Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank


Sana sini kecoh kata simpan duit dalam bank dah tak selamat. Selama ni aku hanya dengar cerita orang, duit hilang dalam akaun bank. Akhirnya aku turut menjadi mangsa. Cis betul.


Waktu kawan aku ceritakan suami dia juga menjadi mangsa scammer yang mencuri duit dalam akaun bank aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

Bila giliran aku sendiri yang merasai memang payah nak bersabar. Cakap memang mudah, bila kena batang hidung sendiri, perghhh.



Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank Walaupun angka dia tidak mencapai angka ribuan ringgit tapi tetap juga terasa. Kalau aku belanja duit tu beli kopi dekat Zus Coffee boleh dapat 10 cawan CEO Latte ya.



Kisahnya pagi 1 haribulan Ogos aku terima notifikasi di SMS dari no 63833 mengatakan aku ada buat transaksi guna Debit Card berjumlah RM98 pada pukul 1.27 petang.

Awalnya aku nak abaikan je SMS tu sebab macam tak percaya. Tapi, nombor yang hantar notifikasi SMS tu nombor rasmi kalau aku request TAC untuk urusan online banking. Terus rasa cuak.

Waktu tu rasa tak sedap hati terus login iMuamalat dan ternyata duit telah ditolak dan terdapat perbezaan diantara jumlah Account Balance dengan Available Balance.

Bila fikirkan macam tak logik sebenarnya scammer tu boleh buat transaksi guna kad debit aku. Aku tak pernah klik link mencurigakan baik di SMS, e-mail, mahupun Whatsapp. Tak pernah juga nak layan bila diminta isi maklumat peribadi.

Perkara pertama aku buat ialah update di Facebook dengan harapan ada yang kongsi pengalaman pernah lalui perkara yang sama. Lepas tu terus aku hubungi customer service Bank Muamalat.

Bank hold transaksi tu jadi duit tu terapung-apung status dia. Selamat? Entah tak tahu.

 

Kronologi Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang

Baca kronologi di bawah supaya lebih faham:

1# Terima SMS notifikasi pada pukul 1.29 petang Ahad, 31/7/2022. Berlaku transaksi pembayaran kepada Brainratingstore.com sebanyak RM98.

Pagi Isnin baru perasan SMS dan terus call Bank Muamalat.

#2 Customer Service akan block kad debit dan Internet Banking. Kena buat laporan Polis dan pergi ke bank untuk buat kad debit baru. Laporan Polis wajib buat supaya bank boleh lakukan siasatan. 4/8/2022, Khamis baru aku selesaikan semua.

#3 Kena hantar e-mail dan salinan laporan Polis kepada [email protected] no rujukan panggilan (CS akan beri).

#4 Bank caj RM12 untuk buat Kad Debit baru. Dah la duit kena curi, bank suruh bayar lagi duit yang sah-sah bukan salah pelanggan.

#5 Kes dijangka ambil masa 14 hari bekerja. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain perlukan tempoh yang lebih lama dan terbukti ianya betul.

#6 Internet Banking kena daftar semula. Kena buat macam pertama kali daftar ‘First time registration’ kemudian kena hubungi Customer Service untuk aktifkan. Leceh tapi sebab perlukan kena buat juga.



Kisah Orang Hilang Duit Dalam Bank

Setiap bank prosedur dia berlainan. Ada yang tak perlu buat laporan Polis dan sebaliknya. Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa yang hilang duit dalam bank, aku simpulkan yang bank akan beri response berdasarkan tahap penglibatan pelanggan.

Kan ada kisah Doktor yang hilang duit dalam bank sotong tu dia tak puas hati sebab bank seolah meletak kesalahan ke atas pelanggan. Klik link dan ada yang serah maklumat peribadi.

Sebagai contoh untuk kes aku: aku tak klik apa-apa pautan, tak dedahkan maklumat kepada pihak ketiga melalui e-mail mahupun panggilan telefon.

Tahu-tahu je transaksi berlaku tetapi bank bekukan transkasi sebab mencurigakan. Memang lah sebab aku tak request atau masukkan TAC / OTP number.  

Kebetulan waktu balik, pakcik driver GRAB pun kongsi kisah hilang duit dalam bank sebab scammer. Bezanya dia yang serah tengkuk untuk disembelih. Lagi sedih.

Dia cerita scammer ni guna email untuk pancing pakcik tu. Scammer hantar email sebiji macam email dari pihak Unifi dan minta pelanggan untuk update maklumat akaun.
|   Taktik Scammer Kurier Servis    |
Kalau tak update servis akan ditamatkan. Lebih kurang macam tu lah penerangan pakcik tu. Maklumat yang pakcik tu isi termasuk lah bahagian bayaran auto debit.

Dia klik link dan isi maklumat pada waktu pagi dan selepas tu dia terima notifikasi penolakan bayaran berderet-deret melalui telefon tapi dia abaikan sebab sibuk bawa GRAB.

Malam tu dia baru semak notifikasi dan buat laporan kepada bank. Esok dia pergi ke bank. Apa yang dia cerita ialah duit tu dah berjaya dipindahkan ke akaun scammer tapi scammer belum withdraw duit.

Pakcik tu bernasib baik sebab bank kata boleh ambil duit tu semula. Adalah perkara teknikal yang dia cerita tapi aku tak berapa nak faham.

Jadi untuk kes kehilangan duit setiap bank berbeza cara dia selesaikan. Jadi isu dia sekarang selamat tak nak simpan duit dekat bank?

