, kita kena diam dan dengar. Itu tujuan Imam baca kuat.
Soalan:
Salam tuan...
Soalan saya kalau kita tengah solat sendiri dari awal then di antara rakaat solat tu ada makmum datang untuk solat berjemaah.. adakah perlu kita ubah niat kepada niat berjemaah lepas makmum angkat takbir (mean kena ubah niat jadi imam) #mohonpencerahan
Jawapan:
Salam, kalau lepas tu kita kuatkan suara maksudnya kita dah niat menjadi imam tu. Niat tu tak perlu lafaz, ia lintasan hati (tujuan kita lakukan sesuatu).
Soalan:Salam nak tanya, andai kata imam lupa tahiyat akhir tapi dia tidak duduk semula kiranya solat tu masih sah betul? And perlu ke buat imam buat sujud sahwi lepas tahiyat akhir?? Dan macam mana dengan makmum lain?
Jawapan:Kalau imam tak duduk semua sah solat semua jemaah. Imam kena buat sujud sahwi sama ada sebelum bagi salam ataupun selepasnya. Makmum kena ikut.
Soalan:Boleh ke kalau ade 2 imam dalam satu masa. 1 imam solat fardu. 1 lagi imam solat sunat? Mohon penjelasan. imam solat sunat start dulu . Pastu ada pulak orang buat imam baru untuk solat fardu kat kanan masjid.
Jawapan:Benda ni ada banyak keadaan dan hukum. Panjang nak huraikan. Secara asasnya ia dilarang sebab kelihatan memecahbelahkan kesatuan umat Islam.
Tapi ada qaul Syafie, kalau masjid tu di tepi-tepi jalan, pasaraya & seumpama dibolehkan sebab jemaahnya berganti datang (takde imam tetap).
Soalan:nak tanya, kalau saf terputus (satu saf tak penuh terus sambung saf belakang), adakah solat jemaah yang di saf terputus tu akan batal?
Jawapan:Tidaklah sampai membatalkan solat. Tapi kurang sempurna solat berjemaahnya kerana merapatkan saf itu salah satu dari kesempurnaan solat.
Soalan:Minta maaf, saya ingin bertanya bukankah sebenarnya kalau rakaat dilebihkan boleh kalau datangnya perasaan ragu-ragu atau was-was dalam solat? Dan bukankah kalau kurang rakaat tersebut baru terbatal? Ini hanya sekadaar pertanyaan sahaja terima kasih..
Jawapan:Kalau terlupa dan ragu-ragu takde masalah. 
Tapi kalau dah tahu secara pasti/ yakin terlebih rakaat memang tak boleh tambah lagi. Sebab bilangan rakaat solat dah tetap oleh syariat. Kita tak boleh ikut benda yang salah (kalau imam lebih rakaat).
Soalan:Salam, nak tanya kalau imam buat solat hajat tapi kita sebagai makmum niat solat duha, sebab kita taktau imam tengh solat apa. Bila imam sujud lama baru tahu tu solat hajat. So dikira solat saya sah ke tak? Mohon jawab.
Jawapan:Sah solat tersebut. Takde masalah. Dalam hadis sahih, sahabat ikut Rasulullah solat yang berlainan (solat fardhu tamam dan solat Qasar).
Soalan:Salam nak tanya. Macam mana kalau kita bermusafir. Dan singgah solat jamak/ qasr . Masa tengah solat tuh datang orang lain skali berjemaah dengan kita walhal dia tak tahu kita solat jamak/ qasar?
Jawapan:Salam, sebenarnya niat Imam dan Makmum tidak perlu sama. Asalkan perbuatannya sama, takde masalah.
Sama ada imam solat sunat, maklum wajib. Imam solat Asar, makmum solat zohor dan sebagainya. Imam juga tak semestinya perlu niat jadi imam. Makmum yang kena niat jadi makmum.
Soalan:kalau imam tambah rakaat pastu kita subhanallah imam duduk boleh kan?
Jawapan:Kalau Imam terlebih rakaat, memang dia kena duduk semula. Kalau dia teruskan kita tak boleh follow.

Moga bermanfaat!
Lagi satu yang saya nak tambah.. kalau kita jadi imam, jangan lah baca atau buat rukun solat (rukuk, sujud) tu cepat sangat tapi jangan lah lambat sangat pula. Bersederhana lah. Sebab kena fikir tentang makmum juga. Kang kalau cepat cepat sangat, takut jadi kelam kabut tak boleh nak follow dan tak tertib serta tokmaninah. Kalau lama lama sangat pula, takut makmum ada yang sudah pun berusia atau dah tua tak mampu nak bertahan.
Okay itu sahaja. Till next time, daa~ wassalam! :)
asas solat berjemaah persoalan sembahyang jemaah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sayidahnapisah.com/2020/12/basic-solat-berjemaah-yang-masih-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Masih Disunatkan Akikah Pada Bayi Yang Meninggal Dunia

Adakah Masih Disunatkan Akikah Pada Bayi Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 326 hits
Akikah merupakan salah satu hadiah terbesar daripada orang tua kepada anaknya dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu Ia adalah sebagai salah satu tanda syukur kita di atas kelahiran anak Hukumnya adalah sunat dan ia merupakan perbuatan...
Eur Usd Disember 15 Laporan Cot Kemenangan Rasmi Joe Biden Donald Trump Masih Tidak Menyedari Hasilnya Dan Akan Terus

Eur Usd Disember 15 Laporan Cot Kemenangan Rasmi Joe Biden Donald Trump Masih Tidak Menyedari Hasilnya Dan Akan Terus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 207 hits
EUR USD 1H Pada 14 Disember pasangan EUR USD cuba menyatukan di bawah garis arah aliran menaik namun ia gagal Oleh itu mod aliran menaik kebanyakan pedagang tetap ada dan proses pertumbuhan harga dapat diteruskan ke arah tahap pembetulan 26...
Anwar Masih Dengan Angka Yang Cukup

Anwar Masih Dengan Angka Yang Cukup

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 397 hits
Malam tadi Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 113 Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri RPK sejak menyebelahi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional ke rakan lamanya Dat...
Penularan Covid 19 Di Solo Tinggi Wali Kota Nilai Masyarakat Masih Abai Prokes

Penularan Covid 19 Di Solo Tinggi Wali Kota Nilai Masyarakat Masih Abai Prokes

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 226 hits
Rudy meminta kepada masyarakat agar aturan 3M tidak hanya dilakukan di luar rumah namun juga diterapkan di dalam keluarga Namun ia menyadari hal tersebut sulit di pantau pelaksanaannya Apalagi menyangkut urusan keluarga
Dilema Usia Menuju Akhir 20 An Tapi Masih Jauh Dari Kata Mapan Hmm Apa Itu Raih Kesuksesan

Dilema Usia Menuju Akhir 20 An Tapi Masih Jauh Dari Kata Mapan Hmm Apa Itu Raih Kesuksesan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 365 hits
Dulu sih penginnya usia 25 ke atas udah mapan punya mobil punya rumah bisa beli ini itu Jangan sedih baca dulu nih
Kamu Masih Akan Terus Rebahan Kalau

Kamu Masih Akan Terus Rebahan Kalau

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 229 hits
Kamu yang kaum rebahan pasti sering berpikir bahwa orang aktif memang aktif dari sananya sedangkan kamu memang kaum rebahan dari sananya Namun kamu harus tau bahwa pikiran tersebut akan membawa This is a content summary only Visit my websit...
Masih Ada Yg B L Tidak Matang Dalam Menilai Situasi Negara Dan Tunkuli Move

Masih Ada Yg B L Tidak Matang Dalam Menilai Situasi Negara Dan Tunkuli Move

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 268 hits
Faktor usia masih menjadi pertikaian hingga lupa soal hayat bukan gubahan manusia Hakikatnya ada nabi dan rasul umur mencapai ratusan tahun Apakah berumur itu tidak relevan Tolak korup bukankah itu satu ketaqwaan Apakah Tun dan Ku Li perlu ...
Idi Vaksin China Sinovac Masih Uji Klinik Tak Pantas Ditawarkan

Idi Vaksin China Sinovac Masih Uji Klinik Tak Pantas Ditawarkan

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 277 hits
Vaksinasi Covid 19 Sinovac kini dalam fase uji klinik di Bandung Jawa Barat Namun sudah ada rumah sakit yang menawarkan jasa vaksinasi ini dan Ikatan Dokter Indonesia menilai iklan tersebut tidak pantas karena masih tengah uji coba Ketua Sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba