Cara Hapuskan Pepijat Musuh Tidur Dengan Cara Semulajadi


Cara Hapuskan Pepijat Musuh Yang Mengganggu Tidur Lena | Sungguh tak lena tidur malam, asyik terganggu dengan kejap-kejap tergaru-garu di lengan dan kejap-kejap di peha, kejap kat lengan.  Dah jadi rutin untuk spray bilik dengan ubat nyamuk waktu Maghrib sebab musim panas ni memang banyak nyamuk tapi heran sebab malam tadi tak berkesan. Terkejut sungguh bila buka lampu, nampak kesan merah-merah dan nampak makhluk halus bertempiaran menyorok.

Aduhh, pepijat rupanya yang menganggu tidur hingga hilang keselesaan. Sempat juga tangkap seekor dan picit, mak aihhh punyalah busuk baunya dan ada darah. Pepijat ni adalah serangga kecil yang mana makanan utamanya adalah darah dan pepijat ni bersifat nokturnal, membuatkan mereka sangat aktif pada waktu malam. 




Sekiranya anda mengalami situasi gatal-gatal waktu tidur malam, mungkin bilik atau rumah anda telah dihuni oleh pepijat. Jangan bakar tilam atau buang perabut yang dihuni pepijat tapi ikuti solusi mudah untuk menghapuskan makhluk penghisap darah dari terus membiak.


Gigitan pijat ni bukan saja menyebabkan ketidakselesaan hingga menggangu tidur anda tapi menyebabkan anda takut nak tidur, jadi berikhtiarlah dan cari cara untuk menghapuskan pepijat dari rumah anda dengan segera.


Sewaktu umi mencari solusi dan kesan gigitan pijat, tak sangka ada kes dimana mereka yang digigit pijat mengalami alahan teruk antaranya demam, kesukaran bernafas dan degupan jantung tidak stabil hingga menyebabkan rawatan lanjut


APA ITU PEPIJAT


Pepijat atau pijat, juga dikenali sebagai bed bug adalah serangga halus yang hidup dengan menghisap darah setiap lima ke 10 hari. Ianya  boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Pepijat betina pula boleh bertelur sebanyak 500 biji sekali.


Pepijat ni tak sama macam kutu, bentuk pepijat ni bujur manakala kutu berbentuk kurus dan panjang walau keduanya bersifat menghisap darah. Pepijat ni lazimnya dijumpai di celah katil, tilam dan sofa serta kerusi kayu, manakala kutu hanya berada di celah bulu haiwan peliharaan.




SIFAT PEPIJATPepijat ni sejenis makhluk yang mudah berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan senang merebak. Antara sebab adanya pepijat di rumah dan membiak dengan mudah kerana beberapa perkara :


1. Perabut terpakai yang dibeli berkemungkinan telah dihuni pepijat dewasa dan bertelur hingga terjadi pembiakakan. 


2. Katil terpakai yang telah menjadi tempat pembiakan pepijat atau tilam baru yang kerapkali basah akibat kencing akan mengundang pembiakan pijat.


3. Pepijat akan mudah berhijrah apabila anda menginap di hotel yang sudah dijangkiti pepijat dan pepijat akan menumpang di celahan lipatan beg anda. Saiz pepijat ni kecil dan sangat laju untuk kita perasan dan sukar dikesan dengan mata kasar dengan mudah


4. Kemungkinan besar pepijat akan berhijrah apabila ada anak yang bersekolah asrama yang telah dijangkiti pepijat dan kemudian ianya berhijrah ke rumah anda.


Banyak lagi cara lain pepijat dapat berhijrah antaranya beg yang dijangkiti pepijat dibawa dan bersentuhan dengan beg orang lain mahupun di kawasan awam atau dalam pengangkutan awam.


KESAN GIGITAN PEPIJAT DAN CARA RAWATANApabila anda digigit pepijat, akan rasa gatal-gatal dan kelihatan bekas gigitan dengan bengkak kecil berwarna merah. Kalau anda sempat menangkap pepijat, segera picit dan darah akan keluar dari hasil picitan dengan bau pepijat yang busuk. 


