Cara Melakukan Sujud Sahwi



Bagaimana cara melakukan sujud sahwi?
Panduan ini akan membantu anda belajar melaksanakan sujud sahwi dengan betul secara langkah demi langkah.
Bacaan juga dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi memudahkan anda yang tidak boleh membaca tulisan arab.
Selain itu, panduan ini turut dilengkapkan dengan soal jawab masalah sering berlaku berkaitan sujud sahwi.
Semoga membantu.

Isi Kandungan: 1. Pengenalan & Syarat Sujud Sahwi
2. Cara Melakukan Sujud Sahwi & Bacaannya
3. Masalah-Masalah Berkaitan Sujud Sahwi
Tertinggal perkara fardu atau rukun Terlupa sujud sahwi Imam terlupa sujud sahwi Tertinggal sunat ab’adh Ragu-ragu dengan bilangan rakaat  
Pengenalan & Syarat Melakukan Sujud Sahwi Sahwi disini bermaksud lupa, iaitu lupa dalam melakukan salah satu perbuatan solat yang tertinggal secara tidak sengaja.
Sujud sahwi merupakan dua sujud tambahan sebelum salam bertujuan untuk menutup kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut.
Hukum sujud sahwi ialah sunat muakkad.
Sujud sahwi dibolehkan apabila:
Lupa membaca tahiyat awal Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan Ragu-ragu dalam jumlah rakaat Tertinggal doa qunut sewaktu solat subuh  
Cara Melakukan Sujud Sahwi Dan Bacaannya Cara-cara melakukan sujud sahwi ialah:
Apabila selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum salam, terus sujud untuk sujud sahwi pertama dan bacalah sebanyak tiga (3) kali:

 Subhaa na man laa yanaa mu walaa yashuu 
Maksudnya:
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
Sesudah itu, bangkit ke kedudukan antara dua sujud.
Sewaktu ini, boleh dibaca bacaan sebagaimana bacaan antara dua sujud solat fardu atau memadai dengan diam sahaja beserta tamakninah (diam sebentar).
Seterusnya lakukan sujud sahwi kedua dan bacalah sebagaimana sujud sahwi pertama sebanyak tiga (3) kali:

 Subhaa na man laa yanaa mu walaa yashuu 
Maksudnya:
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
Selesai sujud sahwi yang kedua, duduklah kembali sebagaimana duduk tahiyat akhir dan berilah salam.

Maksudnya:
Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah
 
Masalah Yang Berhubung Dengan Sujud Sahwi 1. Tertinggal Perkara Fardu / Rukun Sekiranya tertinggal salah satu daripada fardu atau rukun, solat tidak boleh ditutup dengan sujud sahwi semata-mata.
Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yang tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam.
Contohnya:
Terus sujud dan meninggalkan rukuk (terlupa).
Maka hendaklah dia bangun semula untuk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam.
Ataupun ia teringat selepas salam, seumpamanya, ia terlupa membaca al-fatihah pada mana-mana rakaat, walaupun ia telah bercakap sikit, maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dengan menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.
Apabila seseorang itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab’adh ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna.
Contohnya:
Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud.
Dalam sujud itu baru ia teringat, maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu.
Tetapi kalau belum sempurna sujudnya, maka bolehlah ia bangun semula untuk berqunut.
Sekiranya ia sudah turun daripada iktidal (berdiri setelah rukuk) dan belum sampai had rukuk, maka ia bangun membaca qunut, ia tidak sunat sujud sahwi.
Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk, belum sampai sempurna sujud dia boleh kembali membaca doa qunut, tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi.
Begitu juga jika tertinggal membaca tahiyat awal.
Sekiranya dia teringat sebelum naik ke batas rukuk, maka bolehlah ia duduk membaca tahiyat dan tidak sunat sujud sahwi.
Sekiranya dia teringat setelah naik ke batas rukuk, tetapi belum sempurna berdiri, maka sunat ia sujud sahwi.
Sekiranya telah berdiri, maka tidak boleh turun semula.
Bahkan kalau dilakukan juga, maka solatnya terbatal.
Hanya disunatkan sujud sahwi sahaja untuk menampulkan sunat yang tertinggal itu.
2. Terlupa Sujud Sahwi Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam, maka bolehlah dia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak terlalu lama.
Walau bagaimana pun, kalau tertinggal sujud sahwi itu, tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja.
3. Imam Terlupa Sujud Sahwi Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
4. Tertinggal Sunat Ab’adh Apabila dia tidak melakukan salah satu daripada sunat-sunat yang menyebabkan sujud sahwi seperti tasyahud awal, qunud dan sebagainya seperti yang telah dijelaskan.
5. Syak Pada Bilangan Rakaat Apabila dia tidak pasti bilangan rakaat yang telah dilakukan.
Contohnya:
Seseorang yang bersolat zuhur, kemudian syak sama ada dia sudah melakukan 3 atau 4 rakaat.
Maka, dia perlu mengambil bilangan yang sedikit, iaitu 3 rakaat dan menambah satu lagi rakaat serta disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.
The post Cara Melakukan Sujud Sahwi (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/melakukan-sujud-sahwi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Sujud Syukur

