Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki Dan Perempuan Video
Assalaamualaikum
Semua orang tahu bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian.
Dengan akal yang logik, kita sendiri kurang senang kalau tubuh badan kita kotor dan orang lain juga tidak suka kalau mereka tahu badan kita kotor.
Oleh itu, Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kebersihan dalaman mahupun luaran.
Dalam perihal mandi juga ada cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.
Mari kita belajar cara mandi yang betul untuk lelaki dan perempuan.
Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki dan Perempuan [ Video ]
Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki dan PerempuanSebelum kita bincang tentang cara mandi wajib yang betul untuk lelaki dan wanita, saya rasa adalah lebih baik kita ambil tahu beberapa perkara penting yang berkaitan dengan mandi menurut Islam
Perkara yang mewajibkan mandi
1. Bersetubuh (berjimak)Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunatkan ke dalam faraj).
Sama ada keluar mani atau tidak, tetap wajib mandi
2. Keluar maniSecara sengaja mahupun tidak tetap wajib mandi
3. MatiMeniggal dunia kecuali mati syahid4. Haid
Darah yang keluar bagi wanita yang sudah akil baligh
5. NifasDarah yang keluar mengiringi selepas bersalin
6. WiladahBersalin
Rukun Wajib MandiRukun mandi wajib hanya ada 2 iaitu niat dan membasuh seluruh anggota tubuh yang zahir
1. Niat
2. Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk rambut, bulu-bulu yang terdapat di anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar
Rambut yang terikat perlu diuraikan
Jika air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya
Cara Mandi Yang BaikCara mandi yang baik adalah cara Rasulullah SAW
Menurut riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW mandi dengan memulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya
Menurut riwayat Muslim, kemudian Rasulullah SAW mencurahkan air dengan kanannya ke atas tangan kiri, lalu membasuh kemaluannya
Perempuan-perempuan yang mandi wajib kerana haid, sunat menggunakan sedikit kasturi atau benda lain yang agak wangi untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dengan ara melerakkan wangian itu di atas kapas dan dicalit ke dalam faraj (kemaluan)
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW bermaksud:
Ambil sedikit kasturi kemudian bersihkan dengannya
Perkara Sunat Mandi WajibMembasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas airMembasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kotoran yang ada pada badanBerwudukMenyelati rambut kepada dengan air kemudian membasuh kepada tiga kaliMembasuh bahagian kanan dulu kemudian kiriMenggosok badan dan berturut-turut dalam membasuh anggotaMengmbil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk.
TambahanSekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
Mandi junub boleh dirangkumkan dengan mandi sunat sekali
Setelah mandi hadas besar maka tidaklah wajib mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat
Video Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki dan PerempuanPanduan Mandi Wajib
Syarat mandi wajib yang sah
Cara mengelakkan was-was ketika mandi wajib
Sunnah Mandi Wajib
Kesimpulan
Panduan cara mandi wajib di atas dirujuk dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat.
Adalah digalakkan belajar ilmu fardu ain ini secara berguru dan sebarang masalah yang timbul boleh bertanya langsung kepada guru yang mahir
Mudah-mudahan panduan ini memberi sedikit panduan dan mencetus mahu untuk kita semua terus mendalami ilmu fardu ain
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/06/cara-mandi-wajib-yang-betul-untuk.html