Agak payah nak tangkap sebab pijat ni sangat laju bergerak dan kadang kala tidak dapat dikenal pasti kerana saiz pijat yang masih anak ni sangat halus




CARA MERAWAT GIGITAN PIJAT

Bagi anda yang punya alahan kulit, sewajarnya cuba beberapa cara dibawah untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk pada kulit anda antaranya:


a. cecair kumur mulut
Bahan ethanol di dalam cecair kumur mulut boleh bertindak sebagai bahan antiseptik dan bahan berakool ini dapat mengelakkan jangkitan yang lebih teruk.


b. kulit pisang
Kulit pisang mengandungi bahan bio-aktif seperti carotenoids dan polyphenols yang memberi kesan baik bagi merawat kesan gigitan pepijat.


c. Serbuk garam
Gunakan serbuk garam pada bahagian gigitan pijat yang dapat mengurangkan dan menghilangkan kesan gatal.




BUAT PEMERIKSAAN KAWASAN PEMBIAKAN PEPIJATAntara perkara yang perlu dilakukan adalah dengan memeriksa katil, tilam, bilik dan sofa anda di ruang tamu untuk kesan tinggalan pijat seperti telur dan tompokan darah serta warna seakan karat pada tilam, cadar, bantal mahupun dinding. Telur pijat juga terdapat pada dinding dan boleh dilihat menggunakan kanta pembesar.





Pepijat sangat aktif di waktu malam dan di kawasan yang gelap, jadi sekiranya anda digigit pijat, guna lampu suluh bukan memasang lampu kerana pijat sangat cepat bergerak hilang dari pandangan.


Pastikan anda membuat pemeriksaan menyeluruh di seluruh bahagian bilik dan kawasan yang berpotensi bagi memastikan anda dapat menghapuskan pepijat dan masalah pijat ini tidak berulang kembali


Darah kita adalah sumber makanan pijat, jadi pastikan anda membuat pemeriksaan sepenuhnya di celah kusyen, sofa dan perabut kayu kerana warna pijat seakan perabut kayu dan saiznya yang halus dan nipis dapat bersembunyi di celahan perabut hingga terhindar dari pandangan mata kita.


CARA KESAN KEWUJUDAN PEPIJAT
Tompokan darah pada bantal atau cadar di tempat tidur.Kesan warna seolah-olah karat pada tilam, cadar dan juga dinding.Bau hapak.Tompokan najis, telur pepijat pada kawasan yang terjejas.Pepijat hidup yang kebiasaannya akan ditemui dalam kumpulan




CARA HAPUSKAN PEPIJAT SECARA SEMULAJADIAda beberapa alternatif yang boleh dibuat sendiri antaranya :


a. Penyembur serai wangi
Semburan serai wangi antara cara semula jadi untuk menghilangkan pepijat. Ia tidak akan membunuh pepijat, tetapi baunya dikatakan tidak digemari oleh pepijat dan akan dihindari oleh serangga menghisap darah ini. Caranya, semburkan sahaja cecair serai wangi  di kawasan yang terjejas.


b. Daun durian belanda
Ambil beberapa helai daun belanda dan letakkan dibawah tilam. Bau daun durian belanda ini dikatakan tidak digemari pepijat


c. Dettol
Campurkan cecair pencuci tangan jenama Dettol dengan air panas dan semburkan pada celahan kawasan dijangkiti seperti menggunakan semburan serai wangi. Produk Dettol ini dapat membunuh bakteria juga dapat membantu menghapuskan pepijat.


d. Soda bikarbonat
Ambil soda bikarbonat, masukkan ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan berus, sapukan di kawasan yang terjejas. Biarkan selama seminggu untuk membunuh pepijat dan telurnya. 


e. thinner atau peluntur cat
Masukkan ke dalam bekas spray dan sembur pada kawasan yang dibiak pepijat.


f. Haba
Basuh fabrik seperti cadar, selimut dan sarung bantal dengan menggunakan mesin basuh pada suhu 60 darjah celsius untuk menghapuskan pepijat. Ini adalah cara berkesan menghilangkan pepijat katil yang sering bersarang di fabrik


Jangan campur fabrik yang dengan terjejas dengan pepijat dengan fabrik yang lain bagi  mengelakkan pepijat merebak.


Kalau dapat menjemur tilam atau perabut di bawah cahaya matahari, pun satu usaha yang bagus.


g. Vakum 

Proses vakum dapat menghapuskan pepijat dengan menggunakan sedutan vakum pada tahap maksima yang menyedut pepijat hingga tiada yang tertinggal.Selain vakum, anda boleh menggunakan pengewap pakaian, digunakan pada permukaan selepas memvakum bagi mematikan dan menghapuskan telur dan pepijat yang mungkin masih ada.Buang beg pembersih hampagas segera selepas memvakum dan pastikan sampah dan pepijat yang disedut dibuang ke dalam plastik dan diikat dengan kemas bagi memastikan tiada yang terlepas.Jika boleh, gantikan penapis pada vakum dengan penapis baharu. Vakum pula boleh dicuci dengan tuala lembap yang direndam dalam air sabun bagi memastikan risiko minima bagi sebarang pepijat untuk tertinggal.


Usaha menghapuskan pepijat ni perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan pepijat tidak menghantui tidur malam dan tidak membiak kembali.


Sekiranya semua penghapusan semulajadi yang anda buat tidak mendatangkan hasil, mungkin anda perlukan khidmat professional supaya pijat dapat dihapuskan dari ianya menjadi terlampau teruk.


Selamat mencuba




Nota: 
Sekiranya kesan gigitan pepijat menjadi bertambah buruk, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/06/cara-hapuskan-pepijat-musuh-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburkan Hati Peminat Jadi Asbab Sumber Pahala Ini 5 Selebriti Malaysia Meninggal Dengan Cara Mudah Saat Tidur

Hiburkan Hati Peminat Jadi Asbab Sumber Pahala Ini 5 Selebriti Malaysia Meninggal Dengan Cara Mudah Saat Tidur

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 320 hits
Mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya
Setelah Jalan Seharian Redakan Kaki Lelah Dengan 6 Cara Ini Nggak Sampai 15 Menit Kok

Setelah Jalan Seharian Redakan Kaki Lelah Dengan 6 Cara Ini Nggak Sampai 15 Menit Kok

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 239 hits
Habis jalan jalan ke mall coba lakukan cara ini biar besok kuat buat jalan lagi Salah satu triknya pakai kaus kaki katun
Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Dan Jordan Dengan Spm 2023

Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Dan Jordan Dengan Spm 2023

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 376 hits
Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir dan Jordan dengan SPM 2023 Bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia dan Diploma Qiraat yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah khususnya di Mesir dan J...
Program Pembangunan Usahawan Siswazah Syarat Cara Mohon

Program Pembangunan Usahawan Siswazah Syarat Cara Mohon

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 242 hits
Program Pembangunan Usahawan Siswazah atau PPUS merupakan sebuah program pembiayaan bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk mengembangkan perniagaan tetapi kekurangan modal Program pemban...
14 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah

14 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 167 hits
Mungkin ramai orang terlepas pandang yang kaedah atau cara hilangkan sakit gigi ini sebenarnya boleh menggunakan bahan bahan yang terdapat di dapur rumah kita sendiri Jimat kos dan masalah sakit gigi kita pun boleh hilang dengan cepat Apa y...
Ini 20 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dalam 5 Minit

Ini 20 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dalam 5 Minit

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 151 hits
Sakit kepala adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dan boleh menjadi sangat mengganggu Walaupun ubat ubatan adalah pilihan yang biasa terdapat pelbagai cara hilangkan sakit kepala dengan bahan semula jadi yang boleh membantu...
6 Cara Logout Dari Akun Whatsapp Disemua Perangkat Dengan Mudah

6 Cara Logout Dari Akun Whatsapp Disemua Perangkat Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 196 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Whatsapp sendiri merupakan aplikasi perpesanan yang sangat populer di dunia hingga separuh penggunanya mungkin tidak sadar kalau aplikasi Whatsapp di Smartphone Android tidak dilengkapi dengan fitur logout ak...
Cara Mudah Buka Akaun Simpanan Cimb Octosavers Secara Online

Cara Mudah Buka Akaun Simpanan Cimb Octosavers Secara Online

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 188 hits
Dengan CIMB OctoSavers anda kini boleh membuka akaun simpanan di CIMB Bank secara dalam talian Kebiasaannya individu yang ingin membuka akaun simpanan di mana mana bank perlu menghadirkan diri ke cawangan bank tersebut untuk proses pendafta...
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut Syarat Cara Memohon

Elaun Sara Hidup Nelayan Laut Syarat Cara Memohon

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 330 hits
Program Elaun Sara Hidup Nelayan atau ESHN merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Objektif utama Program Elaun Sara Hidup Nelayan adalah bagi membant...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu