Cara Mengenali Penagih Syabu


Syabu adalah dadah yang popular di masa kini dan membelenggu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive untuk mendapatkannya.

Gambar hiasan

Malangnya, ada tokan-tokan syabu ini yang sengaja memujuk mangsa untuk mencuba buat pertama kali agar mereka ketagih dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).

Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan. Harganya yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri.

Jadi, anda perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.

Tanda ketika awal kesan pengambilan syabu

Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang tinggi, menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama.

Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda.

Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka, namun ia hanya untuk seketika.

Tanda hujung-hujung kesan pengambilan syabu (di jalanan orang gelar sebagai 'kong')

Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata.

Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka.

Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang akan mengetap gigi, ada sesetengah akan membasuh muka kerapkali, ada sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka.

Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu.

Pada saat "kong" ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba.

Masa inilah tiba-tiba keluar kisah cinta lamalah, sedih dengan masyarakatlah, kawan-kawan aniaya dialah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.

Tanda-tanda fizikal

Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur.

Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam tempoh yang amat singkat.

Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung).

Kesan jangka masa panjang

Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh.

Ada juga kes dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun kakinya boleh patah.

Diantara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, penagih syabu yang 'extreme' ni boleh jadi gila terus.

Cerita kebiasaan berdasarkan pengalaman

Ramai penagih syabu ni sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali.

Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan mengaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu.

Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini dan pada ketika inilah anda boleh melihat bomoh dan pawang-pawang diluar sana diperbodohkan oleh penagih syabu.

Antara perkara yang patut diperhatikan

Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang dalam keadaan mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu tempoh tertentu, contohnya antara 4 ke 5 hari.

Lihat reaksi mereka kalau tiba-tiba aggresive lain macam, kena bagi 'extra care'lah nampak gayanya.

Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat 'topup' syabu dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab itu mengamuk adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah.

Hisap syabu menggunakan foil secara terus

Salah sangka dikalangan ibu bapa bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana terlalu sayangkan anak mereka.

Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar.

Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang baru), namun kalau sudah extreme agak susah juga nak sedarkan mereka.

Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka.

Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke lubang cacing sekalipun.

Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara. Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu bagi sesetengah orang.

Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lama yang disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Sebenarnya Syabu Dan Kesan Buruk Kepada KesihatanKisah Rafael Caro Quintero, Raja Dadah Paling Berkuasa Kartel Guadalajara
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/cara-mengenali-penagih-syabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Buat Kek Oreo Viral Versi Kukus

Cara Mudah Buat Kek Oreo Viral Versi Kukus

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 559 hits
Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus Bajet semua bawah RM10 Memang berbaloi kalau buat ni Bahan bahan Dua oreo panjangSekotak susu coklat yg kecikCara memasak 1 Masuk susu ngn ...
Cara Ucap Selamat Hari Jadi Dalam Semua Bahasa Di Dunia

Cara Ucap Selamat Hari Jadi Dalam Semua Bahasa Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 782 hits
Mungkin anda mahu buat kelainan untuk memberikan kepada sahabat atau orang tersayang dengan menggunakan bahasa lain Jadi disini saya kongsikan kepada anda semua cara untuk mengucapkan selamat hari lahir dalam bahasa yang ada di seluruh duni...
Tips Blog Cara Buat Entri Personal Laku Keras Sampai Beribu Pageviews

Tips Blog Cara Buat Entri Personal Laku Keras Sampai Beribu Pageviews

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 331 hits
Tips blog cara buat entri personal laku keras sampai beribu pageviews Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Disebabkan ada blogger yang menulis entri personal termasuk saya so harini saya nak share tips sikit how to attract people to ...
Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 503 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus Berikut ...
Cara Mudah Dan Murah Untuk Bersihkan Aircond

Cara Mudah Dan Murah Untuk Bersihkan Aircond

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 378 hits
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond l Assalamualaikum Korang tau tak salah satu punca bil elektrik naik adalah kerana aircond tidak dibersihkan Bila aircond kotor aircond akan bekerja keras dan guna banyak elektrik untuk sejukan bi...
Doa Mustajab Cara Dapatkan Jodoh

Doa Mustajab Cara Dapatkan Jodoh

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 208 hits
Masih Single Sis Ini Doa Mustajab Yang Boleh Diamalkan Untuk Cepat Dapat Jodoh Bercakap soal jodoh memang semua inginkan pasangan yang terbaik Dalam usaha mencari tu janganlah lupa untuk berdoa kepada Allah Mudah mudahan dipertemukan dengan...
Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri

Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 509 hits
Ramai umumunya keliru dengan perbezaan Sunscreen dan Sunblock Jadi saya nak mengupas perkara ini kerana penting tau Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri Apa beza Sunscreen Dan Sunblock 1 SUNSCREEN kita fokus pada perk...
Berikut Cara Pandai Ahli Jualan Buat Para Reseller

Berikut Cara Pandai Ahli Jualan Buat Para Reseller

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 348 hits
Pembahasan kita sekarang adalah Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya penghasilan tambahan m...
Cara Melihat Jumlah Pasukan Di Clash Of Kings

Cara Melihat Jumlah Pasukan Di Clash Of Kings

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 257 hits
Clash of Kings adalah sebuah game perang kerajaan di android yang dimainkan secara multiplayer online Didalam game ini kita akan berperan sebagai raja yang memiliki kerajaan Kita harus membangun kerajaan tersebut mulai dari nol hingga menja...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni