Potatoes Usa Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja


hai assalammualaikum
Potatoes USA Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja - Semua orang suka makan kentang. Macam-macam jenis resepi boleh buat dengan kentang. Macam nad, suka makan kentang U.S. Potatoes sebab banyak khasiat dan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan. Baru-baru ini Potatoes USA  menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang telah diadakan di Putrajaya pada hujung minggu lalu. 
Acara ini mendapat sambutan ramai dan disertai pelbagai ahli sukan. Acara yang sudah pun diadakan selama 16 tahun ini telah diiktiraf sebagai Kejohanan Asia bagi duatlon. Tahniah!



Potatoes USA Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja
Dalam pertandingan atau sukan kompetitif, terdapat unsur yang tidak kurang penting, malah mungkin lebih penting daripada kemahiran, iaitu kekuatan minda atau strategi. Dalam pada itu, penggiat kecergasan, pelari maraton dan ahli sukan tahu bahawa soal pemakanan juga perlu diambil kira untuk membantu mereka meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan. 
Kajian mendapati bahawa kentang A.S., yang penuh dengan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C, merupakan makanan berkhasiat yang boleh digunakan untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi sukan, sambil menggalakkan gaya hidup aktif. 


Potatoes USA  telah menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang telah diadakan di Putrajaya pada hujung minggu lalu



Di acara tersebut, Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang A.S. kepada lebih 4,000 ahli sukan lelaki dan wanita di reruainya. Peserta telah dibekalkan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas acara. 


Bukan itu sahaja, pada haritu, diedarkan tentang manfaat khasiat pemakanan kentang untuk meningkatkan prestasi. Bagus kan, sekurangnya orang ramai tau bahawa kentang ni sebenarnya banyak kebaikannya. 

Potatoes USA diwakili oleh dua ahli sukan dan pempengaruh Cik Ann Pow dan Cik Yen Chia, yang kedua-duanya sangat popular dalam arena lumba lari & berbasikal. Mereka telah menambah kentang A.S. dalam pemakanan mereka sebagai sumber bekalan karbohidrat dalam persediaan untuk menyertai kategori PowerMan Classic yang meliputi larian 10km – berbasikal 60km – larian 10km


Ann Pow memenangi tempat ke-2 dalam kategori PowerMan Classic. Ann yang berusia 26 tahun merupakan peserta Sukan SEA ke-31 yang diadakan di Hanoi pada bulan Mei tahun ini, dan juga acara Garmin Malaysia Marathon 2022 yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga seorang jurulatih peribadi dan menggemari sukan lumba lari dan basikal kompetitif dan sering turut serta dalam acara-acara maraton.  
“Aktiviti sukan yang memerlukan daya tahan seperti PowerMan banyak menggunakan simpanan glikogen otot. Saya biasanya mula menambah pengambilan karbohidrat dalam sesi latihan sehari atau dua hari sebelum perlumbaan. Sumber karbohidrat kompleks diperlukan dan kentang A.S. memberikan rasa kenyang serta perisa dan bahan boleh ditambah atau dikurangkan  bergantung kepada persediaan dan kaedah memasak,” jelas beliau. 

Seorang lagi atlet wanita yang mewakili Potatoes USA, Yen Chia, berjaya mendapat tempat ke-4 dalam kategori PowerMan Classic. Atlet berusia 32 tahun itu berkata “Kentang A.S. menjimatkan kos dan kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk menyertai perlumbaan yang sangat kompetitif. 
Kentang yang bebas gluten merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memastikan saya terus mendapat bekalan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa perlumbaan yang sengit dan panjang. Saya mengambil kentang A.S. untuk latihan, proses pemulihan dan juga pada hari perlumbaan!”.  Tambahan lagi, kentang A.S. lazat, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pelbagai cara,” ujar Yen



Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun lepas juga menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan

Menurut Nutrition Today, sebuah jurnal A.S., didapati bahawa diet yang seimbang dengan makanan semula jadi berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien mungkin paling sesuai untuk meningkatkan prestasi fizikal atlet elit dalam acara yang memerlukan daya tahan. 

Sejak nad tau banyak kebaikan tentang U.S.Potatoes, setiap resepi kentang nad menggunakan U.S. Potatoes. Nad suka sangat dengan U.S. Potatoes, bukan sahaja boleh dibuat pelbagai resepi, tapi rasanya yang sedap dan bagi tenaga dan mengenyangkan

Fakta penting tentang kuasa kentang:
26 gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan

620 Milligram Kalium – Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi

26 gram Karbohidrat - Kentang ialah karbohidrat berkualiti padat nutrien, penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum sebagai bahan api utama untuk otak dan sumber tenaga utama untuk otot

30% nilai Vitamin C harian – Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik, untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting). 
3 gram protein berasaskan tumbuhan – Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi

2 gram serat (7% nilai harian) – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama

110 Kalori untuk Tenaga – Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton. 
Bagus kan, banyak kebaikan U.S. Potatoes ni. Tengok pada nutrisi facts yang terkandung dalam kentang, itu sebab la ia menjadi pilihan atlet sukan dalam rutin pemakanan mereka. Mereka yang amalkan hidup sihat pun amalkan makan kentang ni

Untuk lebih lanjut boleh layari
Website ; https://uspotatogoodness.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/11/potatoes-usa-sertai-duatlon-powerman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung All New Oled Tv Now Opens For Registration Of Interest From 7 November To 20 November 2022 In Malaysia

Samsung All New Oled Tv Now Opens For Registration Of Interest From 7 November To 20 November 2022 In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 226 hits
Register now and be the first to know all about Samsung OLED TV the all new intelligent Smart TV with latest advancements in picture quality sound technology and design that delivers the most optimal viewing experience for all purposes from...
Jersi Baru Harimau Malaysia 2022 2024 Diperkenalkan Dengan Harga Rm299

Jersi Baru Harimau Malaysia 2022 2024 Diperkenalkan Dengan Harga Rm299

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 234 hits
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akan menggunakan jersi terbaru bagi musim 2022 2024 yang mana ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh pihak Nike Malaysia bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia Dengan bertemakan Demi Lencana Di Dada ...
Jadual Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2022

Jadual Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 337 hits
Kini sudah memasuki pusingan Suku Akhir bagi kejohanan Piala Malaysia 2022 dimana akan berlangsung pada 5 6 serta 11 12 November 2022 dengan melibatkan 8 pasukan yang masih bertanding Seperti yang diumumkan MFL sebelum ini format pertanding...
Honor Malaysia Appeared As Smart Device Partner Brand Of Media Prima Supernova Screening 2022

Honor Malaysia Appeared As Smart Device Partner Brand Of Media Prima Supernova Screening 2022

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 219 hits
HONOR Malaysia also teams up with Touch n Go to bring you Limited Touch n Go NFC Gift Set Global iconic tech brand HONOR appeared as a Smart Device Partner brand of the Supernova Screening 2022 organized by Media Prima to provide exclusive ...
Kami Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

Kami Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Seawal pagi SA dah temankan Mak Pah dan Pak Zain pergi mengundi di Kampung kami di Rantau NS Ye kedua2nya memang mengundi di sana Dalam hujan yang renyai renyai kami sampai tengok eh x ramai orang la agaknya sebab hujan kan ...
Jadual Piala Dunia 2022 Qatar Waktu Malaysia

Jadual Piala Dunia 2022 Qatar Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 453 hits
Original Content Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2022 Qatar FIFA World Cup merupakan satu acara sukan terbesar pada tahun 2022 Seperti semua sedia maklum bola sepak sememangnya merupakan sukan nombor 1 di dunia Ia juga menjadi peng...
Kre8tif 2022 Showcases Malaysia S World Class Digital Creative And Animation Talent

Kre8tif 2022 Showcases Malaysia S World Class Digital Creative And Animation Talent

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 233 hits
Malaysia Digital Economy Corporation the nation s lead digital economy agency under the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia returns with Kre8tif 2022 to empower the digital creative content industry driving the growth of the ...
Key Global Mncs And Top Local Companies Honoured In Superbrands Malaysia 2022 Awards

Key Global Mncs And Top Local Companies Honoured In Superbrands Malaysia 2022 Awards

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 256 hits
Special event a tribute to 27 strongest Malaysian brands Superbrands Malaysia 2022 celebrates its 14th edition and Superbrand has selected 27 brandsSuperbrands Malaysia 2022 celebrates its 14th edition and has selected 27 brands to pay trib...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni