Cara Guna Medical Card Di Hospital Swasta


Cara guna medical card (insurans/ takaful) di hospital swasta | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sebelum ni saya pernah share tentang apa beza insurans dan takaful [LINK], apa function medical card dan life takaful & mana satu yang lebih penting untuk kita ambil [LINK]. Kali ni, saya nak share pula macam mana proses flow, bagaimana cara guna medical card di hospital swasta.

Saya tahu kat Malaysia ni banyak jenis medical card. Medical card prudential bsn, medical card takaful ikhlas, medical card aia, medical card zurich takaful, medical card nutp, dan lain lain.
Tak kisah lah kita guna yang mana. Tapi disebabkan kebanyakan daripada kita masih kurang pendedahan dan kurang jelas berkaitan perihal  insurans/takaful ni.. so thats why saya nak share di sini.

Walaupun sekarang keadaan kita tak memerlukan untuk kita ambil peduli pasal benda ni ,tapi in the future?
We never know, right?
Cara guna medical card (insurans/ takaful) di hospital swastaDitulis oleh: Luthfi Suib(Zurich Takaful Wealth Planner)
SALAH FAHAM, ISU TENTANG MEDICAL CARD&BAGAIMANA PROSES, CARA GUNA MEDICAL CARD DI HOSPITAL SWASTA?
Malam ni leader saya ziarah saya & anak di hospital pantai penang. Sembang panjang. Antara yang menarik adalah bercerita tentang medical card banyak sangat salah faham & isu.
Saya nak kongsi sikit process flow macam mana nak guna medical card di hospital swasta.cara guna medical card di hospital swastaTentang medical card ni ramai sangat orang salah faham tentang process flow bagaimana nak guna medical card bila kita memerlukan di hospital swasta.
Seperti yang saya kongsi sebelum ni, nak guna medical card mestilah kena tahan/admit sahaja. tak admit tak boleh guna.
Bila berlaku musibah (kemalangan, demam, sakit dan lain lain) perkara pertama yang saya selalu pesan kat client-client saya adalah perlu hubungi saya secepat mungkin. apa - apa jadi, tolong call saya, inform kat saya.
Sebagai consultant, saya akan buat kerja saya.
Setiap admission di hospital swasta tertakluk kepada Guarentee Letter (GL). Setiap GL perlu dikeluarkan terlebih dahulu dan baru la anda akan dirawat. Ni pun bergantung kepada kes, contohnya kalau kes kecemasan, selalunya department emergency yang akan initiate GL.
Perkara pertama yang kami para agent/ consultan buat adalah rujuk kepada syarikat pengendali takaful (zurich takaful) dan juga pihak ketiga pengeluar Guarantee Letter, Mediexpress untuk cek status polisi client.
Masa ni sangat penting. kalau caruman client cantik, alhamdulillah. tapi, kalau caruman client tak cantik & tertunggak (atau pun lapsed), masa ni kami tak boleh nak bantu.
Tugas agent adalah design protection untuk client, tapi client pun ada tanggungjawab untuk bayaran caruman bulanan untuk dapat protection.
Dalam masa yang sama agent akan follow up payment yang client tak bayar.
Sebab?
Nak pastikan sijil takaful sentiasa berkuat-kuasa (enforced). kalau tidak, bila memerlukan time tu la tak boleh guna. so penting untuk hampa bila ada ambik insurans/takaful jangan sesekali biar lapsed.
Kemudian, bila status dah ok, next step adalah pastikan butiran client cukup lengkap.
Kami, agent akan communicate dengan pihak hospital tentang status client, sakit apa dan segala maklumat tentang admission.
Selalunya follow up dengan hospital ni buat by phone je. Mudah.
Ada sesetengah hospital akan uruskan semua, daripada urusan GL dan lain-lain lagi sehinggalah client masuk ke wad. tapi sebagai agent, saya sentiasa follow up status pre-GL tu dah release/ approve ke tak.
Sekarang ni kan semuanya system, in order to get GL approved & released, pihak hospital dan doktor yang akan/ bakal merawat kita tu kena request GL ke syarikat pengendali GL & isi butiran tentang status client.
Sakit apa, jenis rawatan dll. stage ni sangat penting. SANGAT PENTING!
Ada few cases yang doktor tak nyatakan secara jelas ketika request GL.
Apa yang jadi, GL ditolak (declined) & client tak dapat nak teruskan rawatan. Kesannya, mungkin boleh jadi client kena bayar sendiri bil hospital tu.
Ni berlaku case by case, tapi kalau kes kecemasan insyaallah ok.
Masa stage, doktor request GL tu, kita sebagai pesakit jangan la dok ringan mulut bercerita lebih-lebih tentang perkara yang tak perlu.
Silap cakap, doktor record dalam statement dia dan mungkin tak cover. Cakap bila perlu je. Dah banyak kes jadi silap client pi cerita macam-macam, hat pelik-pelik.cara guna medical card di hospital swastaMasa doktor request GL tu ada pelbagai requirements dan soalan. semuanya bergantung kepada kes by kes. selalunya jadi "slow sikit" bila kita first time dan tak ada record dengan hospital tu.
Kalau kes macam demam tu ok straight forward tapi kalau kes related to sakit kritikal... panjang.
Ada sesetengah hospital doktor kat bahagian emergency pun dah boleh request GL tanpa perlu rujuk pakar. So proses nak admit lagi cepat.
Sebelum tu, client kena register kat kaunter. dan kena bayar deposit terlebih dahulu.
Bab deposit ni bergantung kepada syarat-syarat hospital swasta tu sendiri. standard dia RM300 dan untuk plan Medical Card Zurich Takaful kami refund balik duit deposit tu 100%. jangan risau.
Berbalik kepada pre-GL, untuk kes simple tu sementara tunggu GL keluar depa dah tolak client masuk wad dan buat rawatan asas. Bila pre-GL dah keluar kena la ucap alhamdulillah. syukur. so boleh berehat dengan aman.
So untuk admit tu hospital akan follow plan medical kad kita. jenis bilik, apa rawatan yang cover, ada manfaat terhad dan lain-lain lagi. phewww.
Masa ni la plan takaful tu memainkan peranan atau tak. tapi selalunya standard je.
So as per explanation kat atas tu, saya ringkaskan dalam bentuk process flowchart. proses ni adalah proses yang saya guna pakai untuk khidmat/ servis kepada client-client saya.cara guna medical card di hospital swasta'KONTROVERSI' MASALAH TENTANG MEDICAL CARD & CARA PENYELESAIANNYA
Selalunya yang jadi kontroversi tentang medical card, takaful dan insurans ni adalah tentang GL tak approve, bil tak bayar dan lain lain.
Saya rasa perkongsian saya tentang pre-admission ni dapat bantu sedikit sebanyak bagi sikit pencerahan tentang proses nak admit.
Sebab tu penting ambik takaful/insurans dengan agent. agent akan bantu untuk buat semua proses ni agar tak ada masalah untuk client admit wad. tujuan saya sebagai agent buat macam ni adalah untuk mempercepatkan dapat GL.
Dah dapat GL tu, alhamdulillah.
So, proses nak admit dah siap saya kongsikan. lets move to proses nak discharge keluar pulak ye.
Sebagai pesakit/ client kita tak tau total cost rawatan kita sehinggalah dah sihat & dibenarkan keluar. proses ni kita panggil discharge.
Proses discharge ni ambik masa sikit. ya lah, bahagian wad akan buat report, kemudian doktor akan request Final Guarantee Letter "Final GL" dan attach segala report & expenses (bil).
Kita bukan boleh keluar sesuka hati je. bila bil dah settle baru boleh keluar.
Setiap laporan doktor akan dinilai oleh syarikat pengendali GL (mediexpress) dan final GL akan release bila semua dokumen lengkap. Ada sesetengah pihak kata berlaku kelewatan untuk discharge disebabkan pihak insurans/ takaful.
Sebagai client hampa kena bijak.
Masa ni la contact agen hampa ataupun contact je pengendali GL (mediexpress) untuk check status final GL. takdak masalah pun, call depa tanya apa cerita. masa tu pihak mediexpress akan cerita perkara sebenar.
Kalau tau doktor tak request final GL lagi, boleh la push pihak berkenaan.
Kalau pending pihak mediexpress pulak, tanya kat depa apa benda yang hang boleh bantu untuk mempercepatkan proses final GL tu.
Selalunya ni kerja agent la. tapi kalau dah lama sangat, kita pun boleh tanya depa macam ni. mudah.
Ada kes, doktor kata boleh discharge tengah hari tapi bil/ final GL keluar tengah malam. Bila berlaku kelewatan macam ni mungkin ada few factor :1) doktor sibuk2) urusan dokumentasi3) dan lain lain, hampa namakan.
Kebanyakkan client saya diminta untuk sabar & tunggu je.
Berdasarkan perkongsian ringkas saya tentang bagaimana proses nak admit guna medical card ni agak-agak hampa susah tak untuk kendalikan bersendirian tanpa agent?
Haaa, kalau susah baik serahkan kat agent je. mudah.
Saya based di Zurich Takaful Penang dan boleh servis anda 1Malaysia
Servis agen takaful ni tak semestinya nak kena depan-depan, tak perlu pun nak pergi melawat ke hospital (yang dapat pi melawat hampa tu dikira tip-top & bonus),
Yang paling penting adalah agent dapat tolong untuk percepatkan proses admit, dapatkan GL secepat mungkin dan settle final GL.
Hat tu lagi lah sangat penting daripada perkara-perkara remeh yang orang canangkan kat luar sana tu.
Kepuasan & khidmat agen tu dinilai berdasarkan cara dia buat kerja. masa tu baru bagi rating.
BACA JUGA:Cara Bayar Online Insurans Takaful Prudential BSN melalui Maybank2u
Moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/09/cara-guna-medical-card-insurans-takaful-di-hospital-swasta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid Dari Klinik Swasta Ke Klinik Kerajaan Ingat Cepat Tapi

Tukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid Dari Klinik Swasta Ke Klinik Kerajaan Ingat Cepat Tapi

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 502 hits
hai assalammualaikumTukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid Banyak pulak masalah yang and hadapi semata nak scan Tiroid ni Cek sudah ambil darah sudah step seterusnya nak scan Tiroid dekat leher ni Tapi tapi Lain pulak jadinya Kisah na...
Cara Buat Borang Kaji Selidik Feedback Form Online Guna Google Form

Cara Buat Borang Kaji Selidik Feedback Form Online Guna Google Form

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 1579 hits
Assalamualaikum Hi Semua Cara Buat Borang Kaji Selidik Feedback Online Guna Google Formcredit image news bitcoin comSekarang semuanya lebih senang online Hari ini Nadhie nak kongsikan tutorial dan cara untuk membuat borang soal selidik feed...
Cara Mudah Nak Semak Nilai Ipu Tempat Anda Guna Smartphone

Cara Mudah Nak Semak Nilai Ipu Tempat Anda Guna Smartphone

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 878 hits
Ramai yang nak tahu mengenai Indeks Pencemaran Udara di kawasan masing masing namun tak tahu cara paling mudah dan pantas untuk melakukannya Sebenarnya memang ada cara mudah untuk menyemak dan mengetahui kadar IPU di kawasan masing masing S...
Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 516 hits
RAMAI TAK TAHU CARA YANG BETUL GUNA TANDAS DALAM PESAWATETIKA penggunaan tandas di dalam pesawat sebenarnya sangat penting memandangkan kemudahan ini terpaksa dikongsi bersama ratusan penumpang terutamanya untuk penerbangan panjang
9 Cara Tampil Santun Dengan Atasan Putih Buat Hijabers Rapi Nggak Harus Formal

9 Cara Tampil Santun Dengan Atasan Putih Buat Hijabers Rapi Nggak Harus Formal

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 315 hits
Saatnya keluarkan atasan putihmu dari lemari lalu maksimalkan dengan cara cara ini
Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 364 hits
Anak anak memang sukakan coklat Nutella Selain disapu pada roti makan macam tu je pun boleh habis satu balang Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Puan Danita Daniels ni Mudah sahaja Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat...
Bedanya Proses Move On Cewek Dan Cowok Setelah Diselingkuhi Ternyata Punya Cara Masing Masing

Bedanya Proses Move On Cewek Dan Cowok Setelah Diselingkuhi Ternyata Punya Cara Masing Masing

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 310 hits
Nyesek banget rasanya kalau pacar selingkuh Biar cepet move on nyatanya cewek dan cowok sering pakai cara yang berbeda
Magnet Affiliate Cara Jana Income Rm30000 Sebulan Tanpa Perlu Modal

Magnet Affiliate Cara Jana Income Rm30000 Sebulan Tanpa Perlu Modal

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 456 hits
Hasilkan Income Setiap Bulan Tanpa Anda Perlu Mengeluaarkan Modal Satu Sen Pun JOM BACA NI SEKEJAP Assalamualaikum Salam Sejahtera Ok sebelum tu saya perkenalkan diri saya dulu kepada anda Nama saya Merupakan blogger dan bisnes online sepen...
Cara Membatalkan Nazar Mutlak

Cara Membatalkan Nazar Mutlak

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 285 hits
Cara Membatalkan Nazar Mutlak Bagaimana cara membatalkan nazar mutlaq Dari Chandra via Tanya Ustadz for Android Jawab Alhamdulillah shalawat dan salam atas Nabi Muhammad Amma Ba du Nazar Muthlaq yaitu mewajibkan atas diri sendiri melakukan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord