Cara Meneruskan Pembayaran Loan Kereta Musim Covic 19
Hi everything!
How your day today? Begini nikmatnya membuang masa dekat rumah, dulu-dulu memang aku suka tidur waktu macam ini, sekarang dah tak kenal erti siang ke malam, malam pun gigih tu tidur awal, kadang-kadang terjaga 3 4 pagi. Terjaga bukannya nak pergi buat solat sunat, gigih pejamkan mata suruh tidur juga.
Masa PKP inilah masa yang patut korang nikmati, apa yang teringin yang nak buat sangat dalam rumah. Mana taknya waktu kerja, sibuk merungut penatlah kerja, ini amek kau cuti panjang duduk dalam rumah masing-masing. Hadap laman sosial 24 jam, buka twitter dah macam baca newspaper orang kata. Yang baik jadi ikutan, benda tak baik jadikan teladan. Gitu
Bila PKP dilancarkan disebabkan coranavirus ini banyak kemudahan diberikan kepada rakyat. Termasuklah penangguhan pembayaran loan kereta, rumah, pinjaman PTPTN, MARA pun tidak terkecuali. Sebab apa diberikan penangguhan, sebab tak semua berkemampuan dalam waktu-waktu genting ini. Sedih juga, baca orang duk post dekat twitter sampai kena buang kerja gara-gara majikan tak mampu nak bayar gaji pekerja, banyak juga bisnes drop down sekarang, bisnes tak jalan, kedai kena bayar. Bagi mengurangkan kos, dia buanglah pekerja itulah salah satu solutionnya. Rata-rata kerja travel agency, dan perhotelan
Yang menyewa rumah pula macam mana? Ada juga segelintir tuan rumah yang memahami, pagi tadi aku terbaca satu posting si penyewa post conversation dengan tuan rumah, tuan rumah kata tak perlu bayar duit rumah 3 bulan disebabkan covic-19. Dapat yang memahami alhamdulillah la, setakat ini tuan rumah aku buat senyap je. Bayar sahajalah macam biasa. Anggap sahaja ada orang lain susah dari kita. Mujurlah, company aku bagi gaji macam biasa dan memberi kebenaran semua staff kerja dari rumah. Itu pun kira syukur tau
Aku lupa nak share dengan engkorang semua, aku baru je beli kereta, baru je sampai awal bulan 3 haritu. Kira salah satu archievement aku 1 dah dimakbulkan dan dengan jayakan aku sekali lagi berhutang dengan bank. Tak mampu lagi beli cash, kemampuan kita hanya berhutang dengan bank. Moga konsisten la membayarnya. Banyak kali aku pikir-pikir untuk beli, akhirnya beli juga tapi letak dekat kampung. Tujuan utama aku beli pun bukan untuk kemudahan mak aku keluar pergi beli barang atau mana-mana dia nak keluar. Kalau aku bawa datang KL lagi tinggi la sara hidup aku dengan parking nya, duit minyak lagi, dah melebih-lebih pula. Guna sahaja LRT untuk pergi kerja, tak pun naik je grab
Kereta sampai awal bulan 3, so aku kena start bayar bulan 4 ini. Agent yang aku dapat ini tak berapa nak membantu langsung sebenarnya. Aku tanya dia macam mana nak buat bayaran, aku dah la first time nak bayar expect aku tahu semua. Tak habis suruh aku pergi Maybank bayar, untuk kali pertama pembayaran kena pergi kaunter katanya. Takkanlah musim covic-19 ini tak ada 1 pun solution yang tak memerlukan untuk orang datang walk in. Sudahnya aku tanya housemate aku yang kerja Etiqa, dia cakap nanti Maybank hantar pesanan menerusi SMS sama ada kita setuju membuat penangguhan 6 bulan pembayaran ataupun teruskan pembayaran. Ternanti-nanti jugalah aku SMS nya tu. Tak dapat-dapat.
Lepas tu dia bagi 1 link Maybank provide, so semalam aku godek sendiri dan berjaya lunaskan pembayaran. Malas nak buat penangguhan, karang tertangguh banyak pula masalah. Mana yang masih berkemampuan tiada halangan untuk membuat pembayaran tak payahlah gatal buat penangguhan, bayar sahajalah macam biasa
Ini bagi mereka yang ambil loan dengan Maybank ya. Cara-caranya;
1) Klik link Maybank SINI
Masuk-masuk je, korang akan nampak papran ini. Sini korang boleh baca apa yang dimaksudkan dengan moratorium itu, sebelum terlupa moratorium ini khas untuk loan/financial sahaja kredit kad tak termasuk.
Teruskan membaca
Dah baca korang boleh tekan perkataan 'Log in'. Masukkan username dan password macam biasa, nanti automatik dia keluarkan loan korang, dia akan tanya sama ada nak buat penangguhan atau teruskan pembayaran, kalau nak buat pembayaran terus tick pada kotak yang disediakan. Selesai
Banks are rolling our announcements for the Moratorium.
For more info contact your banker.
1) PBB - https://www.pbebank.com/Announcements.aspx?qid=2924#q2924
2) HLB - https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-customer-financial-relief-plan.html?icp=hlb-en-home-banner-bankwide-heretohelp
3) CIMB - https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/covid-19-support.html
4)MBB- https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page
5) UOB - https://www.uob.com.my/default/financial-relief-measures.page
6) Affin - https://www.affinbank.com.my/NewsDetails.aspx?id=965
7) AmBank - https://www.ambank.com.my/eng/covid-19
Untuk bank lain, boleh refer atas ini
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/04/cara-meneruskan-pembayaran-loan-kereta.html