Cara Guna Minyak Lintah Macam Mana Eh Apa Punya Soalan Ni
Cara Guna Minyak Lintah Macam Mana? Eh Apa Punya Soalan Ni? | Pergh, rasa nak melompat dari kerusi bila ditanya cara guna minyak lintah. Terus terang, pada mulanya aku kurang berminat untuk menjawab soalan 'cara guna minyak lintah' ni tapi.. bila aku fikir balik, why not kalau aku cari info dan kongsikan di sini tentang kesan dan bahaya minyak lintah ni pada lelaki.
Sejujur hati, aku memang tak pernah ada pengalaman menggunakan minyak lintah. Tapi, sebagai lelaki sudah tentulah aku pernah dengar tentang minyak lintah dan apa fungsinya. Tak perlulah aku beritahu jelas kat sini fungsi minyak lintah kerana aku tahu para lelaki sudah sedia maklum. Untuk wanita, kalau nak tahu juga kalian boleh search sendiri sajalah.
Jangan kalian search sampai jumpa video cara menggunakan minyak lintah sudahlah, kan mau terpengsan koma sebulan. Pendek kata, ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja. Untuk si teruna dan anak dara, tok sah nak memandai ambil tahu bab minyak lintah ni. Buang karen je bro!
Kesan Dan Bahaya Minyak LintahIni yang aku nak fokus kat sini. Dari cerita tentang cara urut guna minyak lintah, baik aku kongsi akan kesan dan bahaya minyak lintah ni. Ini berdasarkan info bacaan aku di Google juga, jadi sama sekali bukan berdasarkan pengalaman menggunakan minyak lintah sama sekali.
Bahaya atau tidak Guna Minyak Lintah, soalan ini telahpun dijawab oleh Dr Nur Syuhada binti Zulkifli.
Info Lain Yang Berkaitan Bagi kebanyakan minyak lintah, ia merupakan ekstrak daripada lemak lintah iaitu spesis yang hampir sama seperti cacing. Minyak ini akan dilumurkan mengikut kuantiti yang disarankan dan penggunaan minyak ini biasanya akan disertakan dengan teknik urutan untuk memberikan kesan yang lebih luarbiasa. Biasanya untuk setiap pembelian minyak lintah, akan diberikan bersama-sama dengan kertas teknik urutan yang anda perlu amalkan. Ia juga perlu digunakan secara berkala untuk memastikan kesannya dapat dilihat dan kesan ini bergantung kepada jenis minyak lintah. Ada yang menjanjikan kesan segera dan ada sesetengah menjanjikan kesan dalam sekian-sekian tempoh untuk membuatkan pembeli yakin bahawa segalanya berlaku secara semulajadi dan tidak memberikan kesan buruk. Walaubagaimanapun, bagi aku ini dari pakai yang bukan-bukan ada baiknya lebihkan senaman untuk tambah fitness dan jaga makan minum. Janganlah terlalu taksub dengan sebarang iklan yang sebegini kerana segalanya akan berjalan secara semulajadi.Jika benar ada masalah yang berkaitan sekalipun, cari info apakah jenis makanan yang bagus untuk masalah lemah tenaga untuk lelaki. Antaranya makan belut, tongkat ali, telur ayam kampung campur madu dan bermacam lagi petua orang lama yang berguna. Jauh lebih selamat dari benar-benar kesihatan dari dalaman bukannya setakat luaran kaedah sapu sapu begini.
Lain Orang Lain Pendapat, Kita Saling Hormat!Aku akui, lain orang lain caranya. Jadi kita sama-sama respect! Cuma macam aku cakap tadi, jika ada masalah lemah tenaga ada baiknya cuba dulu kaedah natural yang lebih selamat seperti jaga kesihatan dengan bersenam dan makan makanan yang berkhasiat untuk bantu tambahkan tenaga.
Jika sudah lama berusaha tapi tetap tak berjaya, barulah fikirkan soal menggunakan minyak lintah belacak atau sebagainya ini. Jika tak ada sebarang penyakit dan hanya sekadar nak suka-suka, aku sarankan tak payahlah buat.
Akhir kata, jika ada yang terasa aku minta maaf dan sesungguhnya ini hanyalah sekadar nasihat dan pandangan peribadi aku sendiri semata-mata.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2021/01/cara-guna-minyak-lintah-macam-mana-eh.html