Bayangkan eh kalau pelanggan yang memang simpan dan harapkan bank jaga duit kita, lepas tu kehidupan dahlah miskin bandar. Jadi perkara begini yang ambil masa nak dapat semula duit tu.

Tidak ke membebankan rakyat. Hei saya marah. 
|   Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam  |

 

Pesanan Bank Tentang Panggilan, SMS, Whatsapp Palsu

Awas! Panggilan atau sms/whatsapp palsu
Anda Cemas?

Tidak bayar cukaiPengubahan wang haramKad kredit digunakanTunggakan kad kreditMykad digunakan oleh orang lainDadah
Anda diugut?


Waran tangkapPenjaraWang simpanan hilangAkaun simpanan dibekukan
Anda menerima arahan?


Muat turun aplikasiMengisi data peribadi dan perbankan ke dalam aplikasi/ lamansesawang daripada pautan yang diberikanMembuat pinjaman peribadiMenjual rumahMemindahkan wang simpananTidak boleh memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga  Sekiranya anda menjawab YA untuk semua solan di atas, anda mungkin sedang ditipu! 
hentikan perbualan serta merta dan telefon pihak berkuasa dengan segera.


 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/08/cara-dapatkan-duit-hilang-dalam-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Orang Boleh Hilang Banyak Duit Dalam Bank

Punca Orang Boleh Hilang Banyak Duit Dalam Bank

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 246 hits
1 Banyak isu orang hilang duit kat bank Terbaru ada orang lesap RM12K dari akaun bank akibat transaksi dari negara Eropah Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan limit transaksi dia hanya RM5K dia berada di Malaysia dan tak terima sebar...
Cara Nak Dapatkan Sijil Spm Yang Hilang

Cara Nak Dapatkan Sijil Spm Yang Hilang

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 295 hits
Penting kita simpan baik baik sijil SPM ini Lagi lagi kalau nak mohon ke Universiti ataupun Jadi kita sangat perlukan salinan asal sijil SPM untuk dilampirkan dalam permohonan Tetapi macam mana cara nak dapatkan sijil SPM yang hilang Jangan...
Duit Dalam Akaun Suami Saya Lesap Rm10 000 Lesap Dari Akaun Bank Selepas Install Apps Iptv

Duit Dalam Akaun Suami Saya Lesap Rm10 000 Lesap Dari Akaun Bank Selepas Install Apps Iptv

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 307 hits
Hasrat menamatkan langganan perkhidmatan TV berbayar dan digantikan dengan iPTV tidak kesampaian apabila pengadu bukan sahaja ditipu malah wang simpanan dalam akaun bank turut dirembat oleh individu yang tidak bertanggungjawab Menceritakan ...
3 Langkah Ikhtiar Yang Perlu Dibuat Elak Duit Dari Akaun Cimb Hilang

3 Langkah Ikhtiar Yang Perlu Dibuat Elak Duit Dari Akaun Cimb Hilang

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 204 hits
Ramai mula sangsi dengan sistem keselamatan di akaun CIMB berikutan seorang doktor telah kehilangan RM13 000 sekelip mata para pengguna boleh mengambil langkah ihtiar awal untuk elak duit mereka hilang Ini merupakan ikhtiar awal yang dicada...
Mykad Hilang Atau Rosak Ini Cara Tukar Ic Secara Online

Mykad Hilang Atau Rosak Ini Cara Tukar Ic Secara Online

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 344 hits
Mudah jimat masa Kad pengenalan rosak Hilang Sekarang lebih mudah untuk dapatkan kad gantian kerana boleh lakukannya secara online saja Masukkan butiran dan bayar secara dalam talian kemudian pergi ke JPN hanya untuk kutip Kami kongsikan ca...
Cara Buat Duit Tasneem Marketplace Tak Perlu Modal

Cara Buat Duit Tasneem Marketplace Tak Perlu Modal

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 243 hits
Dikala keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan terutama waktu sekarang ramai mula buka mata mencari peluang untuk mencari duit poket lebih bagi menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi Baru baru ini Tasneem Business Legacy meng...
Cara Dapatkan Penyata Maybank Online Dengan Mudah

Cara Dapatkan Penyata Maybank Online Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 203 hits
Cara mendapatkan penyata Maybank sebenarnya agak mudah dan memandangkan Maybank2U tersedia anda tidak perlu melawat bank Namun mungkin ramai lagi yang tidak tahu perkara ini Penyata bank yang berfungsi sebagai dokumen bukti aliran kewangan ...
Niat Nak Bagi Ibu Duit Gaji Pertama Gadis Ini Teruk Menangis Lepas Tersalah Bank In Dekat Orang Lain

Niat Nak Bagi Ibu Duit Gaji Pertama Gadis Ini Teruk Menangis Lepas Tersalah Bank In Dekat Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 206 hits
Siapa je tak gembira bila dapat gaji pertama Orang kata walaupun sikit itulah hasil penat lelah kita dan rasa teruja nak bagi duit pada ibu bapa di kampung tu lain sikit perasaannya Sama seperti gadis ini yang memberitahu dia baru sahaja da...
Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Mudah Dari Rumah Student Surirumah

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Mudah Dari Rumah Student Surirumah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 242 hits
cara buat duit online tanpa modal mudah dari rumah student surirumah ada orang jana pendapatan dengan macam macam cara ada yang guna cara buat duit online dengan tiktok ada yang buat duit dengan shopee ada yang tak kurang hebat menyerlah de...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner