Cara Keluarkan Duit Adsense Guna Western Union
Alhamdulillah..hasil menabung di Adsense bertahun-tahun..Bulan lepas dah cukup amount untuk keluarkan..Yeay..Rezeki Rezeki...Google Adsense Medium PengiklananDulu masa mula-mula blog, k.fiezz tak tahu pun dari blog ni boleh jana income..Bila dah lama berkecimpung dengan dunia blog, baru tahu. Banyak platform kita boleh dapatkan sumber iklan yang kita boleh letakkan di blog & dapat income dari setiap orang yang klik pada banner iklan kita. Antara contoh medium pengiklanan yang paling popular adalah Adsense..
Tapi nak dapatkan iklan dari adsense ni kena mohon dulu dari Google Adsense. dan bukan terus-terus mohon, dapat yea. Kena tunggu. K.fiezz sendiri berapa kali kena reject mula-mula. Giveup rasa.
Baca di sini >> lulus pun mohon adsense
Selepas beberapa kali, di tolak dan di tolak oleh Adsense, berjaya pun lulus tahun 2016. Dan sejak tu banyak dah iklan dari Google Adsense yang berlegar-legar kat blog k.fiezz ni. Tapi kebiasaannya iklan yang masuk dalam blog kita ni, berdasarkan content yang kita tulis dalam blog.PILIH WESTERN UNION UNTUK CASH OUT DUIT DALAM ADSENSEOkey dah cerita sejarah k.fiezz terjebak dengan adsense. Kat bawah ni, meh k.fiezz kongsikan pula cara keluarkan duit adsense yang dah cukup jumlah untuk di cash out..
Ada beberapa cara untuk dapatkan duit tabungan kita dalam Adsense ni. Kita boleh pilih pembayaran melalui cek, bank in terus ke dalam akaun atau western union.
Dan k.fiezz pilih western union. Sebab, tak ada sebarang caj dikenakan & bayaran diterima full amount..Untuk pengetahuan korang.nilai iklan dari google adsense ni, mengikut nilai mata wang USD tau. so jumlah yang boleh dikeluarkan bila dah cukup USD100..korang kira la sendiri, berapa dah tukar ke RM kita..hehe
Macamana cara nak keluarkan Duit Adsense guna Western Union?Bila dah cukup jumlah (100usd), kita cuma bawa surat dari google adsense dan terus ke mana2 tempat yang ada servis western union. K.fiezz pilih pejabat pos memandangkan ada satu kat kawasan pejabat k.fiezz.
Jom tengok cara keluarkan duit adsense melalui Western Union.. Nampak tak anak panah, klik pada 3 titik tu.
Pilih View Payment
Kalau belum setting cara pembayaran, Klik yang anak panah tu. Set dulu cara pembayaran yang korang nak.
Lepas dah set cara pembayaran, korang cuma semak pada dashboard account google adsense masing-masing seperti anak panah tu. Kalau Adsense dah update bayaran telah dibuat, baru boleh kita keluarkan. Kalau malas nak semak, tunggu je e-mail dari Google yang akan beritahu payment telah dibuat. Dan lepas tu, klik pada View Transactions
Nanti boleh nampak description macam anak panah tu. Klik je pada ayat tu untuk dapatkan surat dari Google Adsense seperti di bawah ni..
Surat ni print out dan bawa masa ke pejabat pos atau mana-mana tempat yang ada perkhidmatan Western Union. Nampak tak yang di bulatkan tu. Dalam borang penerimaan Wang Western Union, Kena masukkan nombor tu nanti.. Lepas dah siap isi borang ni, cuma bagi kad pengenalan dan tunggu beberapa minit. Proses menunggu dia makan masa 15-20 minit lebih kurang. Tengok pada kelajuan pekerja masa tu. hehe..
Lepas proses semua berjalan lancar, terus dapat duit on the spot..Shopping time..hehe..kakak fiezz, kira shopping je..hehe
Pendapatan dalam adsense ni kalau blogger yang terer dengan adsense boleh cash out tiap-tiap bulan weiii. K.fiezz ni pun jenuh. 4 tahun baru cukup 100usd..fuhhh..lap peluh. Jenuh nak tarik trafik. Siapa kata senang jadi blogger. Penat tau..Nak perah idea menulis..Tu pasal la kami-kami blogger ni caj setiap servis review di blog. Idea tu, beb..Mahal tau dak..Bukan jenis copy paste. Mungkin ada..tapi k.fiezz, nope..Tak berkat rezeki yang dapat. so better usaha menulis dari idea sendiri.
Nota Kaki - Cuba aim untuk cash out tiap-tiap bulan 100USD. aamiin. moga berjaya, k.fiezz. hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/02/Cara-Keluarkan-Duit-Adsense-Guna-Western-Union.html