Cara Memasak Makaroni Cheese
Dah lama sangat mengidam nak makan makaroni cheese ni. Lama betul tunggu masa nak cari yang dah siap masak. Tetapi agak payah nak jumpa kedai western yang jual makaroni cheese ni.Akhirnya, masaklah sendiri.
MAKARONI CHEESE
bahan-bahan
2 mangkuk Makaroni
4 keping keju Mozarella Emborg
( 100ml )1 Botol susu segar Dutch Lady ( botol kecil)
4 batang hotdog
1 Tin Cendawan ayambrand
3 Sudu Butterlite
Sedikit tepung gandum
Sedikit Mix Herbs
Sedikit garam
Cara Buat Makaroni Cheese
Rebuskan makaroni tadi ke dalam periuk ( air menggelegak) sehingga makaroni kembang. Dan ketepikan sebentar.Potong hotdog secara membulat atau memanjang secara nipis. ( Buangkan air cendawan yang dalam tin) Potong cendawan secara nipis. Potong halus bawang holand
Cara Memasak Sos Putih Makaroni Cheese
Panaskan periuk dan masukkan butter.Tunggu butter cair dan masukkan bawang.Tumis sehingga naik bau.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Ia agak berketul ketika ini. Masukkan susu segar dan kacau dengan senduk.4 Keping keju Cheddar di tambah ke dalam susu segar tadi. Cairkan dan kacau agar keju tersebut cepat cair.Letak sedikit Mixed Herbs.Hotdog dan cendawan dimasukkan.Gaul lagi sekali.Biarkan mendidih sebentar. Masukkan makaroni yang telah di rebus tadi ke dalam kuah makaroni cheese.Gaul dan biarkan ia sebati.Last sekali, semasa makaroni cheese nak dihidangkan korang taburkan sedikit parmesan cheese diatasnya. Menambahkan lagi kesedapan makaroni cheese tu nanti.
Tips Memasak Makaroni Cheese
Jika korang nak kuah makaroni cheese cair. Lebihkan susu segar n kurangkan keju.
Untuk kuah sos makaroni Cheese pekat. Korang lebihkan kuantiti keju.Tetapi akan cepat muak.Tetapi kalau hantu keju.Bolehlah cuba.
Untuk dapatkan sos makaroni cheese bewarna sedikit oren.Korang cari cheese brand Anchor yee.Ina guna brand cheesedale aje.Sebab ia mudah didapati.
cara memasak MAKARONI CHEESE
Semperit Coklat
AYAM BEREMPAH MAMAK STYLE!
Kerabu Perut Pedas
Semperit Klasik
Kerabu Kaki Ayam Extra Masam dan Pedas!
Resipi Biskut DAHLIA MEKAR (Sukatan Cawan)
Rahsia Cempedak Goreng Rangup!
Resipi : Cekodok Pisang Kembung
Biskut Cornflake Madu Berlemak
Daging Masak Hitam
Ikan Percik
Rendang Ayam Tanpa Santan
sedap betul dia hirup kuah makaroni cheese tu ekk. Tetapi bila dah lama, sos makaroni cheese akan sedikit pekat
Mudah je kan memasak Makaroni Cheese ni? Makaroni Cheese ni Ina biasa dapat dalam 7 pinggan sekali memasak menggunakan resipi ini. Jimat dah kat situ kan.Alhamdulillah.. lepas dah mengidam nak makan makaroni cheese ni tau. Korang cuba lah, tak susah pun nak memasak makaroni cheese ni.
The post cara memasak MAKARONI CHEESE appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/makaroni-cheese/