Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah
assalamualaikum semua. harini aku nak kongsikan berkenaan logo halal. logo halal ni bukan hanya ada di malaysia, tapi diseluruh negara. cumanya kita ni tak berapa nak tahu sangat. jadi kalau korang melancong di negara luar dan terlalu was - was tentang sesuatu produk halal, korang boleh klik pautan; senarai badan pensijilan halal luar negara untuk mengetahui lebih lanjut
Logo Halal Malaysia
korang mesti biasa tengok logo halal kan? tapi korang pasti tak yang itu memang betul logo halal? hahhaa. benda pertama yang korang kena semak selepas dapat sesuatu produk ialah; logo halal. macammana nak kenal pasti yang tu sahih logo halal? 2 bintang kecil (5sudut) untuk mengasingkan perkataan Melayu dan Inggerisperkataan 'HALAL' di tengahcontoh nombor: MS1500:2019 (Nombor Standard Halal Malaysia yang berkaitan)1 200-05/200 (Nombor rujukan yang merangkumi klasifikasi pensijilan. 10 digit yang terakhir nombor rujukan fail pemohon)perkataan 'MALAYSIA' dalam bulatanperkataan 'حلال' dalam bahasa arab di tengah antara bintangperkataan 'ماليزيا' dalam bahasa Arabwajib ye ada yang nombor 3 tu. kalau kata produk tersebut hanya ada logo halal sahaja, ketahuilah bahawa produk itu cuma tampal sendiri logo halal. maksudnya produk mereka tak pernah mendapat pengiktirafan JAKIM!
Semak Produk di dalam Direktori Halal Malaysia
gambar depan
dekat atas ni, aku ada ambil gambar keropok super ring. cuba korang tengok gambar depan tu. aku ada bulatkan logo halal dan nombor siri. maknanya logo ini telah sah halal yang diiktiraf JAKIM ya. dah settle dan tak perlu runsing lagi.
gambar belakang
ada cara lain ke nak semak halal? ada. korang boleh klik pautan ini; halal direktori. okay nak kena buat apa? korang kena masukkan nama syarikat. korang pusing la keropok super ring tu bahagian belakang. aku dah siap bulatkan alamat.
Cara Semak Produk Guna Halal Direktori
masukkan nama syarikat dan klik logo 'carian'
untuk cari tahu mengeni super ring, aku masukkan nama 'oriental food'
keluarlah. tadaaaaa ~ sah halal ! sijil masih belum expired
nak tahu lebih lanjut, korang klik butang carian tu
kalau guna laptop/ pc, korang boleh klik butang ctrl + f. taip super ring
haaaa. nampak? masih belum tarikh luput. dah komfem halal! hahhha
kalau korang nak semak produk atau sesuatu benda yang lain, korang boleh lah klik 'sila pilih negeri' dan juga bahagian 'sila pilih kategori'. negeri tu boleh rujuk pada produk berkenaan. untuk mengetahui sesuatu kategori, korang boleh rujuk pautan ini; skim pensijilan halal
okay itu jelah aku nak kongsi. nanti aku kongsi benda lain pula. terima kasih kerana membaca
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/11/cara-mengenalpasti-logo-halal-malaysia.html