Cara Memilih Calon Pasangan Dunia Akhirat



Cara memilih calon pasangan dunia akhirat - Apabila tiba masa dan ketikanya, jauh di lubuk hati si Adam itu akan terdetik juga untuk mahu berteman, mahu berpasangan. Lalu proses mencari calon pasangan (isteri) mula dipandang serius.

Di samping apa jua yang dilakukan pada ketika itu, belajar atau bekerja, soal siapa yang akan menjadi teman sehidup semati tetap akan difikir juga.

Biasa berlaku, meskipun calon sudah ada, namun keberanian masih belum diperolehi, masih ada ragu-ragu dan was-was. Mahu teruskan dengan yang ada ataupun terus mencari kalau-kalau masih ada yang lebih baik dari si dia.

Memang betul, sebelum berkahwin, sesiapa juga bebas memilih calon pasangannya. Lelaki bebas memilih, perempuan juga bebas memilih. Bahkan bagi lelaki mahupun perempuan, inilah saat yang terbaik untuk mengenali hati budi pasangan samada mereka layak, baik, soleh dan solehah dan sebagainya.

Namun dalam pada kita menggunakan hak kita untuk memilih, jangan pula sampai hawa nafsu yang menjadi pemandu arah.


Cara memilih calon pasangan dunia akhirat
MAHU YANG SEMPURNA
Ini tabiat manusia. Pada sekeping papan putih di hadapannya, jika wujud walau setitik dakwat hitam, maka itulah jua yang akan dipandangnya. Dakwat hitam itu meskipun kecil, namun mendatangkan rasa tidak selesa kerana papan yang putih tidak lagi sempurna putihnya.

Jika dinisbahkan dalam hal mencari calon, meskipun dari segi agamanya baik, keturunannya baik, fizikalnya baik, namun jika ada sedikit kekurangan pada warna kulit atau bentuk hidung contohnya, terus dirasa tawar dan tidak selesa.

Hendak mengambil keputusan bahawa itulah calonnya, dirasa cukup sukar. Risau ketidaksempurnaan yang mendatangkan rasa tidak selesa tadi tidak akan menjamin bahagia selepas berumahtangga.

KENAPA MAHU YANG SEMPURNA?
Sebenarnya, dalam kita melayan tabiat diri yang gemarkan sesuatu yang sempurna itu, kita wajar berhenti seketika dan bertanya ; kenapa aku mahu yang sempurna?

Sudah tentu, apa yang kita mahu itu mestilah sesuatu yang mendatangkan faedah besar buat kita.

Adakah kerana sempurna itu penjamin bahagia?

Atau adakah sempurna itu syarat bebasnya rumahtangga dari diduga?

Atau adakah sempurna itu pasti akan menjadikan suami isteri romantik sepanjang masa?

Atau adakah sempurna itu kita mahukan sangat agar kita dipandang mulia oleh mereka-mereka sekeliling kita?
Selesaikan dahulu isu ‘kenapa’ ini dengan neraca Iman, bukan neraca nafsu semata-mata. Lalu di akhirnya, kita akan dapati bahawa ‘sempurna’ itu rupanya terlalu banyak ditimbang dengan neraca nafsu dan kehendak diri semata-mata.

PENANDA ARAS
Nabi s.a.w diutus kepada kita, bukan hanya untuk mengajar cara solat dan cara puasa, tetapi untuk mengajar kita konsep sebuah agama dalam menjalani kehidupan dunia. Sudah tentulah soal mencari jodoh turut sama dititikberatkan oleh Baginda s.a.w.

Dengan tidak menafikan hak kita untuk mencari dan memilih, Nabi s.a.w menggariskan beberapa panduan kepada kita, antaranya :

1- Dinikahi wanita kerana empat perkara ; kecantikannya, keturunannya, kekayaannya dan agamanya. Pilihlah dalam hal agamanya, pasti akan beruntung kedua tanganmu.
2- Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.
Penanda aras bagi kita sebenarnya mudah sahaja. Jika pencarian kita didasarkan kepada apa yang disebutkan oleh Nabi s.a.w sebagai petunjuk utama, maka pencarian kita adalah dalam neraca iman. Sebaliknya jika pencarian kita membelakangkan apa yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w sebagai asas dan dasarnya, maka jelas sekali pencarian kita hanyalah atas neraca nafsu semata-mata.

Jika demikian rugilah kita, kerana kemungkinan untuk kita mendapat sebaik-baik hiasan dan beruntungnya kita dalam sebuah kehidupan adalah amat tipis dan kecil.

KITA MAHU YANG SEMPURNA SEBENARNYA KERANA..
Kerana kita mahu jiwa kita tenang dengannya. Itu sahaja. Lelaki, apa yang paling dia mahukan dalam hidup adalah ketenangan jiwanya tatkala didampingi oleh seorang wanita yang halal baginya. Tempat dia berkongsi kasih dan sayang. Tempat dia bermanja dan meraih ketenteraman jiwa. Tempat dia menghilangkan segala kekusutan yang bertamu saban waktu di ruang dada.

Silapnya, lelaki sering beranggapan bahawa kesempurnaan fizikal dan kecantikan itulah yang menjadikan seseorang wanita sempurna. Mereka sering beranggapan bahawa senyuman seorang wanita secantik bidadari itulah yang menjamin hidupnya menjadi sempurna. Pendek kata, jika dapat wanita yang cantik sempurna sebagai isteri, maka itulah erti sebenar bahagia.

Sedang mereka lupa, berapa ramai dari kaum mereka yang beroleh isteri secantik ratu, namun rumahtangganya hanya bertahan beberapa purnama sahaja. Berapa ramai pula yang terpaksa makan hati dengan isteri yang cantik luaran tetapi hodoh dalaman.

