Cara Hantar Whatsapp Tanpa Save Nombor Seseorang
Pernahkah anda menghadapi situasi dimana anda perlu menghantar pesanan Whatsapp kepada orang yang tidak dikenali (stranger) tetapi malas nak simpan nombor telefon mereka. Jadi didalam artikel ini ini saya kan mengajarkan bagaimana cara untuk hantar whatsapp tanpa save nombor seseorang.
Kenapa anda perlu tahu dengan cara ini?
Sudah semestinya apabila ia melibatkan keperluan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya bagaimana anda ingin membeli barangan di atas talian tetapi penjual tersebut hanya menyediakan nombor telefon tanpa pautan.
Begitu juga apabila berurusan dengan peserta kursus kemahiran yang perlu dihubungi sebanyak sekali sahaja. Tak kan la kita nak simpan nombor telefon mereka dahulu baru boleh dihubungi menerusi Whatsapp.
Jadi bagaimana cara Whatsapp tanpa save nombor?
1. Buka aplikasi Google Chrome
Mudah sahaja. Pertama sekali anda perlu membuka aplikasi Google chrome di telefon bimbit anda. Ini hanya satu daripada senarai pelayar di luar sana. Anda nak pakai browser lain pun boleh.
2. Masukkan alamat wa.me/no telefon
Hanya tulis seperti ini di browser anda
Seterusnya anda perlu masukkan alamat web berserta nombor telefon yang ingin dihubungi. Sebagai contohnya wa.me/60123456789. Jangan lupa masukkan kod negara tanpa + . Selepas mencatatkan nombor telefon, sila tekan “Enter”.
3. Terhubung ke aplikasi Whatsapp
Sebaik sahaja anda menekan butang “Enter”, anda akan dibawa ke laman web Whatsapp. Sila klik butang “Continue to chat” untuk menghubungkan terus diri anda kepada empunya nombor di aplikasi Whatsapp.
Solat Lazim
Adakah cara ini memerlukan saya untuk memasang sebarang aplikasi? Tidak perlu. Malahan melalui kaedah ini, anda hanya memerlukan aplikasi sedia ada sahaja seperti pelayar web (browser) untuk menghubungkan anda dengan individu yang dikehendaki terus ke aplikasi Whatsapp.
Bagaimana cara untuk membuat link whatsapp? Artikel ini hanya mengajar anda tentang cara-cara untuk berhubung dengan individu asing (asing) secara pantas tanpa perlu memasang sebarang aplikasi. Namun jika anda ingin membuat link whatsapp, anda boleh ke wasap.my.
Kesimpulan
Jika kepantasan yang anda cari tanpa memerlukan sebarang usaha untuk mendaftar dan memuat turun aplikasi yang berada di pasaran, maka artikel ini menyediakan jawapannya. Saya kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menghantar mesej whatsapp tanpe save nombor telefon individu tersebut di telefon bimbit anda.
Baca juga: Cara cari lagu dengan bersenandung
Selepas ini pasti lebih mudah untuk menguruskan nombor telefon stranger di telefon bimbit anda. Tidak perlu save nombor orang lagi.
The post Cara hantar Whatsapp tanpa save nombor seseorang appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/cara-hantar-whatsapp-tanpa-save-nombor/