Cara Membuat Website Yang Convert Ada Hasil
Kita tinggalkan kejap perbahasan macam mana nak lajukan web.
Sebab, topik lajukan web ni dah banyak sangat dibincangkan.
Saya nak kongsikan satu perkara yang jarang kita bincangkan.
Iaitu —> WEB YANG CONVERT
Macam mana nak buat web yang convert?
Kalau nak detailkan, banyak la bendanya. Tapi, saya kongsikan 3 yang paling penting dulu.
1. Susun atur web
Bab susun atur ni mainkan peranan yang utama. Paling penting, homepage jangan tabur semua produk.
Pilih 1-3 top selling produk dan masuk pad homepage. Cuma, No. 1 best selling produk tu, kena letak above the fold.
Untuk page produk pula, susun setiap kategori dan sub kategori dengan teratur.
Dalam satu sub kategori tu, jangan letak banyak sangat pilihan. Letak maximum 9 je pilihan. Tapi, saya rekemen ada 6 je pilihan produk.
Kenapa?
Sebab, kita tak nak prospek yang masuk tu alami sindrom “PARADOX OF CHOICE”.
Bila banyak sangat pilihan, prospek jadi lumpuh dan tak tau nak pilih yang mana.
2. Copywriting kena padu dan main unsur psikologi
Pertama sekali, headline above the fold tu kena guna copywriting yang betul-betul grab attention.
Dari segi product description pula. Higlight kan feature-feature yang menarik dan kaitkan dengan faktor psikologi.
Contoh:
Ada 6 pilihan warna —> Feature
Senang la sis nak match dengan tudung sis. Bila pakai tu sedap mata memandang. Nak pergi kerja pun rasa yakin je. —> Unsur psikologi dalaman prospek.
3. Redirect to checkout
Setkan setiap kali orang add to cart, akan auto redirect ke checkout.
Sepanjang saya test, flow begini lebih mudah connvert.
.
.
Secara ringkasnya, kalau dah buat 3 perkara ni… Boleh dikatakan 50% dari job tu dah settle.
Baki lagi 50% terletak pada klien/website owner untuk buat marketing (Google Ads, FB Ads, SEO dll)
Nota:
Salah satu klien saya uruskan, loading speed webnya dalam 10 saat.
Tapi, conversion rate agak bagus. Kadar conversion klien ni 3.2%. Setiap 1000 pelawat, akan ada 32 pembeli. Which is above normal, iaitu 2%.
Disclaimer:
Web ni bukan saya buat. Saya hanya consult in term of flow, UI/UX dan copywriting. Tapi, bab marketing saya yang uruskan sebab klien busy takde masa buat marketing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sihatcergas.net/cara-membuat-website-yang-convert-ada-hasil/