Degil dan keras kepala. Bila kita tiada di sisinya, dia curang kepada kita. Dia mengkhianati amanah dan maruah kita. Sayangnya, hakikat ini ramai yang alpa dan lupa.
Lalu di kala itu, cantik tidak lagi mendatangkan rasa sempurna.
Jika tiada ketenangan di jiwa, usah bicara soal bahagia.

PELENGKAP RASA SEMPURNA ADALAH WANITA SOLEHAH LELAKI SOLEHIN
Dia mungkin tiada kelebihan dari segi rupa, namun dia mampu memberi kita rasa sempurna. Dialah wanita solehah, dialah lelaki soleh. Mungkin dia bukan cerminan watak-watak si gadis dalam pelbagai novel dan filem cinta. Dia mungkin tidak sehebat yang digambarkan dalam banyak cerita. Dia mungkin dilihat luarannya cuma biasa-biasa.

Dia mungkin bukan pelajar jurusan agama. Dia mungkin bukan seorang ustazah. Dia mungkin dari jurusan engineering, biotechnology, medic dan sebagainya.

Tetapi keistimewaannya adalah pada kemampuan untuk membahagiakan kita. Kemampuan untuk melahirkan rasa tenang tenteram di dalam jiwa. Jangan kita lupa kepada ayat Allah dalam surah Ar-Rum. Allah menyebut bahawa antara tanda kebesaran-Nya, Dia menjadikan wanita bagi lelaki sebagai tempat beroleh tenang dan tenteram.

Percayalah, si cantik bermulut laser berhati batu bukan wanita yang digambarkan oleh Allah sebagai sebab bahagianya jiwa. Sebaliknya seorang wanita yang tunduk patuh kepada Allah dan taat pula kepada kita, itulah gambaran sebenar sebaik-baik hiasan dunia.

# 5 sebab mengapa perlu kahwin muda
# Lagu tema OST Hati Perempuan tv3
# Baca novel hati perempuan secara online 2015
# Cara memilih calon pasangan dunia akhirat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://syazrinrayhan.blogspot.com/2015/04/cara-memilih-calon-pasangan-dunia-akhirat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Lelaki Kuat Cemburu Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang Amp Rasional

Kenapa Lelaki Kuat Cemburu Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang Amp Rasional

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 267 hits
Perasaan cemburu hadir secara semula jadi dalam sesebuah hubungan sama ada cemburu kerana pihak ketiga cemburu kerana pasangan lebih berjaya atau hanya cemburu buta Bahkan ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki cemburu sangat dengan pasanga...
Golkar Simulasikan Calon Pasangan Airlangga Di Pilpres 2024

Golkar Simulasikan Calon Pasangan Airlangga Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 171 hits
Golkar berhati hati dalam melakukan pengkajian pasangan Airlangga Sehingga tidak bisa diungkap secara utuh kepada publik Serta ada juga kajian tentang strategi politik ke depan
Cara Memilih Ratio Jenis Baja Npk Sesuai Untuk Tanaman

Cara Memilih Ratio Jenis Baja Npk Sesuai Untuk Tanaman

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 313 hits
Jenis Baja NPK Berkebun jarang tidak akan memberikan hasil jika ada cara dan teknik Kelebihan dan Kandungan Baja NPK Tidak kira anda berminat untuk menanam sayuran berdaun sayur berbuah atau pokok yang mengeluarkan buah untuk jualan komersi...
5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 190 hits
Jadikan momen berpacaran sebagai pendewasaan agar kalian berdua nggak terkaget kaget di masa depan
Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat

Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 270 hits
Assalammualaikum wbtKESELAMATAN SEMUA DUNIA DAN AKHIRAT Alhamdulillah Jumaat pertama dibulan Jun Masih lagi berada dalam bulan Syawal kita semua 23 Syawal 1442H Hujung hujung Syawal tentunya masih ada yang mengambil kesempatan untuk berziar...
Jangan Pilih Calon Koyak

Jangan Pilih Calon Koyak

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 202 hits
Senarai koyak yang tidak perlu lagi dicalonkan dan jika dicalonkan pun Jangan UNDI calon KOYAK ini 1 Mu 2 Az3 Ha4 Na5 Za 6 Ta8 An9 LKS 10 Lebai11 Dah lenguh tangan aku ramai sangat tulisan aku Hari ni MACAM budak pula Hentam sajalah labuuuu...
10 Potret King Faaz Anak Fairuz A Rafiq Yang Makin Terlihat Tampan Calon Artis Masa Depan

10 Potret King Faaz Anak Fairuz A Rafiq Yang Makin Terlihat Tampan Calon Artis Masa Depan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 448 hits
Tak hanya penampilannya yang mencuri perhatian King ternyata juga udah menunjukkan banyak prestasi sejak dini
Pandemi Dan Antrean Panjang Calon Jemaah Haji

Pandemi Dan Antrean Panjang Calon Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 231 hits
Penundaan keberangkatan haji 2020 dan 2021 mengakibatkan ratusan ribu calon jemaah haji Indonesia gagal ke Tanah Suci Menurut data kuota dasar jemaah haji Indonesia pada 2020 sebanyak 221 000 orang Belum termasuk kemungkinan tambahan 10 000...
Setelah 123 Hari Bergari Bersama Demi Cinta Pasangan Ini Berpisah

Setelah 123 Hari Bergari Bersama Demi Cinta Pasangan Ini Berpisah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 206 hits
Demi menguji keutuhan cinta mereka pasangan kekasih Ukraine yang menggari tangan mereka dengan rantai besi pada Februari lalu akhirnya memutuskan gari mereka dan berpisah Dirantai bersama sejak Hari Valentine selama 123 hari Alexander dan V...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba