Cara Mendidik Kaum Wanita Orang Lelaki Wajib Baca


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mendidik Kaum Wanita, Orang Lelaki WAJIB Baca! | Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya.


Cara Mendidik Kaum Wanita, Orang Lelaki WAJIB Baca! 
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.

JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.

HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.

PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.

Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.

SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.

Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.

Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

Sumber: Telegram channel

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2018/10/cara-mendidik-kaum-wanita-orang-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Misai Halus Wanita Dan Cara Atasi

Masalah Misai Halus Wanita Dan Cara Atasi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 319 hits
assalamualaikum dah lama ziza xupdate blog ni hari ziza ade buat sedikit research mengenai masalah sejagat masa kini di mana ramai wanita mengalami masalah pertumbuhan misai halus pada kumis dan bahagian lain yang tak berapa mengganggu peng...
Hukum Wangian Semerbak Kaum Wanita

Hukum Wangian Semerbak Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 245 hits
Wanita keluar rumah tak kira la ke mana mana Mereka memakai wangian Ada yang biasa biasa saja Ada yang hebat dalam jarak lima tiang elektrik pun orang tahu dia akan muncul kerana wangian yang dipakainya Huh Inilah fenomena umum yang menjadi...
Hanya Kerana Up Gambar Carbonara Wanita Ini Diserang Rakyat Itali Amp Dibalas Dengan Cara Yang Tidak Patut

Hanya Kerana Up Gambar Carbonara Wanita Ini Diserang Rakyat Itali Amp Dibalas Dengan Cara Yang Tidak Patut

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 291 hits
Korang ingat lagi tak kes ayam rendang crispy yang viral satu dunia dulu Kali ni kes lebih kurang sama jadi balik tapi bukan melibatkan makanan tradisional melayu Seorang pengguna Twitter diserang dan dikritik warga Itali dek kerana dikatak...
Dr Hamid Arshat Ajar Wanita Cara Lakukan Saline Douching Bagi Elak Jangkitan Kuman Dalam Peranakan

Dr Hamid Arshat Ajar Wanita Cara Lakukan Saline Douching Bagi Elak Jangkitan Kuman Dalam Peranakan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 348 hits
Dr Hamid Arshat Ajar Wanita Cara Lakukan Saline Douching Bagi Elak Jangkitan Kuman Dalam Peranakan
Penting Tata Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Harus Di Ketahui Seorang Muslim

Penting Tata Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Harus Di Ketahui Seorang Muslim

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 437 hits
Penting Tata Cara Mandi Wajib atau Junub yang Harus di Ketahui Seorang Muslim Hai sahabat pada postingan kali ini saya akan mencoba berbagi ilmu mengenai tata cara mandi wajib atau mandi junub yang baik dan benar menurut syariat Informasi i...
11 Tips Bercuti Ke Melbourne Wajib Baca Kalau Tak Nak Ada Masalah

11 Tips Bercuti Ke Melbourne Wajib Baca Kalau Tak Nak Ada Masalah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 511 hits
Dah ada perancangan nak bercuti ke Melbourne Kalau ye ada baiknya korang baca tips bercuti ke Melbourne ni dulu Almaklumlah sekarang ni macam macam pengalaman yang tak best kita baca atau dengarkan
Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul

Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 542 hits
Bagaimana cara mandi wajib Panduan ini akan membimbing anda menunjukkan cara mandi wajib atau mandi junub yang betul sempurna dan sah Ia juga menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya Bagaimana niat mandi wajib Apakah rukun mandi ...
Cara Kenali 8 Sifat Wanita Berdasarkan Jenis Bra Yang Selalu Dipakai

Cara Kenali 8 Sifat Wanita Berdasarkan Jenis Bra Yang Selalu Dipakai

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 533 hits
Bra atau coli adalah pakaian dalam yang sudah menjadi pakaian wajib bagi wanita moden Bra dapat membantu menampung payudara lebih sempurna sehingga tulang belakang tidak terasa sakit dan penat selain dapat menjaga kecantikkan bentuk payudar...
Cara Baca Surah A Fatihah Untuk Mohon Hajat

Cara Baca Surah A Fatihah Untuk Mohon Hajat

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 492 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh perkongsian yang sangat baik untuk kita semua yang sangat memerlukan pertolongan dari Yang Maha Esa semuga bermenafaat Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan m...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Makan Tengahari Di Kafe Alaf Sejahtera Teluk Bahang Pulau Pinang

Sarapan Pagi Di Teratak Wan Din 478 Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang

Drama Bercakap Dengan Jun Lakonan Nadiya Nisaa Dini Schatzmann

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Yuecheng Yanyuan Entrepreneurial Space By Jin Design In Hebei China

15 Delightful Dried Flowers Spring Wreath Designs