Cara Hilangkan Jerebu Panggil Hujan Ini 5 Tips Panggil Hujan Lebat


Cara Hilangkan Jerebu.. Panggil Hujan! Ini 5 TIPS panggil hujan lebat.. | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam saya ada dengar sekejap ceramah dari Radio Ikim.fm berkaitan macam mana cara nak panggil hujan lebat. Yelah bila hujan turun, jerebu pun berkurang berkurang and lama kelamaan akan hilang! Aamiin.
Sekarang ni jerebu naik turun kan. Sekejap rendah, sekejap tinggi IPU 200 lebih, 300 lebih. Uishh so scary! Risau juga tengok cuaca teruk macam ni. Kesihatan terjejas, kerja terganggu, sekolah ditutup.
Okay back to the topic.. how to 'call' rain?
Cara Hilangkan Jerebu.. Panggil Hujan! 5 'TIPS' panggil hujan lebat..
From what I heard yesterday, Ustaz tu kata, (dari perspektif Islam) ada caranya.
1. Istighfar minta ampun, bertaubat
Ini ada dalam Al-Quran sendiri ya. Bukannya main cakap kosong.
Terjemahan Melayu:

"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"
English Translation:

"And O my people! Ask forgiveness of your Lord, and turn to Him (in repentance): He will send you the skies pouring abundant rain, and add strength to your strength: so turn ye not back in sin!"
Surah Hud, Ayat 52
Terjemahan Melayu:

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu"
English Translation:

"Saying, 'Ask forgiveness from your Lord; for He is Oft-Forgiving; He will send rain to you in abundance.."
Surah Nuh, ayat 10-11
2. Sedekah
3. Doa Pohon Hujan

4. Solat Sunat Istisqa' (solat panggil hujan, tolak bencana)cara hilangkan jerebu panggil hujancara hilangkan jerebu panggil hujan5. Puasa sunat

Semua 'tip' di atas ni ada penerangan dan details secara terperinci di bawah ini daripada Mufti kita:


BAYAN LINNAS SIRI KE-213: ISU JEREBU DAN PENYELESAIANNYA - Mufti Wilayah Persekutuancara hilangkan jerebu panggil hujanMukadimah

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat.

Beberapa hari belakangan ini, Malaysia dilanda jerebu pada tahap yang amat membimbangkan. Laporan akhbar seperti dalam Berita Harian (Rabu, 18 September 2019) memberi tajuk Jerebu Tahap Berbahaya di Daerah Sri Aman di Sarawak dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 395, menghampiri paras darurat bencana.

Pada hari ini (19 September 2019), akhbar melaporkan bahawa seramai 1,732,842 pelajar dari 2,459 sekolah rendah dan menengah diberikan cuti tanpa ganti sehari atau dua hari mulai esok berikutan masalah jerebu yang melanda negara. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan, berkata penutupan 2,459 sekolah rendah dan menengah berkenaan terpaksa dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit berada pada paras sangat tidak sihat.[1]

Justeru, Bayan Linnas pada kali ini cuba merungkai isu jerebu mengikut neraca Syariah. Kami tajukkannya dengan Isu Jerebu dan Penyelesaiannya. Semoga ia menatijahkan sebuah jawapan yang tuntas dan penyelesaian yang baik, yang akhirnya meredakan kita semua dari isu jerebu ini. Hanya kepada Allah SWT kami bermunajat dan memohon supaya diselamatkan dari bencana jerebu ini.

Definisi Jerebu

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.[2]

Antara punca utama jerebu adalah akibat daripada:

- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan

Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu indeks yang digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Ia diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
cara hilangkan jerebu panggil hujanPanduan indeks IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU, Status & Tahap Pencemaran

0 – 50
Baik
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum

51 – 100
Sederhana
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum

101 – 200
Tidak Sihat
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

201 – 300
Sangat Tidak Sihat
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi

301 – 500
Berbahaya
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

500 ke atas
Darurat
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitif kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu, antaranya ialah:

- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada. [3] 

Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu

Antara nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah penyakit akibat jerebu ialah:

- Orang ramai dinasihatkan supaya semampu mungkin berada di dalam bangunan.
- Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
- Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
- Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
- Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
- Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
- Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
- Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.[4] 

Solat Istisqa’ Memohon Diturunkan Hujan

Hujan lebat yang turun di kawasan yang mengalami bencana jerebu dilaporkan boleh membantu dalam mengurangkan jerebu serta menurunkan Indeks Pencemaran Udara (IPU).[5]

Susulan kesan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan, Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dengan kerjasama pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menjalankan Operasi Pembenihan Awan (OPA)[6] dalam usaha bagi menghasilkan hujan.[7]

Di dalam Islam, solat Istisqa’ ialah solat yang disyariatkan apabila berlaku kemarau. Ia sunat dilakukan apabila ada sebab tersebut, dan tidak sunat lagi apabila hujan turun atau mata air mengalir kerana sebab-sebabnya telah luput. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/585)

Ibn ‘Abd al-Bar berkata: “Para ulama telah ber‘ijma bahawa keluar beramai-ramai untuk solat Istisqa’ dengan berdoa dan memohon kepada Allah untuk menurunkan hujan ketika musim kemarau dan kekeringan melanda hukumnya adalah sunat, yang telah disunnahkan oleh Rasulullah SAW tanpa ada perbezaan pendapat oleh para ulama dalam hal ini.” (Lihat al-Tamhid, 17/172)
cara hilangkan jerebu panggil hujanIstisqa’ dilakukan dengan tiga cara, iaitu:

Pertama: Sekurang-kurangnya dengan berdoa pada bila-bila masa yang dikehendaki.

Kedua: Cara yang sederhana ialah berdoa selepas rukuk pada rakaat yang akhir solat fardhu dan selepas bersolat.

Ketiga: Cara yang paling sempurna ialah melakukannya seperti berikut:

i. Imam atau penolongnya hendaklah meminta orang ramai bersama-sama melakukan perkara-perkara berikut:

- Bertaubat dengan sebenar-benarnya.
- Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan.
- Berpuasa selama empat hari berturut-turut.

Perkara tersebut sunat dilakukan kerana ia memberi kesan kepada termakbulnya doa sebagaimana yang thabit dalam beberapa hadith yang sahih.

ii. Pada puasa hari keempat, imam bersama-sama orang ramai keluar ke kawasan lapang, berpakaian biasa, merendah diri, bersopan santun. Kemudian mereka melakukan solat sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً

Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar dengan tawadhu’, berpakaian biasa, khusyu’, berlemah-lembut dan merendah diri. Kemudian Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana Baginda bersolat pada hari raya.”

iii. Apabila selesai bersolat, imam berkhutbah sebagaimana khutbah hari raya. Akan tetapi apabila dia memulakannya dengan beristighfar sebanyak sembilan kali pada khutbah yang pertama dan sebanyak tujuh kali pada khutbah yang kedua sebagai ganti pada solat hari raya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya: Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.

(Surah Nuh: 10-11)

Setelah berlalu sepertiga khutbah yang kedua, khatib hendaklah berpaling menghadap kiblat dan membelakangi para jemaah.

Seterusnya, dia mengubah kedudukan selendangnya yang bahagian atas ke bawah dan yang bahagian bawah ke atas, diikuti bahagian kanan diubah ke kiri dan bahagian kiri diubah ke kanan. Semua ini dilakukan untuk menzahirkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Allah SWT.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِى فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ

Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa’. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.”

Riwayat Ibn Majah (1268)

Orang ramai juga sunat membalikkan selendang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Dalam hal ini sunat bagi khatib membanyakkan istighfar, berdoa, bertaubat, merendah diri dan bertawassul dengan orang yang soleh dan yang bertaqwa.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Anas RA apabila berlaku kemarau, Umar bin al-Khattab RA memohon hujan dengan perantaraan Abbas bin Abdul Muttalib dengan berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا. قَالَ فَيُسْقَوْنَ

Maksudnya: “Ya Allah! Dahulu kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami maka Engkau menurunkan hujan ke atas kami. Dan sekarang kami bertawassul pula kepada-Mu dengan bapa saudara kami, maka turunkanlah hujan ke atas kami. Anas berkata: Mereka pun diturunkan hujan.”

Riwayat al-Bukhari (964)

iv. Sunat dibawa bersama-sama ke kawasan bersolat kanak-kanak, orang tua dan binatang ternakan. Ini adalah kerana bencana yang menimpa turut mengenai mereka semua. Begitu juga ahli zimmah tidak wajar dihalang untuk turut hadir bersama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/585)

Doa Untuk Memohon Hujan

Doa yang dianjurkan untuk memohon hujan, antaranya:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقيَا رَحْمَةٍ وَلاَ سُقيَا عَذَاب ٍوَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، غَدَقاً مُجَلَّلاً عَاماً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ وَالْبَهَائِمِ وَالخَلْقِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لنَا الزَّرْعَ وَأَدِر لَنَا الضَّرْعَ وَاسْقِنَا مِنْ بَركَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَركَاتِ الأَرْضِ اللَّهُمَّ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْركَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً

Maksudnya: “Ya Allah! jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan bukan bala bukan kehancuran bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami, bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari Kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa.

Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran,kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu.

Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan dari langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanam-tanaman yang berkat

Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada siapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.”

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ ، وَبَهَائِمَكَ ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan pada hamba-Mu, pada haiwan ternak-Mu. Berikanlah keluasan rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.”

Riwayat Abu Daud (1176)

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan.”

Riwayat al-Bukhari (1014) dan Muslim (897)

Kisah Nabi SAW Berdoa Minta Hujan

Kami kemukakan di sini sebuah kisah sepertimana riwayat Anas bin Malik R.A, katanya:

أَنَّ رَجُلاً دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ جُمُعَةٍ مِنْ بَابٍ كَانَ نَحْوَ دَارِ الْقَضَاءِ , وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمٌ يَخْطُبُ , فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمًا , ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلَكَتِ الأَمْوَالُ , وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ ، فَادْعُ اللَّهَ تَعَالَى يُغِثْنَا , قَالَ : فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا. قَالَ أَنَسٌ : فَلا وَاَللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلا قَزَعَةٍ , وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلا دَارٍ . قَالَ : فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ . فَلَمَّا تَوَسَّطَتِ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ، ثُمَّ أَمْطَرَتْ , قَالَ : فَلا وَاَللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سَبْتًا .

Maksudnya: “Seorang lelaki memasuki masjid pada hari Jumaat melalui pintu yang bertentangan dengan Dar al-Qadha. Ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah dalam keadaan berdiri. Lelaki itu berkata: ‘Hai Rasulullah, harta-harta telah binasa dan jalan-jalan terputus (banyak orang kelaparan dan kehausan). Mohonlah kepada Allah agar menurunkan hujan!’. Rasulullah SAW lalu mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan: “اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا” (Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan.). Anas berkata: ‘Demi Allah, sebelum itu kami tidak melihat sedikit pun awan tebal mahupun yang nipis. Awan-awan juga tidak ada di antara tempat kami, di bukit, rumah-rumah atau satu bangunan pun”. Anas berkata, “Tetapi tiba-tiba dari arah bukit tampaklah awan bagaikan sebuah perisai. Ketika sudah berarak sampai ke tengah langit, awan pun berpisah dan hujan pun turun”. Anas melanjutkan, “Demi Allah, sungguh kami tidak melihat matahari selama tujuh hari (ini kerana banyaknya hujan).”

Riwayat al-Bukhari (1014) dan Muslim (897)

Kisah ini jelas menunjukkan bahawa Allah lah yang menurunkan hujan walaupun pada zahirnya tiada apa-apa yang berlaku untuk menunjukkan turunnya hujan. Pensyariatan solat Istisqa’ atau doa minta hujan adalah ajaran dan perintah Rasulullah SAW kepada umatnya.

Garis Panduan Menghadapi Darurat Bencana Jerebu

Kami kemukakan juga di sini berkenaan garis panduan sekiranya berlaku darurat bencana jerebu. Apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan perlu seperti berikut:-

a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.

Nasihat penutupan ini adalah dikecualikan bagi:

Semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu.

Perkhidmatan perbankan dan kewangan;
Perkhidmatan-perkhidmatan membekal bahan-bahan pembakar dan minyak pelincir;
Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara;
Perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada kaitan dengannya;
Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen;
Perkhidmatan-perkhidmatan Telegraf
Perkhidmatan-perkhidmatan Telefon dan Telekomunikasi;
Perkhidmatan-perkhidmatan Pos;
Perkhidmatan-perkhidmatan Penjara;
Perkhidmatan-perkhidmatan Bomba;
Perkhidmatan-perkhidmatan Kesihatan Awam;
Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Elektrik;
Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Air;

b) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta mana-mana agensi yang berkaitan melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu;

c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan penyiaran maklumat-maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam;

d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara;

e) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi-agensi lain;

f) Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan;

g) Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu; dan

h) Semua Kementerian, Jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti-aktiviti luar atau riadah yang melibatkan masyarakat.[8]

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Kami berpendapat , situasi pada masa kini amat perlu kewaspadaan dan penjagaan kesihatan dengan lebih baik oleh seluruh masyarakat. Pada saat yang sama, usaha kerajaan dan ikhtiar yang dilakukan seperti pembenihan awan dan memberi maklumat dari semasa ke semasa di samping arahan oleh pihak yang berautoriti diucapkan jutaan terima kasih.

Begitu juga ikhtiar yang lain, dengan mengadu dan munajat kepada Tuhan untuk diturunkan hujan yang berperanan bukan semata-mata membersih bumi dan sesuai untuk membersih tubuh badan manusia, tetapi dengan turunnya hujan, maka udara yang berada di sekeliling kita juga dibersihkan oleh hujan tersebut.

Makanya, jerebu akan hilang ketika itu, cuaca dan udara akan menjadi bersih dan baik serta memberi kelegaan kepada kita dalam mengharungi kehidupan dengan lebih tenang dan teratur.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengesyorkan kepada pihak kerajaan dan yang berautoriti supaya diadakan:

Doa khas pada Khutbah Jumaat yang akan datang seperti:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقيَا رَحْمَةٍ وَلاَ سُقيَا عَذَاب ٍوَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، غَدَقاً مُجَلَّلاً عَاماً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ وَالْبَهَائِمِ وَالخَلْقِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لنَا الزَّرْعَ وَأَدِر لَنَا الضَّرْعَ وَاسْقِنَا مِنْ بَركَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَركَاتِ الأَرْضِ اللَّهُمَّ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْركَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً

Solat Istisqa’.

Kami cadangkan ia dilakukan pada hari Isnin, lebih kurang pada jam 9 pagi di masjid-masjid utama. Sebelum itu, pada hari Jumaat, khatib berpesan kepada sidang jemaah supaya:
-Bertakwa
-Banyakkan beribadat
-Bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT
-Bertaubat dan beristighfar
-Serta berniat untuk mengadakan solat Istisqa’ pada hari Isnin secara berjemaah.

Semoga usaha seperti ini menatijahkan hujan yang akhirnya membantu menyelesaikan isu jerebu ini. Amin.

Kami akhiri dengan firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.”

(Surah Nuh: 10-11)

Ibnu Kathir menyebut: “Maksudnya, jika kamu bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan membanyakkan rezeki kamu dan menurunkan air hujan serta keberkatan dari langit. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 8/233)

Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
19 September 2019 bersamaan 19 Muharam 1441H.

SUMBER: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3687-bayan-linnas-siri-ke-213-isu-jerebu-dan-penyelesaiannya

Semoga bermanfaat~!

Till next time, daa~ wassalam! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/09/cara-hilangkan-jerebu-panggil-hujan-ini-5-tips.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu

Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 388 hits
Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu Ya sekarang nie negara kita sedang dilanda jerebu asap yang tebal daripada maklumat is dapat Hutan Amazon sedang terbakar dan lebih 10 ribu laporan hutan terbakar di Amazon Hujan yang turun sekali sekala ki...
Jerebu Ini 10 Tips Daripada Kementerian Kesihatan

Jerebu Ini 10 Tips Daripada Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 323 hits
Berita Bacaan Indeks Pencemaran Udara sehingga ke hari ini masih di tahap membimbangkan sehubungan itu Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang 1 Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedah...
Jangan Seronok Sangat Kalau Hujan Musim Jerebu Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu

Jangan Seronok Sangat Kalau Hujan Musim Jerebu Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 618 hits
Kita sudah sedia maklum bahawa negara kita ini sedang dilanda jerebu yang agak teruk hasil daripada pembakaran hutan serta musim kering yang berlaku Seperti mana yang telah diketahui bacaan indeks pencemaran udara yang dicatatkan sehingga h...
Cara Menghilangkan Masalah Jerebu Jom Sama Sama Buat

Cara Menghilangkan Masalah Jerebu Jom Sama Sama Buat

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 487 hits
Cara Menghilangkan Masalah Jerebu Jom sama sama buat Jerebu semakin meruncing Tapi tengah hari tadi dah kurang dah Alhamdulillah Tapi ada beberapa kawasan masih tinggi bacaan IPU nya Sampai bila nak jerebu Kita tak tau la kan Tapi sebagai o...
Tips Travel Cara Terpantas Ke Klia

Tips Travel Cara Terpantas Ke Klia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 466 hits
aku baru tahu ada cara paling mudah dan terpantas untuk pergi ke KLIA melalui train pernah jugak terbaca kat google pergi ke KLIA melalui KLIA Express atau KLIA Transit tapi aku tak research banyak sebab ingatkan mahal naik train kalau tak ...
Cara Hilangkan Batuk Dengan Halia Dan Pudina

Cara Hilangkan Batuk Dengan Halia Dan Pudina

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 593 hits
Cara Hilangkan Batuk Dengan Halia Dan Pudina Nak kata petua pun boleh Batuk kalau dah berpanjangan berbulan bulan mesti buat kita tak selesa dan sakit kat perut Sebab tekan perut bila batuk Kadang baik seminggu dua then datang balik Ada ban...
Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

Dilanda Jerebu Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai Ramai Mohon Hujan Diturunkan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 610 hits
Ribuan penduduk Indonesia membuat solat hajat memohon agar hujan turun untuk mengurangkan jerebu yang melanda beberapa bandar di kepulauan Sumatra dan Borneo pada hari ini kebakaran hutan berlaku kerana Indonesia kini sedang menghadapi musi...
Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 870 hits
Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu Di ketika negara kita sedang dilanda masalah jerebu yang agak serius dan beberapa kawasan sekolah juga ditutup pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan beberapa tips kesihatan untuk kita ikuti Tips Ja...
Terkait Kebakaran Hutan Ini 3 Cara Memohon Agar Hujan Cepat Turun

Terkait Kebakaran Hutan Ini 3 Cara Memohon Agar Hujan Cepat Turun

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 280 hits
Hujan sangat berarti bagi manusia Bisa dibayangkan betapa panasnya suatu wilayah bila tidak pernah hujan sama sekali Karena itu bila musim kemarau dan paceklik tiba itu bisa tidak menguntungkan bagi manusia terutama orang yang profesinya se...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri