Cara Isi Nama Ketika Membuat Penempahan Tiket Kapal Terbang
Di Twitter sebelum ini ada nitezen berkongsikan pengalaman beliau dimana nama yang tertera di tiket kapal terbang milik beliau tidak sama dengan nama yang ditulis di passport. Sekali gus telah memberikan sedikit kesukaran kepada beliau sehingga terpaksa jumpa dengan pihak tertentu di Airport Incheon untuk menyelesaikan masalah ini.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku tidak kira di mana-mana airlines atau di mana-mana airport, pastikan kita mengikut guidelines dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi-lagi bila berada di negara orang.
Baca juga : Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia
Jika di Malaysia, sudah pastinya airlines yang terkenal adalah Malaysia Airlines (MAS) dan juga Air Asia (AA). Mereka juga telah menyediakan tunjuk ajar atau guidelines bagi mereka yang ingin isi nama ketika membuat penempahan tiket kapal terbang.
Cara Isi Nama Ketika Membuat Penempahan Tiket Kapal Terbang
Disini aku kongsikan 2 Airlines utama iaitu Malaysia Airlines dan Air Asia bagaimana cara isi nama ketika membuat penempahan tiket kapal terbang secara ringkas. Jadi selepas ini anda boleh aplikasikan cara ini ketika membuat penempahan tiket.
Yang paling terbaru adalah melawat Perth, Australia, tempahan tiket telah dibuat mengikut panduan yang disediakan oleh pihak MAS. Jadi tiada sebarang masalah berlaku ketika itu.
nama pada tiket MAS : Bin Abdullah / Aiman Mr
Malaysia Airlines
Malaysia Airlines (MAS) antara syarikat penerbangan terkenal dunia dan utama di Malaysia. Sudah pastinya ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka ketika ingin melancong ke luar negara. Antara panduan yang disertakan adalah seperti berikut:
Sila masukkan nama anda seperti yang ditunjukkan pada pasport anda dan gunakan aksara abjad A-Z dan a-z, maksimum 40 aksara untuk nama Akhir / Keluarga; 25 aksara untuk nama Pertama & Tengah.Jumlah panjang maksimum gabungan nama, pertama, tengah dan nama akhir termasuk tarikh lahir anak atau bayi adalah 56 aksara.Sebagai panduan, sila rujuk kepada contoh berikut (Last Name = Nama Akhir / Keluarga , First & Middle Name = Nama Pertama & Tengah).Bagi pemegang pasport Malaysia, nama pada pasport adalah tanpa lajur nama pertama dan terakhir.Semua pemegang pasport lain dengan lajur pertama dan nama yang berasingan, masukkan nama tersebut dengan sewajarnya.Antaramuka ketika membuat tempahan tiket di Malaysia Airlines
Pandua isi nama membuat tempahan tiket di Malaysia Airlines
Anda kene ikut panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysia Airlines bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Untuk panduan penuh anda boleh pergi ke Booking-Guide Malaysia Airlines. Jika lihat, MAS sedikit berbeza dengan nama kita, sepertinya mengikut piawaian seperti di luar negara.
Jika terdapat sebarang masalah seperti nama pada passport lain dengan tiket kapal terbang atau sebarang masalah anda boleh hubungi terus khidmat pelanggan Malaysia Airlines.
Air Asia
Air Asia (AA) juga antara Airlines yang terkenal di dunia dalam kategori tambang murah. Penerbangan yang merangkumi seluruh Malaysia dan beberapa tempat menarik di dunia. Sudah pastinya menjanjikan penjimatan dengan menggunakan Air Asia
Baca Juga : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?
Mereka juga menyediakan panduan cara untuk kenalpasti dan isi nama ketika membuat tiket penerbangan. Panduannya seperti berikut :
Semasa mengisi butiran guest details ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama anda dieja dengan betul dan secara mandatorinya sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan lain.
Antaramuka ketika membuat tempahan tiket di Air Asia
Pandua isi nama membuat tempahan tiket di Malaysia AirlinesUntuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan cara isi nama bagi penerbangan Air Asia ini, anda boleh terus rujuk Booking-Guide Air Asia. Urutan nama bagi Air Asia sama seperti nama kita di Malaysia, mungkin tiada masalah di sini
Jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan dengan perubahan nama dan sebagainya, anda boleh hubungi pihak Air Asia menerusi pelbagai talian di pautan contact ini
Sebelum anda ingin ke luar negara dan ingin membuat tempahan tiket kapal terbang, pastikan mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak Airlines bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Terus hubungi pihak Airlines untuk maklumat lanjut
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/10/cara-isi-nama-ketika-membuat-penempahan.html