Cara Kira Gcr Penjawat Awam 2022


Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat bagi tujuan award wang tunai (GCR) penjawat awam daripada 160 hari ke 180 hari.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka.
Sebelum itu, Kerajaan telah melaksanakan kemudahan untuk membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari mulai tahun 2022 ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) terkini yang telah diumumkan melalui pindaan Warta Kerajaan 2022.
Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam? Gantian Cuti Rehat atau GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
Kenaikan Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2022 Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.
Perkara ini diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XVIII pada 30 Ogos 2022.
Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak.
PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) Untuk makluman, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.
Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan pegawai.
Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR. Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.
Kelayakan Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun Pindaan Terkini Warta Kerajaan berkaitan Pindaan Peraturan Pencen 2022 telah pun dikeluarkan oleh JPA.
Ringkasan seperti berikut:
Jumlah GCR yang boleh ditebus dengan wang tunai dipinda daripada 150 hari kepada 160 hari.Penebusan GCR dibenarkan kepada Penjawat Awam yang telah mengumpul GCR sekurang-kurangnya 80 hari.Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.Pengiraan = 1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari. Rujuk lampiran penuh seperti di bawah:
Cara Kira GCR Penjawat Awam Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR .Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,
Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak. Dokumen yang diperlukan:
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.1 salinan kenyataan cuti2 salinan penyata kiraan cuti1 salinan kad pengenalan1 salinan surat permohonan pesara/waris. Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.
Baca juga:
Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & BakiAKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online Maklumat Lanjut Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut:
https://www.jpa.gov.my/
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gcr-gantian-cuti-rehat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gcr-gantian-cuti-rehat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 1075 hits
Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan sama bagi semua kakitangan awam Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelomp...
Gcr Tambah 20 Hari Kgt Naik Rm100 Buat Penjawat Awam Bermula 2023

Gcr Tambah 20 Hari Kgt Naik Rm100 Buat Penjawat Awam Bermula 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 289 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan dan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Kelu...
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 286 hits
satuberita myBy August 30 2022DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah Menurut Perdana Menteri bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen ...
Setiap Orang Perlu Berkorban Gaji Penjawat Awam Korea Dipotong Untuk Tangani Inflasi

Setiap Orang Perlu Berkorban Gaji Penjawat Awam Korea Dipotong Untuk Tangani Inflasi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 173 hits
Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck soo pada Isnin berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi lapor Yonhap Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar f...
Berita Gembira Buat Penjawat Awam

Berita Gembira Buat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 159 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Khas untuk penjawat awam Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai daripada 160 hari ke 180 hari Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas ...
Beri Ambil Undi Adalah Rahsia Berita Gembira Buat Penjawat Awam Menjelang Pilihanraya

Beri Ambil Undi Adalah Rahsia Berita Gembira Buat Penjawat Awam Menjelang Pilihanraya

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 111 hits
Berita gembira menanti penjawat awam PMPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan umum berita gembira buat penjawat awam dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan 30 Ogos ini Ia sebagai penghargaan kerajaan Kel...
Kita Akan Umumkan Sesuatu Untuk Mengubat Duka Lara Penjawat Awam 30 Ogos Nanti Pm

Kita Akan Umumkan Sesuatu Untuk Mengubat Duka Lara Penjawat Awam 30 Ogos Nanti Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 176 hits
The ReporterPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada 30 Ogos ini Beliau berkata kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajuinya sentiasa menghargai pengor...
Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 134 hits
PM dikatakan akan mengumumkan hadiah kepada kakitangan awam seteah sekian lama tidak diberikankenaikan gaji Sepatutnya ianya disemak settiap 5 tahun sekali CUEPAC MINTA 2 KENAIKAN TKGELAUNG ITPCOLA KERAJAAN BAGI INI Pengumuman PM pada 30 8 ...
Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 165 hits
Foto Malaysia NowPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitn...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional