Cara Membentuk Saf Solat Jenazah Jika Jemaah Sedikit



SOALAN:
Bagaimana membentuk saf-saf dalam solat jenazah jika jumlah jemaah sedikit?

JAWAPAN:
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah R.A, beliau berkata:

صلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ علَى جنازَةٍ ومعَهُ سبعَةُ نَفَرٍ فجَعَلَ ثَلَاثَةً صفًّا واثنينِ صفًّا واثنينِ صَفًّا
“Rasulullah SAW mensolatkan satu jenazah bersama tujuh orang. Lalu Baginda menyusun tiga orang di saf (pertama), dua orang di satu saf (kedua) dan dua orang di satu saf (ketiga).” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (7785)]

Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada Malik bin Hubairah, Nabi SAW bersabda:

ما مِن مسلمٍ يموتُ فَيُصَلِّي عليه ثلاثةُ صفوفٍ من المسلمينَ إلا أَوْجَبَ
“Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia, kemudian disolatkan ke atasnya tiga saf dari orang-orang Islam, kecuali pasti akan dikabulkan (doanya).” [Riwayat Abu Daud (3166), al-Tirmidzi (1028), Ibn Majah (1490) dan Ahmad (16724)]

Imam Nawawi berkata: “Dan disunatkan untuk menyusun saf sekurang-kurangnya tiga baris dan lebih berdasarkan hadith Malik bin Hubairah. Dan lebihan daripada tiga saf, maka ia lebih afdhal.” (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 5/215)

Ibn Qudamah menyebut: “Digalakkan menyamakan saf ketika mengerjakan solat jenazah. Hal ini dinaskan oleh Imam Ahmad, dan katanya: Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya ia adalah solat. Dan kerana Nabi SAW tatkala dikhabarkan pada hari kematian Najasyi, Baginda keluar ke tempat solat. Lalu Baginda membentuk saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Lihat al-Mughni, 2/185)

Kesimpulan

Hendaklah membentuk saf dalam keadaan sama dan untuk solat jenazah sekurang-kurangnya tiga saf atau lebih berdasarkan nas hadith dan istinbat ulama’. Adapun kedudukan antara saf pertama dan kedua boleh dirapatkan dan tidak perlu dijarakkan untuk rukuk dan sujud kerana pada solat jenazah tiada rukuk dan sujud.

Semoga pencerahan ini memberi kefahaman kepada kita. Marilah kita berdoa untuk mereka yang sudah meninggal dunia sebelum kita.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.” (Surah al-Hasyr: 10)

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/cara-membentuk-saf-solat-jenazah-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Cara Solat Sunat Taubat Agar Setiap Hari Dada Rasa Tenang

Inilah Cara Solat Sunat Taubat Agar Setiap Hari Dada Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 672 hits
Solat taubat kena buat selalu Sampai hati tu rasa lapang Rasa bersih Selepas itu rajin nak beribadat Bila dengar nasihat tu hati macam seronok Tak nak lagi buat dosa dosa lama Haa tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima Solat ni elok b...
Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 773 hits
SubhanaAllah begitu ramai sekali yang hadir untuk solat jenazah buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Ternyata ramai yang menyayangi arwah Repost by reposta hliveupdate MashaAllah begitu ramai yang turut serta solat jenazah buat Allahyarham Sy...
Tata Cara Mengkafani Jenazah Dengan Tepat Sesuai Sunnah

Tata Cara Mengkafani Jenazah Dengan Tepat Sesuai Sunnah

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 248 hits
Mengkafani jenazah perlu dilakukan karena memiliki hukum yang sama dengan memandikannya yakni fardhu kifayah wajib dikerjakan tetapi bila sudah ada muslim lain yang menunaikannya berarti kewajiban menjadi gugur
Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 496 hits
TEMERLOH Meriah Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya di sini yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh Adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah...
Cara Solat Sunat Istisqa Untuk Minta Hujan

Cara Solat Sunat Istisqa Untuk Minta Hujan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 435 hits
solat sunat istisqa adalah sunat muakkad ke atas orang yang mukim musafir merdeka hamba yang sudah baligh dan belum baligh lelaki serta perempuan Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan Jika tidak berkehendakkan hujan maka hukum...
Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar

Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 328 hits
SOALAN Jika ada jenazah di masjid yang dibawa pada waktu Asar persoalan saya adakah dibolehkan untuk mengadakan solat jenazah selepas solat Asar Bukankah ia merupakan antara waktu yang dilarang untuk solat padanya JAWAPAN Solat jenazah meru...
Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 388 hits
Kata orang sejuk perut ibu mengandung jika anak anak mempunyai keperibadian yang baik Seawal usia yang masih kecil ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik Seperti yang dikongsikan ibu ini dia bersyukur kerana anaknya tid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu