Cuti Malaysia Penjawat Awam Cara Buat Tempahan Senarai Pakej
CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
Tourism Malaysia hari ini, melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-cuti Malaysia khas untuk penjawat awam yang juga dikenali dengan singkatan CCMPA sebagai penghargaan kepada mereka yang mencurah khidmat bakti khususnya ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19.
APA ITU PAKEJ CCMPA?
Pakej CCMPA adalah singkatan kepada CUTI-CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM
Siapakah yang termasuk dalam kategori penjawat awam?
Penjawat awam yang bertugas dalam sektor penjawat awam persekutuan dan negeri.
Keistimewaan ini juga diberikan kepada pesara kerajaan.
Program dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Baca tentang PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM MY30 RAPID KL
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebagai permulaan, pakej itu akan mempromosikan produk-produk dan destinasi pelancongan di sekitar Lembah Klang.
“Saya berharap pakej ini akan diperluaskan ke daerah-daerah serta negeri-negeri yang lain pada masa akan datang untuk memberi peluang melihat keindahan tempat menarik dalam negara,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.
SENARAI PAKEJ CUTI-CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM(CCMPA)
Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untukpengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus.
Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.
Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.
PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU SEHINGGA RM1,000
Penjawat awam digalak mengambil peluang ini kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Dis 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
CARA TEMPAH PAKEJ CUTI-CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM(CCMPA)
Mereka boleh mendapatkan pakej ini menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi pelancongan terpilih dan pakej ini boleh dilayari di lawan sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel.
TEMPOH TEMPAHAN PAKEJ CUTI-CUTI MALAYSIA(CCMPA)
Tempoh tempahan pakej sehingga 30 Sept 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Dis 2020
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang pertayaan, sila hubungi maklumat berikut :
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (MTPB) HEAD OFFICE
9th Floor, No. 2, Tower 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200, Putrajaya
MalaysiaPhone: +603-8891 8000
Email:
[email protected]
TOURISM INFO LINE : 1300 88 5050
The post CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cuti-malaysia-penjawat-awamcara-buat-tempahan-senarai-pakej.html