Cara Kongsi Lkm Myjpj 2024
CARA KONGSI LKM ( Roadtax Digital ) MyJPJ 2024
Bagaimana jika anda ingin meminjam kenderaan atau kenderaan tersebut dinamakan atas orang lain? Sudah semestinya agak sukar untuk kerana hanya pemilik kenderaan sahaja yang mempunyai roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk kongsi roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ, semoga membantu.
APA ITU ROADTAX
Roadtax atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) lebih dikenali dengan istilah cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah
MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ
Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:
Google Playstore bagi pengguna Android
Apple App Store bagi pengguna IOS
CARA KONGSI ROADTAX DIGITAL GUNA MyJPJ
Untuk maklumanan anda, pengkongsikan roadtax digital ini boleh dilakukan bagi kenderaan selain motosikal sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk kongsi roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ iaitu:
Pemilik Kenderaan
Buka aplikasi MyJPJ di telefon dan log masuk ke dalam akaun anda
Pada paparan menu utama klik pada bahagian Profil dan pilih pada Lesen Kenderaan Motor
Seterusnya pada bahagian Selain Motosikal, klik pada no pendaftaran kenderaan yang anda ingin kongsikan.
Paparan roadtax digital akan tertera. Scroll ke bawah dan klik pada Kongsi LKM
Pada bahagian Senarai Penerima LKM Digital, klik pada simbol ‘+’
Masukkan maklumat penerima yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
No kad pengenalan penerima
Tarikh Mula dan Tarikh Akhir (pengkongsian roadtax)
Setelah lengkap klik Hantar
Nama penerima akan tertera. Sahkan, jika betul klik pada YA
Paparan permohonan pengkongsian anda berjaya. Terdapat kod keselamatan yang tertera. Anda perlu berikan kod keselamatan tersebut kepada penerima untuk pengaktifan.
Bukan Pemilik Kenderaan (penerima roadtax digital)
Buka aplikasi MyJPJ di telefon dan log masuk ke dalam akaun anda
Pada paparan menu utama klik pada bahagian Profil dan pilih pada Lesen Kenderaan Motor
Scroll ke bawah di bahagian LKM Dikongsikan dan klik pada no pendaftaran kenderaan yang dikongsikan tersebut
Masukkan kod pengaktifan yang telah dikongsikan pada ruangan tersedia dan klik Hantar
Selesai, roadtax digital tersebut berjaya dikongsikan dengan anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara kongsi LKM (roadtax digital), anda boleh berhubung melalui saluran berikut:
Portal rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
Emel:
[email protected]
Hubungi Talian: 03-2724 2522
ARTIKEL LAIN:
CARA TUKAR ALAMAT EMEL DI TIKTOK FACEBOOK MyJPJ (Change Email Address)
SENARAI KAUNTER BERGERAK JPJ (JPJ Mobile) MENGIKUT NEGERI
The post CARA KONGSI LKM ( Roadtax Digital ) MyJPJ 2024 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-kongsi-roadtax.html