Cara Membahagi Harta Kepada Waris Semasa Hidup


 Adalah harus atau dibolehkan oleh syarak bagi pemilik harta ketika ia sihat dan berakal waras menghibahkan hartanya kepada sesiapa yang dia kehendaki, tanpa berniat menganiayai waris-warisnya.
Adapun menghibahkan harta kepada anak-anak, wajib berlaku adil kepada semua anak-anak, yakni; tanpa mengecualikan seorang pun dari mereka.
Ini sebagaimana terdapat dalam hadis Sahih Imam al-Bukhari riwayat dari an-Nukman bin Basyir yang menceritakan bahawa bapanya memberi kepadanya satu pemberian, lalu dia berjumpa Nabi supaya Nabi menjadi saksi terhadap pemberian tersebut.
Maka Nabi bertanya kepadanya; "Adakah semua anak-anak kamu, kamu berikan pemberian yang sama?".
Jawab bapaku; "Tidak".
Lantas Nabi berkata; "Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu".
Lalu bapaku pulang dan dan mengambil kembali pemberian tersebut. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya; "Jangan bersaksikan aku, kerana sesungguhnya aku tidak akan menjadi saksi atas suatu kezaliman".
Berdasarkan hadis tersebut, adalah dituntut oleh syariat, hibah (pemberian) kepada anak-anak dilakukan sama rata, tanpa pilih kasih termasuk antara lelaki dan perempuan.
Sebahagian ulama berkata: diberikan kepada anak lelaki sekali ganda dari yang diberikan kepada anak perempuan (iaitu sebagaimana dalam faraid).
Jika seorang bapa melakukan pilih kasih, apakah hibahnya itu sah? Terdapat beza pandangan di kalangan ulama:
- Sebahagian ulama (antaranya as-Sauri, Imam Ahmad dan Daud az-Zahiri) menyatakan: hibah tersebut haram, tidak sah (batal) dan wajib ditarik kembali.
Dikecualikan jika ada suatu sebab tertentu seperti ada anak yang kurang upaya, ketika itu harus ia dilebihkan dari anak-anak lain mengikut pandangan Imam Ahmad.
- Menurut jumhur ulama (merangkumi mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie); hibah tersebut makruh (tidak haram) dan ianya sah (yakni tidak batal dan tidak wajib ditarik kembali).
Hanya disunatkan sahaja bapa mengambil kembali hibah tersebut dan membahaginya sama rata kepada semua anaknya.
Jumhur ulama memahami tegahan Nabi dalam hadis di atas sebagai tegahan makruh, bukan tegahan haram berbeza dengan golongan pertama tadi.
Adapun perbezaan antara hibah dan wasiat?
Hibah ialah pemberian yang diberikan ketika masih hidup. Adapun wasiat, ia adalah pemberian yang diikat dengan selepas mati, seperti seorang berkata; "Bila aku mati nanti, tanahku di tempat sekian sekian hendaklah diwakafkan kepada pihak sekian sekian".
Hibah harus diberikan kepada anak-anak atau waris-waris lain dengan syarat berlaku adil tadi.
Adapun wasiat tidak harus diberikan kepada orang akan mewarisi harta selepas mati termasuk anak-anak.
Gambar - Sekadar hiasan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2022/11/gyh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Bahagia Walau Bergelar Ibu Tiri 5 Cara Artis Ini Wajar Kita Contohi

Hidup Bahagia Walau Bergelar Ibu Tiri 5 Cara Artis Ini Wajar Kita Contohi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 208 hits
Istilah ibu tiri menjadi ket4kutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali Watak beng1s jah4t ant4gonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya ...
Tak Berani Ka Apa Mahiaddin Takut Nak Istihar Harta Kemudian Khianat Semasa Zaman Ph

Tak Berani Ka Apa Mahiaddin Takut Nak Istihar Harta Kemudian Khianat Semasa Zaman Ph

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 189 hits
Isytihar harta hanya gimik politik kata MuhyiddinPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap perisytiharan harta oleh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 sebagai gimik politik Katanya ada cara yang betul ...
Isytihar Harta Satu Kebodohan Tg Haji Hadi

Isytihar Harta Satu Kebodohan Tg Haji Hadi

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 301 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang melihat syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta sebagai satu kebodohan Katanya pendekatan itu seolah olah mahu menunjuk nunjuk kepada orang ramai Isytihar harta ini kadang kadang satu kebodohan Nak tun...
Azmin Tak Berani Isytihar Harta Ikut Budaya Bn

Azmin Tak Berani Isytihar Harta Ikut Budaya Bn

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 216 hits
Azmin tak berani isytihar harta ikut budaya BN Posted By on November 13 2022Budaya takut mengisytiharkan harta kepada umum sebelum ini adalah budaya khas pemimpin Umno BN namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut telah dengan suksesnya d...
Calon Calon Pkr Isytihar Harta Hanya Sekadar Gimik Politik Untuk Raih Undi Rakyat Muhyiddin Yassin

Calon Calon Pkr Isytihar Harta Hanya Sekadar Gimik Politik Untuk Raih Undi Rakyat Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 342 hits
Calon calon PKR isytihar harta hanya sekadar gimik politik untuk raih undi rakyat Muhyiddin YassinPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan PKR mewajibkan calonnya mengisytiharkan harta pada musim PRU15 adalah sekad...
Cara Daftar Atau Buka Akaun Tik Tok Buat Beginners

Cara Daftar Atau Buka Akaun Tik Tok Buat Beginners

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 427 hits
AssalamualaikumBismillahOrang lain dah ada akaun Tik Tok aku pula baru mahu buka akaun Tik Tok Haha Sebenarnya bukan tak berminat nak ada akaun Tik Tok cuma aku jarang juga tengok video Even reels instagram dan facebook pun aku jarang sekal...
Tiket Rp410 Ribu Malang Jakarta Begini Fasilitasnya Naik Bus Gunung Harta

Tiket Rp410 Ribu Malang Jakarta Begini Fasilitasnya Naik Bus Gunung Harta

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 231 hits
Kumpulan potret bus Gunung Harta rute perjalanan Malang Jakarta Dengan hanya merogoh kocek Rp410 ribu penumpang mendapatkan banyak fasilitas lengkap Simak ulasannya
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Has Mmc Ports Ipo Stalled As Investors Push Back On Sky High Valuation

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Boat Club House A Mid Century Modern Home Rooted In Chennai S Cultural Soul

Syafiq Kyle Officially Kicks Off His 12 Month Kopiko Journey With Fans

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Hariz Fayahet Lara Bertahan Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Tercipta Sejarah Program Adoption K9 Pdrm Pertama Kali Dilaksanakan

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Kurikulum Persekolahan 2027

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Standing Out In A Crowded Market

Salam Maulidurrasul