Cara Sujud Syukur

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 515 hits
Cara Sujud Syukur Sujud syukur adalah sujur kerana mendapat kegembiraan dan nikmat Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini 1 Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahira...
Punca Sakit Kepala Dan Cara Elak Berlarutan

Punca Sakit Kepala Dan Cara Elak Berlarutan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1138 hits
Anda kerap sakit kepala Sakit kepala sesekali seumur hidup tu boleh di anggap biasa Tetapi jika ia kerap berulang dan berlaku dalam sela masa yang dekat ia mungkin menjadi sesuatu yang merbahaya jika dibiarkan tanpa pemeriksaan Menurut Paka...
Cara Atasi Masalah Gusi Berdarah

Cara Atasi Masalah Gusi Berdarah

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 835 hits
Adakah anda kerap alami gusi berdarah Mesti anda selalu perasan semasa anda gosok gigi sedar sedr buih buih ubat gigi tu dan berwarna merah Scary kan Gusi berdarah adalah tanda tanda awal yang menunjukkan anda sedang mengalami masalah pada ...
Punca Sakit Pinggang Dan Cara Mengatasinya

Punca Sakit Pinggang Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 498 hits
Sakit pinggang bukan sahaja menyerang golongan tua tetapi golongan muda tidak terkecuali Ia boleh menyerang semua lapisan masyarakat lelaki mahupun wanita kecuali kanak kanak Jika masalah ini berlarutan berminggu minggu hingga berbulan bula...
Kebas Kaki Dan Tangan Punca Serta Cara Mengatasinya

Kebas Kaki Dan Tangan Punca Serta Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1362 hits
Adakah anda sering mengalami kebas di kaki dan tangan Kebas sebenarnya adalah keadaan di mana berlaku kekurangan rasa Ia sering kali dikaitkan dengan iritasi saraf atau saraf yang terhimpit terutama di bahagian hujung saraf seperti di hujun...
3 Punca Sakit Tekak Yang Harus Anda Ketahui Supaya Tidak Tersilap Memilih Cara Untuk Pulih

3 Punca Sakit Tekak Yang Harus Anda Ketahui Supaya Tidak Tersilap Memilih Cara Untuk Pulih

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1064 hits
Anda sedang mengalami sakit tekak sehingga tekak terasa kering dan suara menjadi serak Kemudian ditambah pula dengan batuk batuk badan berasa lemah dan akhirnya terasa sukar nak bekerja Keadaan ini sangat menggangu terutamanya mereka yang s...
Mitos Jeragat Keturunan Dan Cara Mengatasinya

Mitos Jeragat Keturunan Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 527 hits
Jeragat bintik hitam atau freckles adalah masalah kulit yang menyebabkan tompokan yang tidak rata Tompokan ini boleh jadi warnanya hitam pekat atau hitam kelabu Ia juga boleh tumbuh seperti satu peta yang besar mahupun bintik bintik yang me...
Cara Buat Duit Modal Rendah Untung Besar

Cara Buat Duit Modal Rendah Untung Besar

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 370 hits
Berminat nak tambah pendapatan tapi tak ada pengalaman tak ada ilmu tak ada produk dan tak ada modal yang besar Jangan risau anda tidak berseorangan Suatu ketika dahulu saya juga seperti anda Sentiasa risau perlukan modal yang besar tapi ri...
5 Cara Atasi Malas

5 Cara Atasi Malas

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 538 hits
5 Cara Atasi Malas Malas ni satu penyakit sebenarnya Jangan biasakan dan selesa dengan penyakit ni Malas ni biasa salah satu sifat manusia Tapi jika dibiarkan tanpa dirawat akan menjadi sifat ni Sifat malas ni ada doa untuk merawatnya Tapi ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu